Saturday, April 18, 2020

Roti Sosej


Assalamualaikummmm :)

Sejak musim Restriction Movement Order COVID ni, dah lebih 10 kilo tepung gandum habis 😂 Terapi diri supaya tak terlalu stress takleh kuar rumah, maka ku kuar masuk dapur.. kih kih..

Jadi aktiviti budak2 ni juga, main doh. macam-macam bentuk la kan jadinya. Tapi Alhamdulillah, ada la satu tray yang cantik sikit. Sebab memang niat dan bagi roti sosej ni ke jiran2. 

Duduk taman ni, Alhamdulillah dapat jiran yang lebih kurang sebaya belake, anak2 pon lebih kurang sebaya 💗 Petang2 biasanya lepak sama2 sambil tunggu anak2 main basikal kat depan rumah. Bila rajin angkut la kuih makan sama2.

Musim PKP ni, semua pakat letak atas pagar je. huhu... semoga cepat kembali normal.



Resepi ni resepi yang Tun olah dr pelbagai resepi.  Ni yang paling simple dan paling kerap Tun buat sebab takde bahan-bahan special. Siapa yang selalu masak, memang ada semua la bahan2 ni kat dapur. 

Basic Bun / Doh Asas
Oleh: Tun Telani

Bahan-bahan:

  • 500g tepung (guna tepung gandum pon ok, kalau nk tahan lembut 2-3 hari guna tepung roti @ high protein)
  • 1 peket yis (tun guna Mauripan)
  • 1 bj telur
  • 100 g gula (utk bun manis, boleh kurangkan kalau xtak terlalu manis)
  • 125g butter/marjerin
  • 125ml air sejuk
  • 1 sk baking powder
  • secubit garam

Cara-cara:
  • Tun guna BM, jadi masukkan je semua dalam BM, uli 2 kali supaya lembut gebus gebas. Setting tun 14 minit, buat 2 kali. 
  • Kalau uli tanga, boleh campur semua, uli sampai tak melekat kt tangan dan doh licin.
  • Biarkan naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk2 doh dan uli utk kuarkan semua angin.
  • Boleh bentukkan sesuka hati.
  • Bakar 15-20 min, 180C bergantung kepada oven masing2 
Kali ni, tun uli doh panjang2, tekan sket utk letak sosej. Sosej tu belah dua, pastu tekan je atas doh. Kedekut lak rasa belah dua sosej,, haha... sbb tak cukup, ada sebungkus je. Nak bagi ke 3 buah rumah.. hihi... belah dua, dapat 20 bijik roti sosej. Balance doh buat bun kosong je.

Selamat mencuba.

Stay safe, stay home


Thursday, April 16, 2020

More and more donatt





Assalamualaikummmm....

Musim mendonat.. selagi tak dapat sedap macam Dofi, selagi tu tak puasa hati.. haha..
 
 

Topping white chocolate, white chocolate + nestum, and strawberry chocolate. Cairkan coklat dlm microwave pastu celup je.

Packing untuk hntr rumah mama. Musim PKP ni takleh keluar rumah kan. Nasib baik adik ada kat rumah mama, dia datang amik kat rumah. Adik2 ramai kt umah mama, uni semua cuti. Kalu ikut hati, nk pack baju balik umah mama juga, tapi kita mujahadah #stayathome 💊

Yang kosong tu sbb abah Tun dah pesan awal2 taknak gula. Tapi sbb mendeco dengan anak dara, tiba2 habis dah semua dia celup coklat ðŸĪĢðŸĪĢ tinggal satu tu yg berjaya takde coklat.

My Sous Chef 💗

Last time baca geng post kt ig dia bakar kejap donat ni untuk frozen. Jadi Tun pon menerai lah.. bakar 170C, 7 minit atau bila sentuh atas dia rasa kering.

Ok juga. senang kerja takyah goreng separuh masak sblm frozen. Pastu donat jd cantik bulat pula bila bakar dulu baru goreng. hihi..



Takleh nk share resepi kali ni, sbb ni resepi PJJ. Tapi kan, sebenarnya lebih kurang je dengan resepi geng2 blogger yg dh penah try sblm ni. hahahaha...

Jemput pilih resepi donat yang Tun dh penah try sebelum ni:

Donat Kentang Fatmah
Donat Pisang
Donat Rima
Donat Labu
Donat Lembut IML
Donat Keledek

Fuhh... banyak rupanya resepi donat yg dh buat. Donat kentang fatmah tu paling kerap buat, smp 2-3 entry, tun letak satu je la link nyer ye.

Selamat mendonat semua.. buat frozen senang nnti bulan puasa tak yah sibuk menguli 😀





#RMO

#tuntelanikitchen

Wednesday, April 15, 2020

Sambal Belacan


 Assalamualaikummm....

Siap dah stok sambal belacan untuk bulan puasa.

Belacan opkos yang import dari Bintulu, air tangan mak angkat Harith, banyak dia bagi stok sebelum kami pindah semenanjung. Guna sikit2, pastu simpan peti ðŸĨ° Lama tahan.

Belacan lain Tun kalah sikit, gatal hidung bersin nanti. Belancan Bintulu guna udang geragau fresh, bukan udang kering biasa. 


Simple Sambal Belacan
by: tun telani
  • Lada merah
  • Belacan bakar
  • Gula melaka
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Perasan limau kasturi/ limau nipis

  • Takde ratio, ikut je nk buat banyak mana. Taknak pedas, kurangkan cili kecik, lebihkan cili besar. Kalau nk pedas, lebihkan cili kecik merah.
  • Masuk dalam bekas semua, pastu blend. Antara gajet kesayangan, hand blender 😁 muat2 blender dalam bekas ni.

Settle sambal belacan ni dh senang hati sket, sbb mmg keperluan. Double HM ni tak makan pedas, jadi ni laa penyelamat mama dan abi :) masak lauk kurang pedas, tapi makan dengan sambal belacan. hihi...


#tuntelanikitchen

Tuesday, April 14, 2020

Donat Rima


Assalamualaikummm :)

Musim PKP ni, tak tau berapa kali dah Tun mendonat. haha... seronok main doh, sebab boleh buat aktiviti dengan anak-anak, memang suka sangat budak2 ni kalau nampak mama menguli. Siap menguli, memang berebut la doh dengan mama. Buat satu adunan, boleh bagi kat jiran-jiran sekeliling.

Rindu nak lepas sama-sama petang2 lepas Asar sambil makan2 dan tunggu anak2 main basikal. Sekarang semua pakat letak makanan atas pagar, pastu wasap bgtau suruh amik. hehe..

Kali ni kita cuba resepi Rima yg penah viral dikalangan food blogger suatu ketika dulu 😊

Alhamdulillah.. walaupon buat versi berjimat cermat, tapi tetap lembut gebu.

yang bentuk pelik tu yang Harith Hasha buat ðŸĪĢ

Donat Rima
Resepi Asal : Bisous a Toi - Rima
Sumber: tun telani

Bahan :
  • 500gm tepung roti - tun guna tepung gandum biasa (perlu lebihkan sikit, sesudu dua masa uli)
  • 100gm gula halus - letak 80g je sbb nk letak topping, takut manis sgt
  • 11gm instant yeast - tun guna sepeket Mauripan, mmg 11g
  • 4 biji kuning telur - tun guna 2bj telur, xnk bazir putih telur
  • 200 ml air - Tun tuna air sejuk (ada ais) sbb guna BM
  • 100gm magerine / butter
  • 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :

  • Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  • Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  • Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  • Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
  • Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  • Rehat doh semula 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  • Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.

Cara Tun..

  • Masukkan semua bahan ke dalam BM. Setting uli 14minit, buat 2kali uli. Proof smp naik 2kali ganda.
  • Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Bakar 7 minit, suhu 170C, pastu goreng. Nak goreng terus pun boleh, tapi tun suka tengok dia cantik kalau bakar dulu.

Selamat mencuba 😊

Bahagia bila ada ring

Jimat banyak kalau buat sendiri, bahan-bahan tak mahal, kalau beli 2 ringgit sebijik. 


Homemade Chocolate and Vanilla Ice Crea


Assalamualaikummm



Ya Allahh.. lamanyaa tak tengok blog ni haa.. siap lupa password n terpaksa reset 😂


Musim PKP #RMO ni banyak masa terluang, kerja nyer masak dan masak dan masak.. pastu menggebu.. hahahha...

Alhamdulillah banyak juga masa terluang jadi boleh sapu debu kat blog kesayangan. Semua mende ada hikmah kan.. tapi tu laa.. sedih dah lama tak pergi rumah mama abah walaupon dekat. Semoga cepat semua virus ini berlalu. aminnnn

Aiskrim buat 2 hari lepas. Lama tak buat aiskrim sendiri. Saje merajinkan diri sebab budak-budak ni selalu minta aiskrim. Kebetulan nmpk kak Cda tayang aiskrim dia, so kali ni follow resepi kak Cda ðŸĨ° lebih kurang je kalau resepi homemade ni.

Tun buat vanilla n coklat je, tak cukup rajin nk buat pelangi..


#tuntelanikitchen

♥️♥️♥️♥️♥️

Aiskrim pelangi homemade
resepi: kak Norshalieda Rozali

Bahan²
======

1 tin susu cair
1/2 cawan krimer pekat manis (atau boleh kurangkan 1 sudu kalau xnak manis sgt)
1 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu tepung / coffeemate
1 sudu teh vanila (akak letak 2 sudu teh sbb suka rasa vanila)

Campur semua bahan masuk dalam blender biasa je
Blend sampai adunan betul² gebu dan kembang. Sampai nampak pekat

Masukkan dalam bekas dan warnakan suka hati
Sudu atau tuang layer by layer..
Masa tuang tu jgn skit² sgt ye nti xnampak layer...

Simpan peti sejuk atas semalaman

* kalau xde susu tepung @ coffemate boleh abaikan. Cedok skit susu tepung anak tu ðŸĪŠ

Untuk video cara tuang boleh klik link bawah sbb video xboleh masuk sekali gambar kat sini

https://www.facebook.com/168873523202149/posts/2871836529572488/



Gambar sekeping je, tak berapa rajin nk kuarkan props dan setting cantik-cantik. huhu....