Sunday, July 22, 2018

Gulai Lemak Ikan Masin dengan Terung dan Rebung Madu


Assalamulaikummm :)

Waaa... kagum dapat update blog sejurus selepas ambil gambar dan makan. hihi..

Abah Mama balik hari ni, jadi masak lauk kampung ^^  Tun tak berapa kenal spesis ikan masin, tapi rasa-rasa ikan talang sebab besar dan isi tebal. Nampak macam sama dengan rupa ikan talang yang di gugel.



Tun peminat terung, ada terung dalam peti, jadi masukkan sekali. Takyah masak sayur dah. Haha.. Tapi lepas makan ni, rasa macam perlu goreng sayur lain juga ni. Sebab dah nak habis terung Tun makan. Nanti dinner tak cukup sayur.

Rebung yang kak ilah bagi ada lagi, jadi masukkan sekali. Sedap makan dengan terung, sebab terung lembik, rebung rangup :)



Kali ni versi sepantas kilat, xde bawang bagai. haha.. tun tak letak cili padi sebab nk suap Harith Hasha.

Gulai Lemak Ikan Masin dengan Terung dan Rebung Madu
Resepi: Tun Telani

Bahan2:
Ikan masin - potong
3 batang serai- ketuk
1 sk kunyit serbuk
3 bj terung sederhana besar- potong 4
Rebung potong bulat
Santan pekat
2 keping asam keping

Cara2:
Basuh dan rebus ikan masin bersama serai hingga menggelegak.
Masukkan kunyit, asam keping, dan santan. Kacau rata hingga kuah mendidih.
Masukkan terung dan rebung. Masak hingga terung lembut.
Tun tak masukkan garam sebab dah masin.

Selamat mencuba!

💗💗💗💗💗💗💗💗💗




Saturday, July 21, 2018

Kek Marble Santan Mudah



Assalamualaikummm...

Lama berusaha untuk update, akhirnya berjaya juga. Sabo je laa..

Rasa-rasa perlu pergi kursus time management ni. Haha.. orang lain anak ramai, kerja lagi.. still terurus kehidupan.



Nway, ni kek yang paling cepat nak buat. Bila time emergency orang nak datang tiba-tiba, memang sesuai buat ni.

Kek ni Tun buat masa x-students Mama Tun datang beraya aritu. Tak sempat nak masak kuih banyak-banyak. Buat puding susu satu, kek ni satu. 




Tun olah resepi letak santan. Sebab pernah makan kek letak santan ganti susu, memang lagi sedap tau. Bila makan sejuk sejuk dah macam aiskrim, lembut gebu sangat.

Selamat mencuba!

Kek Marble Santan Mudah
Adaptasi dari Kek Span Asas: sweet4ever@myr
Resepi: tun telani

Bahan-bahan


  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml santan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla 
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan santan dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan. 
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk coklat, 2 lagi masukkan perwarna pilihan. 
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗








#tuntelanikitchen
#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger

Wednesday, July 11, 2018

Durian Muda Masak Lemak


Assalamualaikummmmmmm :)

Siapa pernah makan nenu niii??? Hehe... Tun 1st time masak dan 1st time makan. 

Tahun ni lebat juga durian kat kebun, tapi banyakkkk yang blom besar dah gugur. Sob sob.. Sebelum ni besar besar tapak tangan gugur, takde la sedih sangat. Bila besar besar peha yang gugur, rasa sangat tragis. Huhu... Sebab sayang jadi, kita cuba selamatkan.


Cili tu cuma hiasan untuk cantikkan gambar


Tun gugel resepi indon ada few yang keluar. Tapi kita cuba masak lemak dulu.

Hasil dia.. Heran giler

Heran sebab sedap. Hahaha... Licin sekali hadap.

Kalau siapa2 yang ada kebun, atau kalau tersalah beli durian yang isi keras boleh cuba masak lemak camni.




Resepi simple je

Bahan-bahan:

  • 10-12 ulas buah durian mengkal (muda/keras)- buang biji
  • 1 biji bawang besar - mayang kasar
  • Segenggam ikan bilis- rendam, tos, dan tumbuk kasar
  • Santan pekat
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara-cara

  • Masukkan isi durian, bawang besar, ikan bilis dan sedikit air dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih.
  • Masukkan santan dan masak dengan api perlahan hingga durian sedikit lembut (jangan masak lama sampai lembik dan hancur)
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • Siap!

Makan dengan ikan goreng dan sambal kicap atau sambal belacan 😍

Cuba tauuu!

💗💗💗💗💗💗💗💗💗


#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger #foodporn #durian

Monday, June 25, 2018

Rebung Madu Sambal Cili Padi


Assalamualaikummmmm.....


Benci benci lama lama sayang
Tak kenal maka tak cinta...




Hahaha...
Ni relationship Tun dengan rebung...

Ni 1st time tun masak rebung tau.. kali kedua makan. Selama ni dengar je rebung, terus rasa Ewwwwww....

Busuk

Bacin

Lalu gerai jual rebung terus tak lalu nak beli lauk..

Sekali pergi beraya rumah tokey rebung kak Ilah ada lauk Udang lemak cili padi dengan rebung.

Hairan bin ajaib sebab takde bau pelik..

Daku pun beranikan diri ceduk seketul letak dalam pinggan. Bila rasa...

Eh..

Kenapa sedap 🤣

Terus menambah lauk.. haha... Rupa-rupanya rebung fresh takde bau bacin. Yang bau pelik selama ni bila rebung dah jeruk.


Tq kak Ilah siap tapaukan rebung madu untuk Tun.

1st time potong rebung


Ni 1st time masak rebung ni. Puas gugel nak masak apa, tapi untuk resepi sulung ni, kita keep it simple.

Olah dari mak CMG nyer sambal.. jadi laa Rebung Madu Sambal Cili Padi. Makan dengan nasi panas-panas, beshhh




Resepi campak2

  • Tumis bawang besar
  • Campurkan bawang putih dan cili padi yang ditumbuk kasar
  • Masukkan rebung madu (yang dah di rebus)
  • Tambah garam gula ket.
  • Masukkan sedikit air. Masak sampai air kering baru masukkan ikan bilis goreng.
    Siap


Dah makan sedap-sedap, jangan lupakan #lecithin dan #herbLax, set paling bajet untuk buang lemak dan detox badan







💗💗💗💗💗💗💗💗💗



Beraya Rumah Geng Masak-Masak


Assalamualaikummmm :)

Belum habis cerita raya lagi. Alhamdulillah raya kali ni ada rezeki jumpa kawan-kawan blogger yang selama ni kenal di alam maya.

Tun ni biasanya jenis yang jarang pergi beraya, duk umah tunggu orang datang je. Tapi tahun ni nak stat lebih proaktif gitu.. hahaha.. bila lagi nak berziarah bersua muka kan.. Jadi tanpa segan silu wasp akak2 GMM menawarkan diri untuk pergi makan umah dieorg. Hahhahaaha...

Sebab tahun ni turn raya Kemaman, jadi raya ketiga balik Segamat. Alang-alang odw ke Segamat tu, melencong Kuantan dulu.  sebelum ni dia kenal Tun through blog ni, rupa2nya kak sue pon aktif gak update masak-masak kat Ig.

Dengan kak sue dan suami
Plan asal nak gi rumah kak Zura juga, tapi sebab lambat pula bermesej dekat komen ig n fb je, jadi bila Tun dah gerak blk Segamat baru kak zura reply boleh datang. insyaAllah next time. Dekat je pun Kemaman n Kuantan. 

Bila dah sampai Segamat, terasa nak beraya kat Melaka la pulak. Hehe... umah kak Ilah   sejam suku je dari rumah mertua Tun.

Elok pulak, wasp kak Ilah cakap nak beraya, kak Ilah cakap kak Nadz pun nak datang beraya juga *hepi*  jadi wsp kak Nadz so that boleh timing datang sama-sama.. hehe

budak plg hepi smp umah neklong ilah
Tudung zaman bila pon tak tau.. hahahha... tahun ni beli baju anak-anak je lebih. Baju raya ada 2 pasang. Ni baju zaman kolej dulu. kih kih.. tudung pon yang zaman bila ntah, jumpa dalam almari..        


Cantik sangat kak Nadz. Kecik comey lak tu. Seteres daku.


Hasha ni susah nak baik dengan orang, elok pula duduk dengan nek long ni ha.. rumah neklong cantik, suka dia explore.


Lauk kampung best gler. Paling win sayur sayur fresh hasil kebun kak ilah.



Tertunai cita-cita selpi kat kebun mini tepi rumah kak ilah. (ya Allah.. keciknya tudunggggg... biasa pakai tudung kecik gini masa jemur kain luar umah je.. huhu)


insyaAllah ada rezeki boleh jumpa lagi..


Friday, June 22, 2018

Salam Aidilfitri 2018



Assalamulaikumm :)

Lama tak berupdate 😅

Salam 8 Syawal.. Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua

Alhamdulillah tahun ni raya kat kg Tun. 1st 2nd Syawal kat Ganu. Raya ketiga balik sambung raya umah mertua kat Segamat.


Full house, Alhamdulillah. Gambar bersepah, tak sempat nak atur pun. Ni pon riuh rendah struggle control semua anok2 wek.




Tok, Tokki, dan cucuss

Baru 8 orang tapi huru hara nak masukkan semua dalam gambar. hahahaha.. Harith dengan Kimi je yang suka bergambar. Hasha kita upah dia dia makanan, baru duk diam kat situ.

muka anak dara ambe mmg camtu.. hahahaha
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami berempat:
  • Hazwan
  • Hawa (Tun)
  • Harith
  • Hasha


Monday, February 12, 2018

Harith dah Sekolah :)


Assalamualaikumm :)

Dah sebulan lebih Harith sekolah, baru nk update blog pasal 1st day skul.. hahaha.. 😆

Punya la banyak survey sekolah, last2 hantar PASTI je. Sebab anak2 jiran ramai yang hantar sini. Senang kalau ada apa2 emergency nk minta tolong.


1st day baju biasa.. 2nd day baru dapat baju uniform..


Muka hepi. sampai sekolah meraung xnak skul 😂😂😂 2 minggu jugak pagi pagi drama taknak skul.

Masuk kereta OK lg, masuk je simpang jalan ke PASTI start drama "Alish taknak skul.. Alish nak duk umah".. huhu.. meraung-raung, dukung hantar masuk kelas. Tu pon kemah keming pegang kaki tak nak lepas. Tinggal je tengah meraung.

Message cikgu, cikgu cakap kejap je meraung. Lepas tu elok je main. Hahaha.. tapi drama tiap-tiap pagi laa.


Paling best anak sekolah......

Jeng 

Jeng 

Jenggg.....


SEBAB BOLEH BUAT BENTOOOO

 

Hahaha... dah lamaaaaaa join Kelab Bento kat FB.. neleh aiyo tengok mak mak buat bento kat anak.. haha

Alhamdulillah.. Allah bagi juga rezeki buat bento untuk anak. Tercapai juga cita cita bertahun tahun nih.. hihi

Tangan keras kejung nak deco tak pandai.. boleh laa susun sikit sikit kasi nampak presentable.


Cucuk cucuk toothpick je la.. kasi nampak ada deco 💗😍

Nanti Tun update bento Harith ye ..

Monday, January 1, 2018

PAU LEMBUT GEBUS GEBAS



Assalamualaikummmm...

Happy New Yearrrr.. tahun ni tun berazam nak cuba update blog.. haha.. semoga mampu.

Pau buat lama dah nii.. 3 minggu lepas. Update kat FB je.. ni baru nk kopipes..

Memang sangat lebut dan gebus. Doh pun senang nak bentuk. Kukus pagi, simpan tupperware, petang masih lembut dan gebus.

Tun buat inti kacang merah dan kosong. Yang plain tu letak warna sikit dan pintal2. Hasha makan yang plain.
 
Uli Breadmaker je
 PAU LEMBUT GEBUS GEBAS
Sumber: kak yatie
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk garam
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis (sepeket Mauripan)
  • 1 sb gula
  • 2 sb susu pekat manis
  • 1 biji telur

Cara-cara:

Masukkan yis dan sedikit tepung dalam air. Tunggu hingga berbuih. Ini nak pastikan yis tu hidup, supaya tak membazir nanti.
Satukan semua bahan. Uli hingga licin dan tak melekat di tangan.
(Tun guna BM setting doh 14minit, uli 2kali)
Biarkan hingga doh kembang dalam 5-10 minit. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Uli kejap.
Ambil sedikit doh, letak inti kegemaran.
Biarkan naik 2 kali ganda.
Sebelum kukus, pastikan air kukusan dah mendidih. Kukus pau selama 7-10 minit.

bulat-bulatkan inti duluu

isi dlm pau

susun atas alas cupcake

kembang blh kukus


🔽🔽🔽

Untuk frozenkan pau, dh kukus. sejukkan dulu. Pastu susun atas dulang. Frozenkan sampai keras sebelum masukkan dalam plastik. InsyaAllah tak melekat.

Kukus pau frozen dalam 5 minit. Selamat mencuba tauu 😊


dah keras baru masuk plastik