Assalamualaikum!!! ^^
semalam sgt stress!!! xdpt internet langung! bukak dlm 10minit, dia dh nyala2 lampu hijau. aft 5-6kali try reconnect x dpt2, me pon give up.. baru nk menayang2 roti me yg gebu walapun sedikit hangus atas dia.. tp xpe, pagi ni berkobar2 pasang internet, setakat sepuluh minit ni dia biru lg, hope bertahan utk publish n BW jap.. eh2, nmpk cam ada org baru yg menjenguk dapur ni.. terima kasih, ye =) nnti me jenguk blog ye.. iA ikut tenet me yg semput ni..
me dh 2 kali wat nih.. guna mixer cangkuk tu. pastu uli tangan sikit2.. me wat dlm acuan roti sandwich jugak 1, tp atas dia terhangus.. muahahaha.. me mmg expert bab2 hanguskan mende dlm oven nih. tp walaupun tergaring sket atas dia, dlm dia tetap lembut dan gebuuu... sedap sgt!
aritu gi usha BM, tpxde stok.. huhu.. sedih rasa.. org kedai ckp dia baru place order from semenanjung, xtau bl sampai.. tp me dh booking siap2. weee~~ x sabar rasa nk dpt BM ^^ nnti blh lawan meroti ngan kak mas =)
ok laa, b4 tenet ni wat hal.. kene tepek resepi dulu.. ramai yg dh wat nih.. sapa2 yg belom wat tu, sila2 laa mencuba. kompom x nyesal punya.. resepi dr ratu roti kak ros JM. me ikut buku roti yg kak ros hadiahkan. tp link tu dr blog JM.
Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
- 500gram tepung roti
- 3 sudu besar madu
- 2 sudu besar susu tepung@skim milk
- 3 sudu besar gula
- 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
- 3 sudu besar shortening@lemak sayuran
- 220ml air suam
- 6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
- 4 sudu besar water roux
- 1 sudu kecil garam
- beberapa titik esen vanila
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu <- me x wat sbb penyakit M tiba2 dtg
resepi water roux
- 25 gram tepung gandum
- 125 ml air
cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
yg ni letak inti kaya.. separuh lg kosong =)