Thursday, June 27, 2013

Gulai Ikan Kering dengan Petola + Terima Kasih Jelita July 2013


Assalamualaikumm~~~ :)

bersiaran dari kampung halaman terchenta :x  mencutikan diri sendiri sesuka hati sbb sgt bosan duk di rumah bila my laling xde. dh nearly a week kat kampung, nearly tiap2 hari jugak cooking n baking dgn gumbiranya.. tp sbb x bw balik kamera, so mood men-shooting tu down sket..tp sbb rasa mcm nk mmbuang habuk kat blog ni, tun klik2 je la gambo ngan hp ni haa.. 

menu lunch semalam.. dah lamaaa sgt x makan gulai ikan kering. mula2 nk wat gulai ikan, pastu terjumpa pulak ikan kering dlm peti. so dgn semangatnya wat gulai ikan kering.. pastu malas nk masak sayur, campak je petola dlm tu. haha.. petola dr umah tok sedara kt kuala berang. suka gi umah dia, nk makan, gi je kutip sayur2 keliling umah. mcm2 ada.




Gulai Ikan Kering dengan Petola

Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 3 keping ikan kering yg sesuai
  • 3 bj bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 1 cm lengkuas*
  • 1 sk kunyit
  • 1 sb cili giling
  • 1 asam keping
  • 1 cwn Santan pekat
  • 1 batang petola 
  • Cili padi- jika suka

Cara2:
  • Blend bahan bertanda *
  • Masukkan bahan blend dlm periuk bersama santan, cili giling dan asam keping. Masak hingga santan mendidih.
  • Masukkan ikan kering dan masak sampai ikan kering agak lembut.
  • Masukkan petola dan cili. Masak sebentar.
  • Perasakan garam.

 Owh.. terima kasih tak terhingga kepada krew2 penerbitan JELITA kerana sudi me-review blog tun  /XD  tiba2 semalam nmpk gambar ni kat FB. tenung2 mcm ku kenal blog itew.. tgk2 mmg blog tun. hihi...

ada juga review akak2 kesayangan tun, kak CT dan kak anymz. jangan lupa dapatkan majalah Jelita bulan ini.. tgk tuu.. ada byk resepi berbuka dan bersahur ^^




Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Thursday, June 20, 2013

Garlic Fish


Assalamualaikumm...

hihi.. ingatkan xkan letak n3 dh this week.. tiba2 teringat pulak kat ikan tilapia yg duk dlm peti tu.. x sempat nk habiskan masa my laling ada. xkn nk tunggu dia blk bulan depan baru nk masak, kan. so terpaksa la merajinkan diri masuk dapur.. owh.. i'd been surviving on biscuits and junk food for the past few days.. muahahaha... sungguh kurang sopan.

balik uni bukak lappy utk BW, nampak kak mas tayang garlic fish nih.. senang ala2 sweet sour gitu.. dh lama tun x guna sos plum tu. agak2 dh nk expired dh pun. hihi.. tapi kalau x berkulat tu, kira halal lah.. :p


gambar x bape cantik sbb guna kamera hp. ada org pinjam pulak dslr tu. sbb ikan tilapia tun saiz kecik je, sos tu tun kurangkan.. pastu dh x bape nk rajin masuk dapur tu kan, ikan tu tun goreng garam kunyit je. malas nk celup2 tepung bagai. haha.... tq kak mas for the easy recipe :x sedih pulak xleh komen kat blog akak.

Garlic Fish
Resepi : MasDuniaku
Sumber: tun telani

Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada putih
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Cara memasak :
  • Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman ikan tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
  • Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
  • Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
  • Goreng talapia hingga garing dan masak.
  • Angkat dan toskan.
  • Letak dalam pinggan hidangan. 
  • ** tun cuma goreng garam kunyit je

Bahan Sos :
  • 1/4 cawan sos tiram Maggi
  • 3 sudu besar sos plum
  • sedikit kiub ikan bilis
  • 1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus
  • cili padi - ikut pedas dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar - potong bulat2
  • 1 tangkai daun bawang - potong2
  • sedikit gula dan garam jika perlu
  • sedikit air panas

Cara memasak :
  • Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
  • Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
  • Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
  • Sedia dihidang.. 


Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Monday, June 17, 2013

Tiapia Kukus


Assalamualaikummmm~~~

arini nk tayang menu lunch 2 hari lepas.. sorry laa gambar xde hasil seni langsung. kalau letak lada merah atas tu cantik sket kot.. pastu sbb hari agak medung dan tun x pandai adjust setting kamera, so gamabr gelap sket gmbr. xpe lah.. asal ada gambar je kan..

hmmmm.. maybe ni n3 last buat sementara waktu nih. my laling wont be around till early nx month :( so as usual, i can't really be bothered to cook anything just for myself. dinner smlm mkn biskut, pagi ni pun mkn biskut..  tragis x? ada sapa nk amik tun jd anak angkat x? huhu... lagi pun, will be extremely busy sbb baru tau ada the first 3 chapters of my thesis need to be submitted ASAP. /sweat  masa wat master b4 this, final sem baru submit.. ni baru 1st sem dah perlu submit.. huhu..

hatchery at uni
ok lahh.. back to the recipe.. resepi simple2 sbb pemalas. masak time my laling balik for a couple of days b4 dia ke semenanjung. ni la salah satu kebaikan duk sini, ikan tilapia dan keli fresh from kolam kat uni. b4 this ada juga ikan patin and few others ikan, tp skrg cuma ada tilapia dan keli. keli dia besar2.. takut nk mkn. pagi tepon ckp nk ikan, then pegi hatchery pakcik yg jaga tu tangkap kan :) ikan hidup2 wat balik umah.


resepi with minimum ingredient sbb nk menghargai ikan yg sgt fresh :)

Tilapia Kukus
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 ekor tilapia saiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 1 bj limau kasturi
  • 1 tangkai daun bawang
  • Garam- sekucup rasa
  • Brokoli- tun saje letak sbb malas nk masak sayur

Cara2:
  • Bersihkan ikan.
  • Campurkan bawang putih, halia, perahan limau kasturi dan garam, lumurkan pada ikan.
  • Tabur daun bawang.
  • Susun brokoli sekeliling jika suka.
  • Kukus sampai masak.


Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Friday, June 14, 2013

Curried Dori Tempura


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah... berjaya menyiapkan assignment walaupun pada mulanya kepala dah berasap2 dan nmpk mcm xkan siap.. hihi.. paper kali ni sgt susah sbb topik yg dikarang bukan dlm bidang yg tun pernah belajar secara mendalam. tp dh higher education ni, mmg perlu byk membaca je. supervisor just bagi nasihat sikit2. so, nk tak nak, buat lah sendiri semua. bukan senang nak senang. kan? berusah je lah..

ok lah.. sbb rindu nk bw, jd n3 cepat2 je lah.. pasni nk study sbb ptg nnti ada lab. bersedia utk meng-garangkan diri, sbb awal2 kelas ni xleh bagi muka sgt, nnti susah nk handle students. 


ikan dori yg mmg dh jd main fish kat umah ni bila malas nk ke pasar. nk beli ikan lain kat supermarket mcm x bape fresh, so beli frozen fillet je lah.. kali ni tun cuba2 wat tempura pulak. versi pedas ni.. kalau xnk pedas kurangkan kari tu ye :)

Curried Dori Tempura
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 500 g fillet ikan dori- potong jejari
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan susu
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sk serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kari ayam atau ikan
  • 1 cawan tepung
  • 1/2 sk baking powder

Cara2:
  • Satukan semua bahan2 batter dan gaul hingga tidak berketul.
  • Celupkan fillet ikan dori kedalam batter dan goreng hingga keperangan.
  • Angkat, tos dan letak diatas tisu dapur untuk menyerap minyak lebihan.


Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Tuesday, June 11, 2013

Ayam Phat Phet


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. sejak dua menjak ni bintulu selalu hujan.. jd xde la kepanasan dalam rumah.. bila hujan lebat2 ni, teringat pula kat musim tengkujuh di kampung, mmg masa kecik2 dulu selalu juga banjir. tp xla sampai naik atas rumah. mmg kalau musim banjir tu, kami sepupu-sepapat pakat naik basikal keliling kampung tgk kawasan banjir. hihi.. rindu zaman2 tu, skrg semua pun bawa haluan masing2. jumpa pun jarang2. 

nway.. udah2 ler feeling nostalgia tu.. tuan rumah tgk emo sebenarnya, kene tinggal lagi.. my laling minggu ni ke Kuching.. stat next week till early nx month ke semenanjung :((  bila staff belum cukup jd mcm ni laa.. org yg sama je perlu buat semua benda. ada sape2 yg volunteer nk teman tun kt sini? hihi...


ok lah.. menu ulang tayang.. ayam phat phet yg menjadi kegemaran laling tun.. mmg sesuai kalau rasa mcm nk berdiet sbb ayam x perlu digoreng dan resepi xletak santan. dh lama betul x buat ni. biasa lah, dh betul resepi yg nk dicuba kan. ramai yg dh buat ayam phat phet ni.. tun kongsikan lagi sekali ye :)

Ayam Phat Phet
Resepi: widad@myr
Sumber: tun telani

Bahan A (Blend)
  • 5 biji cili padi(me guna 3 je)
  • 2 hiris halia
  • kunyit hidup (me guna tsp kunyit serbuk)
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Bahan B
  • 3 keping ayam
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • 2 sudu sos tiram - tun tambah
  • sedikit Garam dan Gula
Cara-cara
  • Blend bahan A dan tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan B dan air (ikut byk mana kuah yg nak, tun letak around 1-2cup).
  • masak till mendidih, n kuah nmpak pekat.
  • done ^^

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Sunday, June 9, 2013

Khoeng Namul Guk (Korean Bean Sprouts Soup)



Assalamualaikummm :)

Last day cuti sekolah bg most people kan.. tun pun dh stat sem baru starting monday. this sem ajar bdk2 sem 1.. hihi.. sure baik2 je.  penah ajar students 1st sem and also sem 4. mmg mcm langit dan bumi.. bdk2 yg dh agak besar ni, kepala pun besar jugak.. cikgi dia ni pulak yg pening nnti. 

apa2 pun.. back to the menu.. actually, tak terpikir pun nk mencari resepi korean soup nih. tp sbb ada sorang reader kat FB tanya resepi ni. dia ckp sup ada tauge dan kobis. tun xpenah makan, jd xleh nk imagine.. so tanya la encik gugel.. dlm byk2 korean sup, yg ni yg paling menepati gambaran. hihi... jd try and error je la kan.. Alhamdulillah, my laling minat betul ngan sup nih :D


sesuai bagi yg ingin berdiet.. mmg sedap dihirup mcm tu je.. tp tun op kos la serve ngan nasik kan.. hihi.. to that reader, semoga menepati citarasa. selamat mencuba ^^


Khoeng Namul Guk (Korean Bean Sprouts Soup)
resepi: Yobodish
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 6 cwn air
  • 1/3 cwn ikan bilis atau 1 sk serbuk pati ikan bilis
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sk garam
  • 2 sk kicap cair
  • 1 sk chili flakes or chili powder
  • 1 peket taugeh
  • 1 cwn kimchi - resepi di SINI
    3 tangkai daun bawang - potong panjang2
    2 sk bijan - utk tabur

Cara2:
  • Rebus air dengan ikan bilis selama 5 minit dan tapis. Jika gunakan pati ikan bilis, just didihkan air bersama pati ikan bilis.
  • Perlahankan api dan masukkan bawang putih, garam, kicap, dan serbuk cili. Tutup dan panaskan selama 10 minit.
  • Masukkan tauge dan kimchi dan masak hingga lembut.
  • Masukkan daun bawang.
  • Masukkan dalam mangkuk dan tabur bijan jika suka.

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Friday, June 7, 2013

Yong Tau Fu


Assalamualaikummmmm :)

arini tayang menu buka puasa kami semalam.. yong tau fu ni antara menu wajib yg tun akan buat masa bulan puasa. mmg sukaa sgt2 makan yong tau fu. dulu masa zaman kat kolej ada jual yong tau fu ni kat pasar malam tepi kolej, mmg sedap sangat, tp belacan dia kuat betul. tun makan sikit je pun, lepas tu sure duk bersin2, silap haribulan blh demam terus. mmg xtahan... skrg alhamdulillah, tun blh makan masakan yg ada belacan, tp blh tolerate belacan sarawak je, sbb dia guna udang geragau yg fresh utk buat belacan. kalau udang kering pun mcm tu jugak, mmg cari nahas kalau guna udang kering biasa tu.. huhu.. 

yong tau fu guna apa2 yg ada je.. hihi.. tun xleh makan kangkung, jd tun celur bendi je utk sayur dia. pastu wat chee cheong fun.. kalu nk resepi chee cheong fun tu, refer n3 lama tun kat SINI atau SINI ye.


kuah tun masih guna resepi minami.. mmg senang dh sedap :)

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun xletak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak
  • 1 sk sos tiram - tun tambah 
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain

utk sup, tun tumis bawang putih dan halia, pastu boil air dlm 3 cawan, tambahkan kiub ayam dan sedikit garam. tun celur bahan2 yong tau fu dlm sup ni juga.


Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Wednesday, June 5, 2013

Homemade Kimchi


Assalamualaikummmmm~~~


Few days x ber-update. sarawak cuti 4 hari- sabtu-selasa, and jarang2 cuti lama, so meng-holiday-kan diri dgn hebatnya.. n sbb tun ni prone to sickness, been feeling sick since the holiday.. uuu uuuu... /blur

Kimchi ni tun buat last week.. hasben tun peminat kobis jeruk, sayur jeruk, dan apa2 laa yg sewaktu dgn nya.. jadi kimchi ni mmg dia blh mkn dgn banyaknya.. hihi.. dh lama cari resepi kimchi, mmg mahal betul kalau beli. nmpk kak sheila buat kimchi terus berkobar2 nk buat sendiri, cuma duk bertangguh sbb bahan selalu x cukup.


Alhamdulillah.. sedap.. lepas peran 2-3 hari, rasanya lebih kurang kimchi import yg tun penah beli :) x sia2 mencuba. tun mkn dgn nasi dan bubur. lepas tu wat nasi goreng kimchi. xsempat nk amik gmbr nasi goreng kimchi tu. len kali buat lagi..

Kimchi Berhasiat
Resepi : Kak Zanita Ramli
Sumber: kak Sheila, tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 lb kobis napa yang dicuci dan dihiris - tun guna 1 biji
  • 1/4 cawan garam himalaya atau garam laut + 1 mangkuk air suam, kacau hingga larut
  • 1/2 biji pear dibuang kulit
  • 1/2 biji epal dibuang kulit
  • 1 bawang besar saiz kecil
  • 3 tangkai daun bawang yang dipotong
  • 1 tbsp bawang putih yang dicincang
  • 1 tbsp halia yang dicincang
  • 4 tbsp serbuk cili kering (serbuk cili ni tak pedas)
  • 3 tbsp air rebusan ikan bilis ( 3 tbsp ikan bilis + 1/2 cawan,rebus dan biarkan sejuk)


Cara-caranya:
  • Masukkan kobis ke dalam bekas dan tuang air garam, gaul rata dan biarkan selama 4 jam. Tutup bekas.
  • Kisar pear, epal dan bawang tanpa air
  • Selepas 4 jam, kobis dibilas 2 atau 3 kali dan perah kobis perlahan2 supaya sejat air.
  • Masukkan serbuk cili, bawang putih, halia, air rebusan ikan bilis kedalam mangkuk bahan2 yang dikisar dan gaul rata.
  • Masukkan adunan no.4 ke dalam mangkuk sayur kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam balang kaca kedap udara.
  • Selepas 24 jam bolehlah masukkan balang kimchi ke dalam peti sejuk.
update: ni laa rupa kobis yg tun guna :)

Perhatian: Blogspot tun mempunyai masalah tidak dapat menghantar komen di mana2 blog yang menggunakan embedded komen. Sorry for those who comment here but I can't comment on their blog.

Sunday, June 2, 2013

Menu Farewell Party kak Jannah

Assalamualaikumm~~~~

1st n3 di bulan jun.. dh half year berlalu rupa2nya. mcm baru je sambut thn baru aritu.. bila tiba2 terasa mcm lajuuuu betul masa berlalu, mmg terasa mcm 'dunia kata pergi kubur kata mari'.. semoga akhir hayat adalah dalam keadaan beriman, aminnn....

erk.. nape ada tazkirah ringkas arini ye? nway.... ni aktiviti semalam.. ada staff kt sini yg berjaya pindah ke semenanjung -much to everyone's envy..huhu. Sebab wife dia is one of ahli 'kelab playground wanita adtec', so tun agak bersedih hati la jugak.. ptg2 nnti dh kurang kawan2 utk duk sembang2 di playground tepi umah ni. 

tun wat majlis kecil2 je. just ajak few families. masak pun ikut apa yg ada kat dapur je. hihi.... kebetulan baru je beli ayam 2 ekor. just tulis resepi ringkas2 je lah.. resepi tun tulis utk saiz hidangan biasa la ye.


Nasi Minyak Lobak Merah
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 2 cawan beras
  • 1/2 cwn susu sejat 
  • air secukupnya - mcm masak nasi biasa ye, cuma kurangkan sebab dh letak susu tu
  • 1 sb besar butter - blh guna minyak sapi, tp tun x suka bau dia
  • 1 sb minyak masak - tun guna olive oil
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 btg kayu manis
  • 4 bj cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - jika ada.. jarang2 tun ada daun pandan nih..
  • 1/2 batang lobak merah - sagat
  • garam secukupnya
  • pewarna ikut suka- biasa tun just guna hijau dn merah

Cara:
  • atas api, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sampai wangi. 
  • masukkan beras dan daun pandan dan gaul2 sebentar atas api sederhana.
  • masukkan dlm rice cooker, dan tambah susu, lobak merah, air dan garam.
  • masak seperti biasa.
  • siap! ^^


tiap2 kali buat makan2, ni laa menu feveret yg tun masak.. satu sebab senang campak2 je xyah goreng dulu ayam tu.. lg satu sbb pokok kunyit tun tu mmg lebat betul daun dia.. dh penuh peti duk simpan, jd bila ada peluang mmg akan berusaha guna daun kunyit nih.. resepi rendang yg dh byk kali letak.

Rendang Ayam Mama
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam
Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.



Selalu juga beli dori fillet ni. biasanya sbb malas nk gi pasar basah cari ikan. hihi.. kalau ada dori tun mmg biasa akan buat sweet sour, xpun wat fish n chips :)

Dori Sweet Sour
Resepi: tun telani

Dori Sweet Sour
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 filet ikan dori- salut tepung jagung dan goreng garing
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 icnh halia- tumbuk
  • 3 bj cili api- just belah tengah sket- kalau ada budak2 x perlu letak
  • 2 bj cili merah- hiris
  • 2 sb sos tiram
  • 1/4 c sos cili
  • 1/4 sos tomato 
  • 1/2 batang carrot - potong ikut suka
  • 1/2 batang timun - potong dadu besar
  • garam
  • sedikit air

Cara2:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi.
  • masukkan cili merah dan cili padi, tumis sebentar
  • masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. masukkan sedikit air ikut kepekatan yg disukai.
  • masukkan carrot dan timun. masak sampai mendidih.
  • perasakan garam. masukkan ikan dan gaul sebentar.
  • Siap.

acar timun mentah resepi campak2.. hihi... timun carrot bawang halia cuka dan sedikit garam dan gula ^^


ni antara kek yg tun suka makan.. kali ni tun gantikan air dgn coffee..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie
Sumber: kak Rosaliza, tun telani

BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara
  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • 2 sb serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih - tun letak freshly brewed coffee
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. - tun bakar bain marie/ steam bath
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

lastly... bila dh buat sekali mmg akan buat lagi dan lagi cream puff nih.. kali ni saiz mini sbb guna noozle kecik.. len kali xnk wat dh mini size ni.. cram tangan woo nk buleh ke siap! huhu... pastu struggle picit kastad.. haha..


Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.
Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:


  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 

Panjang gler n3 arini.. haha.... lastly.. interprem gambo tuan rumah yg senyum mcm joker.. with kak Jannah yg bakal berpindah and kak Zizah yg tun harap x kan pindah selagi tun x pindah.. hihi... gambar x cukup korum sbb ada yg xde. panjang umur jumpa lagi ye kak Jannah :x