Tuesday, April 30, 2013

Kerabu Bendi


Assalamualaikummmmm :D

Last day of april.. time do fly really fast! this is the 10th day tun duduk sorang2 kat rumah ni.. berusaha jugak buat kerja sekolah, but most of the time 'berlepek' je sambil menghujani my laling with wasap.. huhu... but nasib baik juga most of my family member selalu online wasap dieorg, so xde la mati kutu sgt duk sorg2 xde org nk sembang. the wonder of technology, kn? :)


too lazy to cook.. n perlu habiskan apa2 yg ada dlm fridge yg xleh difrozen.. ada sepeket kerabu lagi, so tun buat kerabu bendi nih. dh lama x buat, biasa la, bila dh byk2 resepi tu, blh lupa dh apa resepi yg pernah dibuat. nasib baik ada blog kan, gugel blog sendiri tgh resepi. haha... :p

please use ikan bilis tanpa kepala if you don't want your cholestrol to increase. tun mmg beli yg dh kopek, siyes kurang kerajinan utk mengopek ikan bilis tu.

Kerabu Bendi
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus  - kali ni tun tumbuk sekali ngan ikan bilis, so xnmpk dh cili padi tu
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula

Cara2:
  • Didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..
  • Sedap nih! selamat mencuba ^^ 


Monday, April 29, 2013

Kuih Tepung Bunga (MFF Kelantan)


Assalamualaikummm~~~

Dah nearly tamat musim Malaysian Food Fest kelantan baru laa berjaya membuat n3. huhu.... masa awal2 kak nor war-war kan ttg MFF ni, berkobar2 nk masak laksam, tp sbb duk sorang2, jd mood nk memasak tu mmg ke laut lah. huhu.. penat jugak berfikir nk buat masakan apa yg senang dan blh buat sikit2, pastu teringan pasal kuih tepung bunga nih.. mmg rasa2nya ni la kuih paling senang dalam dunia. hihi.... biasanya kalau bulan puasa, time xsempat nk buat kuih, mama tun akan buat kuih ni utk abah bawa ke surau. mama tun org kelate, so tun just assume ni kuih kelate la kot. ke kuih ganu? halal la ye.. negeri adik beradik jugok ;)


biasanya campak2 je buat kuih ni. xde nk sukat segala bagai, jd utk rujukan, tun cnp resepi dr kak nor je lah.. sbb mama tun ajar guna air, xletak santan, jd tun guna air je. ikut kesukaan masing2 la nk guna santan or air :)

KUIH TEPUNG BUNGA
Resepi: kak Nor 
Sumber: tun telani


Bahan2:
  • 1 1/2cawan tepung pulut
  • 3/4cawan (180ml) santan pekat - tun guna air
  • 1/2 st garam halus
  • 2 bj telur
  • minyak utk goreng
  • gula utk tabur

Cara2:
  • Gaul tepung pulut dgn santan & garam hingga sebati sampai boleh membentuk bola,
  • tak melekat kat tangan dan bekas ( cam jd berkilat skit )
  • Pastu gentel sebesar guli hingga habis.
  • Pecahkan telur dan kocok/pukul hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan  leperkan sebiji adunan td atas tapak tangan, jd sebesar duit siling 50.
  • Celup dlm telur dan goreng sampai golden brown dan toskan
  • Hidangkan dlm piring dan tabur gula.
  • Siap!



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month
 hosted by 


Sunday, April 28, 2013

Kek Zebra..... yg x berapa nk berbelang.. hihi


Assalamualaikummm :)

arini misi menghabiskan telur.. actually nk wat chiffon cake, tp kuning telur terpecah dan masuk dlm putih telur tu.. saboo je la.. len kali mesti ingat pecahkan telur sebijik2, bukan direct dlm bekas yg dh ada telur tu.. huhu...

Bila dh jd eksiden mcm ni baru la kelam kabut fikir plan B, nasib baik teringat kat kek zebra yg kak gee baru je tayang. skrg mmg byk juga resepi2 kek yg masukkn semua bhn sekali gus pastu tambah ovalette utk gebukan kek.. mmg senang, sedap pun sedap, lembut je keknyer.. cuma x sehalus dan segebu kek yg kita pukul putih telur sampai kembang tu ye.. kata short cut kan, mana sama ngan resepi yg kita bersusah payah pukul telur asing2 dan kaub balik dgn ayunyer..


terima kasih atas perkongsian resepi, sgt senang, pejam mata pon blh buat nih (exaggerate ye ;p ) tun buat separuh adunan je, dpt 2 bekas kecik.. bekas chiffon ni kejap je masak sbb lubang kt tgh, satu lg guna silicon mould, yg ni amik masa lama sket.  tun x  sure coklat tu pewarna coklat ke, cairkan cooking coklat, or letak serbuk coklat, pastu dh malas tu, letak kaler je lah. just letak warna sedikit je, jd kaler xterang sgt.

KEK ZEBRA
Resepi : Ma Salykitchen
Sumber: Kak Gee, Tun telani
Bahan2:
  • 200gm tepung gandum
  • 13 sudu makan gula - utk separuh adunan, tun letak 100g
  • 6 biji telur
  • 1 sudu baking powder
  • 1 gelas minyak masak (150 ml)
  • 1 sudu kecil ovalet
  • 2 sudu makan susu tepung - tun guna susu sejat
  • 1 sk esen vanilla - tun tambah
Cara2:
  • Gaul kesemua bahan d atas kecuali minyak masak.
  • Gaul adunan sampai menjadi putih dan gebu.
  • Kemudian masukkan minyak masak dan gaul rata.
  • Bagi adunan kepada 2 bahagian
  • 1. Coklat - tun telak pewarna merah
  • 2. Biasa
  • Masukkan adunan ke dalam acunan berselang seling sampai habis.
  • Bakar pada suhu 160 selama 1 jam/sampai masak.

Friday, April 26, 2013

Sushii.. sushiii...


Assalamualaikummmmm~~~~~~~~~~~~~~~

resepi review AROMA lagi sbb dapur tuam rumah x berasap.. pagi semlm bekfes cornflakes, arini pon makan cornflakes lagi.. pagi2 semangat naik penimbang sbb sejak duk sorang2 ni sehari pon x masak nasik, tp mcm xbergerak pon jarum penimbang tu :-<  nmpk gaya perlu exercise lebih nih.. chaiyok2!! nk turun 2 kilo sblm balik kg sbb nnti blk kampung nk makan byk /wahaha


ok laa.. tq pada yg sudi singgah dapur tun.. pada follower baru dan sape2 yg sudi mengomen tu, daku minta maaf sbb kalau anda menggunakan setting embedded komen, tun mmg xboleh nk pergi komen. ada problem ngan tun nyer blog.. mmg tun akan pergi BW ke blog semua utk tgk resepi2 baru..

menu ulang tayang je.. tun selalu juga buat sushi sbb kiteorg mmg hantu sushi. last time pergi Popular jumpa satu buku shushi, x try lagi buat ikut buku tu sbb ada few bahan2 yg x jumpa. nk try buat sushi pelbagai bentuk lepas nih.. xde la buat sushi maki (sushi gulung) ni je kan..

Sushi
resepi: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cawan beras sushi
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan cuka beras
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Roasted seaweed

filling (ikut kegemaran masing-masing)
  • 1 batang lobak merah- potong panjang
  • 1 batang timun- potong panjang
  • 2 biji elur- dadar n potong panjang jugak
  • 1 tin tuna mayonis
  • 1 peket crab stick
  • Seaweed

Cara2:
  • Masak beras dgn 2 cawan air (mcm masak nasi biasa).
  • Campurkan cuka beras, garam, dan gula, dan masak atas api yg perlahan sampai gula hancur.
  • Apabila nasi telah masak dan suam, tuangkan campuran cuka tadi ke dlm nasi. Gaul sebati.
  • Letak roasted seaweed di atas papan gulung sushi. pastikan papan di alas dengan plastik papan bagi mengelakkan nasi sushi melekat di papan.
  • Ratakan nasi sushi atas roasted seaweed, tekan sampai agak mampat. 
  • Letak filling kesukaan di hujung dan gulung kemas.
  • Potong ikut ketebalan yg sesuai. pastikan pisau tajam, dan lap bersih pisau dgn kain lembap selepas setiap potongan bagi mendapatkan potongan yang cantik.

Wednesday, April 24, 2013

Bubur Oat dan Lobak Merah


Assalamualaikummmmm~~~

tuan rumah masih bersedih hati menghadapi hari hari seorang diri di rumah.. huhu...  xtahu mcm mana nk menghadapi lagi 10 hari b4 blk kampung. mati kebosanan kat rumah.. uhuk uhuk... skrg tgh cuti, so xde kelas.. nk ajak students dtg lepak2 kat umah pon semua dh berbahagia kat kg masing2.. *nangis*


sbb dapur x berasap.. so post review AROMA je lah..... bubur nasi pon nak anto majalah ke? tuan dapur xbanyak resepi hak cipta terpelihara.. ni je laa yg termampu.. huhu...  antara resepi feveret kalau ada nasi lebih. my better half suka makan nih.. sedih laa pulak.. nnti blk semenanjung terus ke kemaman, laling pulak pas kursus blk segamat, mengundi kat kg masing2. lepas ngundi baru gi jumpa enchik abang :(

haihh.. study.. study.. patut duk sorang2 ni lg byk dpt siapkan kerja. tp sbb mendepresskan diri satu ape pon xjalan.. ok laa, sblm readers pon sama2 depress, better stop.. sila2 mencuba resepi bubur nasi ni ye :)

Bubur Oat dan Lobak Merah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 mangkuk nasi
  • 3 mangkuk air
  • ½ cawan oat
  • 1 btg lobak merah- sagat halus
  • ½ kiub ayam
  • 1 inch halia- hiris halus
  • Garam secukup rasa

Bahan tabur:
  • Ikan bilis goreng
  • Cili merah- hiris
  • Lada hitam
  • Bawang goreng

Cara2:
  • Masak nasi bersama air, halia, lobak merah dan kiub ayam hingga jadi bubur.
  • Masukkan oat dan kacau sebentar.
  • Perasakan garam.
  • Hidangkan dalam mangkuk dan tabur ikan bilis, cili merah, lada hitam dan bawang goreng.

Monday, April 22, 2013

Suhun Goreng Cili Padi



Assalamualaikummm~~~

Tuan rumah baru balik dr weekend gateway.. huhu.. gi usrah umum and attend program aman palestin kat ngan mukah (not exactly mukah, tp kat dalat, a very small town nearby mukah).. xsempat pulak nk contact kak HaSue. nx time kalau gi mukah jalan2 blh gi umah kak HaSue, kali ni jadual penuh.

Ptg semalam sampai umah, 1st time drive sorang2 utk long distance nyer journey kat Sarawak nih. Alhamdululillah, semua selamat. travel siang pun sbb x berani travel mlm. mmg jalan kat sini x macam jln semenanjung, masa smp area dalat jumaat aritu pun dh aft maghrib, mmg gelap gelita jalan xde lampu dan kdg2 je jumpa rumah orang. sgt scary!  Ptg semalam arrived to an empty home :( my laling dh bertolak balik semenanjung on saturday. ada kursus handle x-ray katanya. for the whole 2 weeks! habis on the day that we are supposed to went back home together. *sigh.. arini seharian in this empty home dh rasa mcm nk meroyan :(( 



nway, another announcement about my inability to comment on embbeded comment box.. to kak Jassnani my apology sbb xberjaya membalas komen akak. problem satu nih dgn blogspot mmg xdapat nak solve.. tq kerana sudi menjenguk dapur tun ye.

sbb duk sorang2 and probability utk memasak tu sgt kurang (spent the whole day eating roti gardenia yg kak jas -jiran dpn umah- bw bawak balik dr semenanjung. huhu), tun post resepi review AROMA lagi ye. sgt suka mkn suhun goreng sbb konon2 kalori lg rendah dr bihun, mee dan spagetti.. tp bila dh rasa sedap tu byk jugak makannyer.

Suhun Goreng Cili Padi
Resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 1 peket suhun (200g)
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • ½ bj bawang besar – tumbuk
  • 3 bj cili padi- tumbuk
  • ½ cwn isi ayam- hiris
  • ½ cwn isi udang
  • 5 bj bebola ikan- hiris
  • Sedikit kobis – potong halus
  • 1 batang lobak - sagat
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • ½ sb minyak bijan
  • Garam secukup rasa.
  • Daun sup dan cili merah untuk tabur

Cara2
  • Rendam suhun hingga lembut dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam, udang, and bebola ikan. Tumis hingga masak.
  • Masukkan sayuran pilihan, sos tiram, dan kicap. Gaul rata dan masak hingga lembut.
  • Masukkan suhun dan minyak bijan dan gaul sebati.
  • Perasakan garam dan tabur daun sup dan cili merah sebelum dihidang



Thursday, April 18, 2013

Rendang Ayam Mama


Assalamualaikummmm :)


Alhamdulillah.. hari ni blh berblog. semalam kelam kabut study dan siapkan slides, sbb last2 minit supervisor email ada presentation petang smlm. baru nk start presentation smlm, satu uni black-out. haha... lucu ada, cuak pun ada gak.. tp, alhamdulillah, letrik ada aft half an hour, dan presentation berjalan lancar. komen few and there, and sedikit2 hentaman tu perkara biasa lah kan ;)

semlm xde masak special2 pon, jd tun just tayang menu review AROMA je la ye.. dh byk kali post pasal rendang ayam ni.. menu wajib yg mama tun akan masak utk hari raya pertama, rendang ayam makan ngan pulut kuning.. sgt sedap :) masakan emak pastilah yg terbaik kan :x


resepi ulang-tayang.. tq pada yg pernah mencuba sblm ini :D


Rendang Ayam Mama
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.


Tuesday, April 16, 2013

Pumpkin Cream Puff



Assalamualaikummmm~~~ :D

Musim cream puff skrg.. hihi.. ni salah satu kuih kalau terasa nk makan, akan diperam dulu resepi sekian lama, tp bila dh buat sekali.. haaa.. amek kau, 4-5 kali buat cream puff.. :p  

cream puff ni senang je nk buat, tp jd leceh bila xde nozzle dan piping bag yg sesuai.. tun nyer nozzle tertinggal kat kg, pastu ada satu nozzle utk pipe icing yg kecik sket tp xtau laa tercampak kat mana, jd guna acuan kuih dahlia yg buat biskut raya tuu.. struggle la jugak. so ada excuse la rupa comot momot sket tu.. hihi..

guna acuan dahlia je.. nmpk mcm biskut raya x? hihi

Resepi ni tun olah sbb ada lagi labu pemberian puan mellin_blossom kita nun. sebiji labu, bila purikan dapat 4 bekas kecik jugak puri dia. tun ni makan 2 org je kan, jd byk la kuih muih yg boleh di olah utk gunakan pumpkin nih ^^ alhamdulillah menjadi resepi cream puff and pumpking custard tun nih.. seronok dpt bagi kat jiran tetanga. my laling ni pon suka betul makan, 2 bekas habis kat dia sorang.. tuan umah diet jd makan sikit2 je.


Pumpkin Cream Puff
Adaptasi dari: Zaliana@myr
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 200 ml air
  • 60 g puri labu (labu yg dikukus dan lecek)
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 100 g butter
  • 3 bj telur

Cara2:
  • Masak air, puri labu, dan mentega hingga mendidih.
  • Perlahankan api dan masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau adunan hingga tidak melekat di periuk.
  • Tunggu adunan sejuk sedikit, dan pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
    Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
    Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Pumpkin Custard
resepi: tun telani


Bahan2:

  • 3 sb tepung kastard
  • 2 sb gula kastor
  • 1/2 c puri labu (labu yg dikukus dan lecek)
  • 1 c susu segar @ 3/4 c susu sejat + 1/4 c air
  • 1 sk mentega

Cara2:
  • Satukan tepung kastad, gula, puri labu dan susu, kacau supaya tidak berketul.
  • Masak menggunakan api perlahan, kacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega, dan sejukkan sebelum digunakan.

Monday, April 15, 2013

Steamed Chicken with Brocolli


Assalamualaikummm :)

nowadays mood ber-diet kan.. so menu diet lah. tun sorang je yg duk berusaha mendietkan diri skrg.. masak lauk nih, my laling makan bertambah2.. haha.. mmg dia suka lauk kukus2 cam gini. pastu lawankan dgn sambal kicap, mmg sure xcukup nasi ;)


Steamed Chicken with Brocolli
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/4 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 2 sk sos tiram
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 pokok brokoli (saiz kecil)
  • garam secukupnya
  • sedikit lada hitam - jika suka

Cara2:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama bawang putih, halia, 1 sk sos tiram, dan sedikit garam. Masukkan lada hitam jika suka.
  • Kukus ayam sehingga hampir masak.
  • Gaul brokoli bersama sos tiram dan garam bersama sedikit air. Curahkan ke dalam ayam tadi.
  • Kukus sampai masak.


Friday, April 12, 2013

Percubaan pertama membuat kek Lapis versi Bakar ^^


Assalamualaikum...

alhamdulillah... masih lg diizinkan utk bernafas dibumi Allah ini.. pagi ini dikejutkan dgn berita pemergian seorang sahabat ketika di university dulu, seorg junior. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. dan semoga isteri arwah, yg juga junior tun dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang sgt2 berat ini.. tdk dapat tun bayangkan macam mana kalau situasi itu berlaku pada diri ini (semoga dijauhkan).. paling menyedihkan, arwah dan isteri baru dikurniakan cahaya mata sulung :(   ...

apa2 pun... kematian itu suatu yg pasti.. semoga yg masih hidup mengambil iktibar maut blh menyapa bila2 masa..  al-fatihah..

Gambar hp je.. sgt x artistik...
ok laa.. n3 kek lapis.. percubaan pertama utk buat kek lapis bakar. selama ni x berani.. rupa2 nya, bakar lagi senang dr kukus.. bagi tun lah.. angin membuat kek lapis melanda selepas membeli kek lapis di kuching.. laling tun ckp, kek lapis yg dijual dh x sesedap dulu..jd, tun pon gatal2 je tangan nk membuat kek lapis. mcm biasa lah.. cuma few lapisan je yg berjaya dibuat. kes kurang penyabor nk siap cepat.. sbb xnk guna byk pewarna, jd cerahh je kaler dia.. letak masam manis jugak sbb dia terbiasa bila fikir kek lapis, sure pk masam manis. huhu....

tq kak fida atas resepi yg jimat dan sgt sedap nih.. satu bekas ni bawa turun bg anak2 jiran mkn kt playground tadi, cepat je habis..

Kek Lapis Evergreen Ekonomi
Resepi: Kak Fida
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( loyang 9x6 / 7x7 inc. )
  • 250 g mentega
  • 1 cwn gula halus/kastor (210 g) (akak bubuh 3/4 cwn)
  • 6 biji telur - A (yg sejuk dr petiais)
  • 1 sk ovallete
  • 200 g susu pekat manis (1/2 tin)
  • 2 sb pandan pes
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 peket serbuk santan (50g)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1/4 sk serbuk vanilli (opt)- tun skip
  • tun tambah masam manis

Cara-cara
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula..
  • Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  • Tuang 1 1/2 senduk adunan (atau 1 senduk jika inginkan lapisan yg nipis) dan ratakan ke dalam loyang yg dialas dan digris dasarnya.
  • Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.Bakar selapis2 hingga habis. tun cucuk2  dan tekan lapisan sebelum tuang lapisan baru.
  • Untuk lapisan terakhir,bakar dengan menggunakan api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
  • Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.

 




Review AROMA: Apple Yogurt Muffin



Assalamualaikummm :D

Tuan dapur masih berusaha utk mendietkan diri, jadi entry review Aroma lagi la ye :)  arini patutnya nk puasa (dah nk masuk bulan rejab belom habis ganti puasa.. ish ish ish.. sungguh kurang sopan..). tp bangun tido tadi, sakit kepala sangat2, so xjadi puasa. minum air dgn banyaknyer.. huhu... kalau dulu2 sakit pale sure cari panadol, tp skrg dh risau byk sgt chemical yg kidney perlu proses. so kalau tak sampai tahap migrain, biasa minum air byk2 utk improve blood circulation kat brain shud do the trick, pastu makan sikit utk supply glucose :)

my laling lunch kat opis arini. ada laa tu event apa2 yg sediakan lunch. jd tun lunch dgn sebiji telur + 2 sosej. konon2 atkins diet la nih, padahal semalam mkn cengkodok. kui kui..


Ok lah.. tak leh merepek panjang2 arini.. byk kerja yg tertunggak nk buat.. huhu.. chaiyok2!! tun sangat suka kombinasi apple and cinnamon, hence this muffins with both apple and cinnamon ^^ happy baking :D

Apple Yogurt Muffin
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 1 cwn gula
  • 75 g mentega – cairkan
  • ¾ cwn plain yogurt
  • 2 biji telur
  • 1 biji epal hijau – sagat halus

Topping
  • 1 sb gula perang
  • 1 sk serbuk kayu manis

Cara2:
  • Ayak tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.
  • Pukul mentega bersama gula , yogurt dan telur menggunakan garfu sampai sebati.
  • Masukkan bahan ayak dan epal hijau yang telah disagat dan kaup balik hingga sebati.
  • Masukkan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
  • Bakar pada suhu 180 oC selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.


Wednesday, April 10, 2013

Review AROMA: Upside-Down Peach Cake


Assalamualaikummm :)

terima kasih pada semua yg ucapkan tahniah pada n3 tun telani di AROMA  >:D< banyak lagi yg perlu tun belajar dari sifu2 yg lebih hebat, dan insyaAllah akan terus berusaha berkongsi serba sedikit resepi yg berjaya dieksperimen di dapur.

Owh sebelum terlupa.. perhatian pada DATIN yg banyak MILO kat dapur... yer.. datin CHAH ye.. hihi.. tun sangat gatal tangan nk menaip dengan jayanya di kotak komen akak.. tp sungguh tragis blogspot ku tidak mengizinkan daku komen di EMBEDDED komen.. sungguh! tak tipu! dah mcm2 dh buat, biasa guna firefox, pegi try guna explorer pon x leh komen jugak.. tun dh byk kali wat announcement kt blog nih, tp sbb akak duk tenggelam bulan2 lepas n baru nk timbul kan (ahaks) kd tun wat announcement lg sekali lah. sooo, maapkan daku kerana tidak mengomen..


ok laa... back to the resepi.. ni salah satu resepi yg tun berusaha try and error didapur semata2 sbb nk submit resepi ke aroma. huhu...tun rasa resepi ni sangat sedap! makan suam2 sedap, bila sejuk pon masih lembut sgt.. sebab tuan dapur skrg tgh berusaha membuang lemak2 di badan utk memuatkan diri dalam seluar (yerr... seluar saya tiba2 menjadi ketat.. uhuk uhuk...).. jd utk sementara waktu, resepi yg di pamer adalah resepi review Aroma je ye.. huhu.. moga2 sblm blk kampung next month blh kurangkan 3-4 kilo.. tinggi cita2 nih.. sbb tiap2 kali blk kampung mesti naik 2 kilo. jd perlu turunkan siap2 supaya blh mkn dgn banyaknya nanti.. /wahaha

resepi ni cantik guna loyang lubang kat tengah ye.. sbb tun nyer loyak kecik cinonet je, jadi wat 2 loyang. huhu.. 


Upside-Down Peach Cake
Resepi: tun telani


Bahan2:
  • 1 tin peach slice in syrup
  • 1/3 cwn syrup dari tin peach slice
  • 1 sb gula perang
  • 90 g mentega
  • ½ cwn gula
  • 2 bj telur
  • 1 sk perasa vanilla
  • 1 cwn tepung
  • 1 sk serbuk penaik

Cara2
  • Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  • Masukkan telur demi sebiji dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
  • Kaup balikkan tepung dan serbuk penaik kedalam adunan mentega, selang-seli dengan syrup dari tin buah peach tadi.
  • Sapukan mentega diseluruh bahagian Loyang yang berlubang di tengah.
  • Tabur gula perang di dasar loyang dan susun buah peach diatas gula.
  • Tuangkan adunan kek ke atas buah peach.
  • Bakar pada suhu 180 oC selama 35-40 minit, cucuk kek dgn penyucuk kek, jika tidak melekat, kek telah masak.
  • Biarkan selama 10 minit sebelum ditelangkupkan.
  • Hidangkan suam.

Monday, April 8, 2013

Tun Telani di Majalah AROMA April 2013

Gambar amik dr FB AROMA..hihi

Assalamualaikummmm :)

Dengan penuh rendah diri.. tun mengucapkan terima kasih kepada editor Aroma, kak Siti Dimiati kerana sudi memuatkan resepi-resepi tun .. sgt teruja dan terharu ketika dihubungi editor majalah aroma ni /please

Majalah ni tak sampai ke Bintulu.. last week tun ke Kuching, jenuh juga pusing kedai buku tapi x jumpa juga.. Alhamdulillah... arini sampai majalah yg di pos pihak Aroma. terima kasih byk2.. malu pula sampai dua gambar tun dlm nih.. huhu.. 

Saya pemalu... jd perlu pakai spek :p
Ada 11 resepi tun yg dimuatkan dalam keluaran ini ^^  more than half tun belum kongsikan di blog.. penat woo perah minda nk buat resepi utk Aroma nih.. try and error selama berhari2 di dapur.. ada juga yg masuk tong .. kui kui.. :p yg masuk tong tu tun x kongsikan lah. 


resepi biasa2 je.. tq sudi terbitkan..


kek nih sedap! (masuk bakul angkat sendiri.. haha...).. nnti ada masa tun kongsikan di blog.


rendang ayam feveret resepi mama tun pun ada.. dh byk kali tun kongsikan dlm blog.


sotong kunyit dan keli salai antara resepi yg dh share dlm blog. tp sbb dh kering idea sgt nk create resepi, tun hantar je laa.. ada juga resepi dadih olahan dr resepi kak Nor Secubit Garam. sbb tu resepi paling popular kat blog tun, jd tun terasa ingin kongsikan juga di Aroma.. dah message kak Nor awal2 minta kebenaran :)

Buat semua yg tinggal dikawasan yg ada jual Aroma, jangan lupa dapatkan edisi April nih :) ada resepi dr kak Ijan Blogresepi (dh lama xdgr khabar kak Ijan).. dan ada resepi dr ramai peserta masterchef musim 1 juga :D


Monday, April 1, 2013

Ayam Masak Hitam


Assalamualaikummm :)

bersiaran dr 360 Hotel, Kuching.. will be in Kuching for a week, but most likely akan tukar hotel tomorrow. the room is nice, very pretty, but the front counter receptionist is quite 'unfriendly'. and my laling x suka breakfast dia.. huhu....tun no comment sbb byk2 makanan pun bukan blh mkn semua pun. amik sepinggan dh kenyang.

arini tayang lauk yg ganding dgn Nasi Harissa last week. kali ni berkenan dgn Ayam Masak Hitam yg tun usha kat dapur kak Yana.. malas nk bersusah2, pilih lauk yg senang2 je dan yg confirm semua bahan ada.


AYAM MASAK HITAM
Resepi : Zai95 @ MyResepi
Sumber: kak Yana


BAHAN-BAHAN:- ( 4-5 orang )

  • 5-6 ketul ayam - dibersihkan, digaul garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak
  • 1 biji bawang besar - separuh dihiris dan separuh lg ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 5 sudu besar cili kisar ~ yana letak 3 sudu besar je
  • 3 sudu besar kicap pekat masin ~ yana letak kicap masin je 1 sudu besar
  • 5 sudu besar kicap pekat manis - agak2 lah klu kurang hitam tambah lagi
  • sedikit gula dan serbuk perasa ~ yana ltk kiub ayam - tun tak letak semua
  • garam ~ yana xletak - tun xletak sbb kicap dh masin
  • minyak utk menumis
  • 1 sudu teh jintan manis - yana guna serbuk
  • 1 sudu teh lada hitam - yana guna serbuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • sedikit air

CARA PENYEDIAAN:-
  • Ayam dibersihkan, digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng separuh masak.
  • Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang besar yang dihiris, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  • Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi. Biar agak garing sikit kemudian masukkan cili kisar, jintan manis, lada hitam, kicap masin dan kicap manis. Biar hingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan sedikit air, biar hingga mendidih. Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak hingga kuah agak pekat dan ayam empuk..siap