Thursday, July 23, 2009

83, 82, 81.... Suddenly it's 8!!

My Engagement Ring- 8th Feb '09


I'm totally.. really.. really freaking out.. huhu...

(that's the best word to describe my feeling.. )

.
Okayy.. that's my countdown (that's been counting down each day since last few months fr my Yahoo! Wedding Countdown Widget). Termasuk hari ni tinggal 8 hari je.. seriously.. bukan setakat stage cuak je nih.. dah melebihi paras cuak, siap nightmare malam2.. crazy! i've been thinking too much, that must be the case.

.
it's not that i'm worried about whether i can be a good wife or not.. insyaAllah ok je (overconfident kah?).. for now, it's more on the persiapan walimah/kenduri itself. checklist dah byk kali tgk, tp xtau laa... freaking out coz it will involve nama family, if something went wrong (hopefully tak), asyik fikir nnti nasi cukup ke tak laa, door gift nk kene tambah ke x..etc etc... saje2 mngade nk share the burden, called him (awe yg nak kene tazkirah lebih), but end up kene tazkirah 'ni, cakap nih, ade 'orang ke-3' '.. so, terpaksa laa ckp 'ye la..ye la...babai'.. haha.. memalukan diri sendiri je ;p [nway.. thank you =) ]

.
*entry nih saje2 utk share my burden.. huhu...
.

Saturday, July 11, 2009

~Walimatul Urus~






Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir [Ar-Rum,30:021]


.
Bismillahirrahmanirrahim....

.

One of the things that had been determined by Him when we enter this world is our better half. the person, who according to the holy Qur'an, resembles ourselves; our behavior; matching our personalities..
.


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia." [An-Nur,24:026].
.


It is true that as a girl, or i might say, woman.. we expect our partner to guide us, to be better than us, to always be the one who advice, correct us when we are wrong.. but, it wont happen that way. we know that Allah is Maha Adil.. so, we need to make sure that we become a better person, in order for us to receive what is 'adil' for us.
.



May all of us become that "perempuan-perempuan yang baik".. insyaAllah... n semoga kami berdua juga tergolong dalam golongan2 yg 'baik'.. amiinn..
.



With that, I would like to 'inform' (as some of you definitely wont be able to come), about our walimah.

.

Akad n Walimah at Kemaman, Trg


1st August, 18 Syaaban





*enlarged map


Walimah at Segamat, Johor
8nd August, 17 Syaaban










I already posted the cards to some of you, whom i know the address. tiba2 baru sedar yg i dont know most of my friend's address.. hoho.. nway, if x keberatan, do leave your address. jzkk.


Wednesday, July 1, 2009

Duhai wanita..

4 Golongan Lelaki Yg Ditarik Wanita ke Jurang Neraka
.
Diakhirat kelak, apabila seorang wanita dicampakkan ke dalam api neraka, dia akan menarik 4 golongan lelaki bersama2 nya:
.
1. Ayah.
- seorang yg bergelar ayah mempunyai tanggung-jawab mendidik anak2, membentuk mereka menjadi anak yg soleh dan solehah. apabila tanggung-jawab tidak tertunai, anak2 dibiarkan leka dalam kemewahan, alpa dalam mendirikan solat, menunaikan tuntutan agama, tidak menutup aurat.. maka diakhirat kelak, ayah adalah org pertama yang akan ditarik ke jurang neraka jahanam.
.
2. Suami.
- apabila telah berkahwin seorang wanita, tanggung-jawab utk mendidiknya beralih kepada suami. apabila suami membiarkan isteri bebas bergaul di tempat kerja, menghias diri utk pandangan umum, dan mendiamkn diri apabila isteri tidak melaksanakan tuntutan agama. biar sealim mana pun suami itu, tetap akan ditarik oleh isterinya ke neraka.
.
3. Abang-abang.
- apabila ayah sudah tiada, maruah seorg wanita jatuh ke bahu saudara lelakinya. most of the time, meraka hanya mementingkan keluarga sendiri, dan membiarkn adik perempuan melencong tanpa ajaran islam.
.
4. Anak lelaki.
- ironi nya, syurga ditelapak kaki ibu.. tp, ibu jua lah yg akan menarik anak lelaki ke neraka, jika seorang anak tidak menasihati ibunya dari membuat perkara2 mungkar spt mengata2, mengumpat..
.
Wahai wanita.. kasihanilah ayahandamu, suamimu, kekanda-kekandamu, serta putera-puteramu.. kasihanilah dirimu sendiri
.
-diolah dari buku 'Bunga Kebahagiaan', karangan Tn. Guru Nik Aziz Nik Mat.