Sunday, February 27, 2011

Kek Lapis Sultana


Assalamualaikum!!!!!!

^^ dah duduk kat kampung halaman terchenta nih, malas pulak nak mengadap laptop.. ckp kt kak CB nk wat dua hari lepas dh kek nih. semalam baru wat, n arini baru tunjukkn hasil. hihi...

sebab me ni kurang penyabar sikit kalau nk ngadap oven/kukusan lama2, so bila baca resepi kak CB nih, mmg laa excited nk cuba =) Nama kek nih "kek lapis biskut sultana", tp bila ada perkataan 'biskut' tu, mcm x best je.. so me suka2 ati buang perkataan tu.. rasa cm comey sket nama dia.. muahahha... sowy ek kak CB ^^

Resepi kak CB nyer refer sini, ye..

Bahan2:

  • 1 cawan butter ( lebih kurang 220gm mentega)
  • 3/4 gula pasir (just nice...tp kalau suke manis boleh buh 1 cawan) <- 3/4 cwn dh manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur size A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 kotak biskut sultana
  • asam hawflakes secukupnya
  • 2 jenis pewarna (hijau kuning ) <- me letak kaler merah kuning

Cara2:

  • Panaskan kukusan terlebih dahulu dan lenser tin dgn butter dan lapik baking paper loyang 8' x 8'
  • Pukul dengan kelajuan tinggi mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim, gula dah hancur n then mentega bertukar warna lite cream.
  • Masukkan esen vanila, kemudian puku telor satu persatu..sambil terus memukul
  • Kemudian tuangkan tepung gandum sikit2..sambil terus pukul.
  • Bila sudah sebati, bahagi adunan kepada 2 bahagian. dan warnakan mengikut kaler kegemaran,
  • Ambil 5 sudu besar adunan kaler kuning dan ratakan di loyang. Kemudian susun hawflakes..lepas tuh lapiskan plak dengan kaler hijau,..kemudian susun biskut sultana tuh...lapis balik dgn kaler kuning dgn hawfleks..dan buat la susunan mcm mula2 td...sehingga selesai (sebaik2nya hawflakes dan biskut sultana tuh kena susun rapat-rapat)
  • Kukus selama 45-50 minit menggunakan api sederhana besar, dan tutup tudung pengukus dgn kain yang bersesuaian ataupun aluminium foil.
Mula2 nmpk cam senang je.. tp me sedikit struggle nak rata2kan every lapisan.. hahahaha... tu yg jadi x berapa nk byk lapisan dia.. hoho.. bahagian tgh2 me susun rapat2 hawflakes tuh, yg atas saje konon2 wat decoration laa tuh. huhu~

kek yg me wat ni, agak lembut nk kerat, so me biar semalaman dulu, baru potong nipis =)

walaupun comot, tp comey gak ^^

Friday, February 25, 2011

Eggless Chocolate Cake

Assalamualaikum!

Masih lagi kt kampung ^^ besh besh~ windu btol kt oven ku sayang.. nk wat kek lapis kak CB, tp xcukup bahan laa pulak. esok laa gi cari sendiri. so hari ni wat chocolate kek lagi. hoho.. this time nk memperkenalkan Eggless Chocolate Cake.. dulu masa belajar selalu guna resepi ni sbb xnak membazir telur. haha..

me rasa dulu me amik resepi kat mesra.net.. tp this time me jumpa exactly the same resepi kat myr . xtau laa siapa yg reka resepi nih. tp terima kasih kpd tuan empunya resepi..

abaikan ke'comot'an yg berlaku.. hihi

Bahan2 utk 1 loyang kecik:


Bahan A
  • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
  • 1 cawan / 180gram gula halus
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan B
  • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 1 cawan air sejuk

Cara2:

  • Ayak Bahan A, dan masukkan dalam mixing bowl. Gaul sebati.
  • Campurkan bahan B, dan masukkan dalam bahan A. Gaul sebati
  • Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
  • Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek <-- oven me amik masa sampai 40 minit baru masak betul
  • Boleh dihias dengan topping pilihan =)



walaupun xde telur dan susu, kek nih sgt moist! tgk laa textur dlm dia.. sedap bangat!

ittadakimass!

Puding Strawberi


Assalamualaikum ^^

Tadi plan nk wat pudding lapis.. alang2 mama nk kuar pick-up my sis yg br balik camping, me suruh laa belikn agar-agar serbuk.. tp mama tersalah beli yg dh ada gula.. huhu..

godek2 dlm peti tgk ada susu kotak strawberry, n strawberry.. so me wat la puding yg simple nih =)

Bahan2:

  • 1 pek serbuk agar2 Nona (tanpa pewarna)
  • 1 susu kotak strawberi (250ml)
  • 150 ml air
  • 3 biji strawberi- hiris nipis
ni laa agar2 yg me guna

Cara:

  • Masak agar2 bersama susu dan air sampai mendidih.
  • Tuang dlm bekas.
  • Bila dh sejuk sikit, baru atur strawbery.
  • Sejukkan.


It's a bit too sweet for me.. but mama said it's ok.. soo, ok laa kot ^^
But i still would use plain milk + colouring n flavoring next time.. sbb susu strawberi ni manis.


ps: gambar sepanjang kt kg x guna dslr (sbb tu kurang chomey sket.. huhu)

Kuih Lapis

hoho.. xsama tebal.. pastu tgh2 tu lupa nk letak kaler merah ;p


Back in my hometown!!!!!!


weeeee~~~~~~~~~~ **happy mode** (but cian lak kt my laling duk sorg2 kt Miri tuh.. huhu.. makan apa tuuu?? ;p )

hari ni x masak lauk, tunggu mama masak.. hihi.. mcm mana pun, air tangan ibu is the best! tp me wat pudding ngan kuih lapis. 1st time wat kuih lapis.. me cari resepi yg paling senang nk wat. hoho.. jumpa resepi k'Jun yummilicious kt myresepi (tgk kt sini, ye).

Bahan2 utk 1 loyang kecil, ye. me convert dlm measuring cup.

  • 250gm tepung gandum <- me letak 2 ½ cawan
  • 100gm gula <-- me letak ½ cwn
  • 500ml santan cair (kalau x nak guna santan, leh tukar ngan susu cair, fresh milk atau kalau guna air biasa, tambah 1 sudu besar minyak.. ikut selera masing2)
  • secubit garam <-- ni me ngade2 tambah
Cara-cara:

  • Campur semua bahan dalam mangkuk. kacau sebati. <- me guna mixer
  • Tapiskan adunan tadi dan bahagi kepada dua atau lebih
  • Isi pewarna yg berlainan pada tiap bahagian.
  • Sapu minyak pada loyang utk elakkan adunan melekat.
  • Kukuslah selapis demi selapis, selang seli warnanya.
  • Kukus 1-2min setiap lapis. Lapisan last 15min.
muahaha... xsmooth bila kerat.. layankan je laa

Kuih lapis nih, rasa dia sedap.. tp xde laa sama mcm yg beli kat kantin sekolah.. me rasa sbb biasa kuih lapis tu guna tepung mcm2 jenis kot.. wallahua'lam.. huhu..


Wednesday, February 23, 2011

Back @ uni~~~

Assalamualaikum!!!!!

Rindu nak mengupdate blog nih. tp skrg dh balik uni nih, makan kat cafe je.. hehehe~

right now, I should be working in the lab. muahahaha.. masuk supervisor nnti kantoi lak duk mengapdate blog.. terliur tgk donat gelang2 kak hana, nk tayang donat gebu yg me wat b4 balik semenanjung lah. besar gedabak punyer gambar.. hohoho~~

gemok x? hehe.. resepi akan diupdate bila me blk kampung n ada streamyx yg laju..

ps: wiken nih balik kampung.. yayyy!! windunyer.. nnti blh masak dgn banyaknya dgn adik2 ^^

Monday, February 21, 2011

New Toy.. Onigiri Mould!!


Assalamualaikum ^^

nk kene cakap awal2, n3 kali ni xde resepi. muahaha.. nk tunjukkan toy yg baru beli *happy*

tadaaa!! onigiri mould! best x? best x? maybe org lain biasa nmpk kot, tp ni 1st time me jumpa kt kedai. hihi.. jakun pulak rasanya..

dlm 1 paket ada 2 mould..hari ni me guna yg kecik tu

happy sgt jumpa mould nih. biasa laa, membesar dgn komik jepun @ manga. baca komik, dieorg suka bawak onigiri dlm bento. dh lama bercita2 nk wat onigiri nih. tp xpandai nk bentukkan sendiri, sbb tu hepi betul bila jumpa mould nih ^^

my laling enchik H ckp, len kali wat filling rendang ayam. hihi..

Nanti me amik gmbr step-by-step cara wat as future reference.. arini kene marathon siapkn paper nih. pagi esok flight to KL, then terus balik uni. nak pergi jumpa supervisor baru kelam-kabut siapkan keje sekolah. muahaha~ teruk sungguh..

sementara tu, hv a feast on my onigiri and sushi ^^ sedap ni tau~ hihi.. (resepi sushi kt sini )

wat sushi jugak. saje2 nk habiskan crabstick dlm peti sejuk.



makan satu biji onigiri ni pun dh kenyang. senang kalau nk wat bekal makan dlm kereta.



dh kena gigit nih ;p yg ni filling salted fish n spicy tuna

Okie dokie.. me nk baca journal n siapkan tulis paper. insyaAllah hari ni berusaha siapkan n email to supervisors (ni baru 20 pages nyer paper, thesis x berapa nk gerak lagi.. uu uuu....) xpe2.. slow2... slow n steady. jgn x gerak terus sudah..

So, i'll be leaving my laling for a whole week. kene stokkan lauk siap2 dlm peti sejuk. hihi.. tp b4 that, keje sekolah comes 1st! all the best utk diri sendiri.. chaiyok2!! berusahalah!!!

Saturday, February 19, 2011

Cok Bantal & Sambal Bilis


Assalamualaikum.. Tgk blog kawan2 dh masak macam2 dh arini, me baru nk letak n3 (internet lak slow cam ciput..haih..).

penat sket hari ni, pagi td pergi picnic kat Taman Awam Miri ngan kawan2 my laling (which is kawan2 me jugak laa.. sbb umah dkt2). Penat pk nk masak ape.. last2 sekali me skodeng umah kak hana n jumpa kuih yg berkenan dihati.. hehe.. pagi2 lg me bangun menguli tepung.. huhu...

Jom tgk resepi.. resepi asal dr myr, tp me cnp dr dapur k'hana jepung yg bakal pulang ke msia. tq kak..

Bahan2:

Cok bantal:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
Sambal Ikan Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)<- me goreng garing dulu
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam) <- me x letak
  • Garam dan Gula secukupnya

Cara2:

Cok Bantal
  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
  • Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh. Uli sampai sebati dan licin.
  • Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
  • Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka (kite potong bentuk bantal peluk =P) <- me pung!
  • Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan dan nampak garing.
Sambal Ikan Bilis
  • Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.
  • Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
  • Tambahkan air asam, gula dan garam. (me tambah sikit kicap dan sos)
  • Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)
Sedap tau cok bantal nih. walaupun nama dia pelik.. gebuuu je.. laku mcm goreng pisang panas! hehe...

Gambar2 kolam kat Taman Awam ni nk interframe. hihi.. cantik, kn~

cantik!!!
ni kt pintu masuk~

ni lak kt menara peninjau

Kalau dtg Miri, visiting this place is a must! ^^