Bismillahirrahmanirrahim...
hari ni dah masuk 8 hari dlm bulan Ramadhan (Alhamdulillah).. tp skrg baru la nk betul2 wat entry utk Ramadhan. x cukup ilmu lagi nk menulis sebenarnya. but here is what i obtained from the Ramadhan handouts from Jabatan Mufti Selangor (moga Allah memberkati usaha mereka).
Dalil Wajib Puasa
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa" [Al-Baqarah : 183]
"Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Lafaz Niat
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan
“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
"Sahaja aku berpuasa untuk sebulan, bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala".Hikmah Puasa
These are only few of the hikmah for fasting:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).
3. Meningkatkan kesihatan diri (fasting lowers your blood sugar, your weight, n your blood pressure- baru je dgr ceramah bout this.. owh, but dont tersalah niat puasa utk 'turunkn berat badan ;) hehe )
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka (also hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah (keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.
Ramadhan: bulan yg penuh berkat
Ever wonder why dlm bln puasa we manage to read Qur'an at least 1 juzu' per day?
*sbb xde syaitan nk kacau ;) [well... thats why bila bulan puasa pun terasa mcm jahat gak, tu maknanya there's smtg from with our ownselves laa.. sbb syaitan dh xde nk kacau)
"Apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan” (Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a)
Ramadhan also bulan utk menghapuskan dosa =)
Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" (Riwayat Bukhari )Doa Berbuka Puasa
* one of the doa yg awe susah btul nk ingat (xtau laa knp.. sbb setahun sekali hafal kot.. huhu... skrg letak dlm hp nyer notes.. huhu)
“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha mengasihani”.
SELAMAT MENERUSKAN IBADAT PUASA TO ALL.. MOGA TARBIYYAH YG DITERIMA MENJADIKAN KITA HAMBA-NYA YANG LEBIH BAIK.. IA..