Tuesday, May 22, 2012

Ayam Kicap Berempah Harum


Assalamualaikummmm~~~~~~~~~``

fuhh fuhhh... sapu habuk2 dan debu2 sket.. sket je, x byk pun.. tinggal 3hari rumah maya tun ni. rindu pulak nk BW. semalam baru sampai dr miri, ni marathon basuh kain baju yg terperam 4hari. tp, xtau laa ntah bila keringnya, arini hujan pulak. 

ayam masak kicap berempah kak dayang ni tun buat jumaat lepas. dh byk kali buat ni.. mmg sedap sgt! bila tgk ayam kicap tu, rasa mcm biasa2 je kan, tp dh campur rempah segala bagai ni, mmg  jd sgt sedap!


k lah, xleh ngadap lappy lama2 sbb byk kerja nk kene bereskan..nk kene marathon BW lagi.. tu kewajipan utk teman2 maya kan :D kalau x sempat BW pagi ni, nnti ptg2 sket lepas siap kerja rumah tun BW ye ^^

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Resepi: Dayang Jack (DJ)
Sumber: tun_telani

Bahan:-

  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)- tun bakar 200 C, 20 minit, nx time nk gaul garam kunyit dulu =)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni)
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.

10 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
Alahai!!! pepagi tgk ayam tu... mmg buatkan akak yang demam nie pun terasa lapar ler tun... nampak menyelerakan sungguh tau...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Tun cayang!!!

menggoda tgk ayam msk kicap Tun nie...

psst mini pizza pun menggancam daa...alah bila ke dapur teman2 tgk mknnan semua nak!!! haissshhh!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ayam... bermacam ayammmm.. hehehe.. Tun, minta seketol..

Yana Shaiful said...

k.yana slalu jgk bt ayam msk kicap k.DJ ni..mmg sedap..mkn ns bertambah2 lg haa ^_^

Qasey Honey said...

aduhhh sedapnye...QH suka lauk jenis yg mcm ni jugak tau...mkn nasi panas2 pasti bertambah la mknnye...lauk ni mkn dgn lempeng pon sedap jugakkan...

quinnie said...

nampak sedap la tun...suka tengok kuahnya tu..hehehhe...nanti nak cuba la versi dayang ni pulak..:)

FnF Simple Life said...

tengok bahan2 dia byk jugak...mesti sedap ni kan Tun

Nuwairani said...

dah 2 minggu kot nani tak membeli ayam. tengah bersabar ni sehingga hari balik kg. pastu balum ayam puas2. huhuh...

Rohah said...

mmg sedap sgt resepi ni, pernah cuba ngan sotong..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Tun akak datang pagi tapi lauk yang sedap Tun masak ni lauk semalam.. kalau dapat yang di hangatkan semalaman lagi ler best.. selamat mendobi yaa.. muahzzz