Alhamdulillahh.. berjaya mengatasi kemalasan utk mengadap blog.. hehe.... menu minum petang semalam.. dh lama buat nih. buat lebih, frozenkan. semalam habiskan stok frozen.
Buat suku kilo je.. sbb takut en. laling x makan..kuih muih ganu ni kdg2 en.laling ku yg tekak pure johor x bape nk makan.. tp lajuu pulak dia makan pulut lepa nih.. ada lg inti ikan duk frozen, daun pisang pon ada sikit lagi dlm freezer tu. nnti rajin blh buat lagi.
Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani
Bahan:
- 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
- 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
- ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
- 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
- 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
- 1 sudu kecil halba
- garam & gula secukup rasa
- serbuk perasa jika suka
Cara2:
1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.
PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Resepi: kak Madihaa
Sumber: tun telani
Bahan2
- 1 kg beras pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
- 1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
- 2 sudu kecil garam/ secukup rasa
- Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
- Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
- kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari) - tun xguna, guna glove plastik
Cara Menyediakan
- Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit.
- Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak.
- Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai). Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar).
- Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan
- Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
]Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat. - Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
- Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Bolehlah dihidangkan panas2 atau sejuk