Friday, September 30, 2011

Easy Garlic Roasted Chicken


Assalamualaikumm~~~

ni n3 auto publish tau.. masa ni iA tuan umah dh bertolak ke Kuching.. doakan perjalanan 10 jam kami selamat. masa muda2 kat uni dulu pernah wat winter trip drive 10jam, so xde la risau sgt. cuma maybe sbb cuaca kt malaysia skrg ni amat la panas, takut sakit kepala jalan lama2. nasib baik laa tun ni dh biasa drive jauh, blh la tukar2 driver. kalau x kesian laa my laling terpaksa drive sorang.

nway, ni lunch arini. mmg xtau nk masak apa.. terasa mcm nk bakar ayam, cari resepi yg x penah buat lg, jumpa resepi broiled chicken, tp me suka suki je masak gaya sendiri. yg penting, my laling cakap "sedapnya.. mcm kt kedai..". alhamdulillah...

his
 
mine ^^


Easy Garlic Roasted Chicken
Adapted from: Easy Garlic Broiled Chicken, allrecipe
Sumber: tun_telani

Bahan2:

  • 2 ketul ayam ( whole leg, quater) 
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 sk butter
  • 1 sb dried parsley
  • 1 sk garam
  • 2 sb kicap pekat manis
  • sedikit serbuk lada hitam(tun guna lada hitam AJIOSHO)

Cara2:

  • Cairkan butter dan gaulkan bersama bawang putih, parley, garam dan kicap manis.
  • Perapkan ayam dgn semua bahan at least 15 minit. Tinggalkan sikit bahan perap utk sapu atas ayam masa bakar.
  • Alas loyang dgn aluminium foil.
  • Bakar pada suhu 200 C, selama lebih kurang 45 min. balikkan setiap 15 minit.

Thursday, September 29, 2011

Roti Arab dan Kari Sardin tanpa Santan



Assalamualaikummm~~~

buat yg belum tahu, kak anim tgh dimasukkan ke hospital KPJ Seremban. sama2 doakan semoga kak anim cepat sembuh.. tq kak izah for the info.

ni gambar yg di peram ye.. hihi.. sejak 2 menjak ni lemau sket nk amik gambar. pastu bila amik gmbr selalu nk cepat, bila dh cepat2 tu paham2 laa outcome dia mcm mana kan :/. nway, ni dh wat last week dh ni, masa tu ada tetamu dtg, jd tun wat roti arab nih. mkn dgn kari sardin, sedap ^^ kari tu mmg cari resepi yg xpakai santan. dh biasa wat kari sardin, saja2 ubah selera try resepi org lain pulak..

ni 1st time tun wat roti arab, resepi dh peram dr tahun lepas lagi. nyaris2 jd perkasam dlm folder. hihi.. tapi kan, mmg teruja habis bila naik gemok2 tuu. weeeeeee~~~ hepi! hepi! ^^ hihi.. cuma x cantik mcm org lain. jd kulit berjerawat. hoho... tp, yg penting.. sedap ^^

resepi yg femes dr myresepi, dr sofinar. berderet2 laporan masakan =) tq atas resepi yg sedap nih ye..  tun uli mlm, goreng sket sbb teruja nk tgk hasil. pastu yg selebihnya letak dlm bekas tertutup dlm fridge (bukan freezer ye), pastu kuarkan pagi esok utk bekfes. sbb nk menguli pagi2 tu, malas nk bgn awal. alhamdulillah, naik elok juga.




 


Roti Arab
Sumber: Sofinar@myr

Bahan-bahan ( 10 org makan )

  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml air suam
  • 6 g yis
  • 500g tpg gandum

Cara-cara

  1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
  2. tepung di gaul dengan yis
  3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
  4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
  5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
  6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
  7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
  8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging





Kari ni me ikut cara Love masak.. tp me wat berkuah sikit.. tq Love ^^


Mackerel in Thick Curry

Sumber: Love2cook


Bahan2nye :-
  • 1 tin ikan Mackerel (ayam Brand - 425gm) - ikan dan kuahnye (nak guna ikan sardin pun boleh)
  • sedikit halba campuran
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 inci halia - ditumbuk (Love letak halia lebih sbb suka rasanye, kari pun lg pekat)
  • 1 bawang besar - dihiris
  • 2 cili hijau - potong dua
  • setangkai daun kari
  • 2 biji kentang - buang kulit dan potong 4
  • 1 tomato - potong 4
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili (Love letak lebih...hihi)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/4 sudu teh biji jintan putih (dikisar kasar)
  • 1/4 sudu teh biji lada hitam (dikisar kasar)
  • sedikit jus asam jawa - (ni ikut citarasa sendiri...boleh tambah/ kurang)
  • 2 cwn air (500ml) - boleh tambah
  • garam dan aji secukup rasa
  • minyak masak
Cara2 :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang merah, cili hijau dan daun kari.
  2. Dah tumis, masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Kacau lagi, biar sebentar dan masukkan kentang. (Love sll letak kentang awal, sbb kentang Love ni lambat sgt nak msk)
  3. Masukkan air dan jus asam jawa tadi. Biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan serbuk kari ikan, serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan aji. Biar mendidih lagi
  5. Masukkan ikan mackerel bersama kuahnye dan tomato. Tutup kuali dan biar mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan tomato, dan kisaran jintan putih dan lada hitam. Biarkan sebentar dan padamkan api.

Wednesday, September 28, 2011

not so wordless....

google image

Assalamualaikumm...

jus yg elok utk kesihatan.. bila google, byk benefit nih.. compared to juicer, better if you just blend the apple dan carrot, so that you get all the fiber. tp kalau tekak xleh terima tu, guna je laa juicer or lepas blend tapiskan.



Per serving:
  • 1 green apple (Granny Smith)
  • 1/2 carrot
  • 1 tsp susu pekat
  • ais
  • air secukupnya

blend everything. kalau guna juice, doublekan buah sbb nnti dia buang serat.

ps: tuan rumah tgh wat keje sekolah, thus this short n3.

tq for visiting ^^

Tuesday, September 27, 2011

Ikan Bakar Berempah Woku




Assalamualaikummmm~~~~

ni menu buka puasa semalam.. baru nk letak n3, tgk2 kak anim pun masak ikan berempah woku ni jugak rupa2nya =)  ni gara-gara terliur nengok kak mas wat nih laa.. walaupun tun xde ikan siakap dan talapia, nk masak jugak.. guna je ikan kerisi dlm peti tu.. hihi.. kalau ada siakap lg sedap niihhh..

xleh tulis lama tau.. pas solat nk gi main badminton ngan my laling. arini x exercise lagi..


Talapia Bakar Berempah Woku
Sumber : MasDuniaku

Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan) 
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap  <- tun xde ni
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)  <- tun nyer kunyit dh blend siap2, xleh bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :   tun tabur daun bawang je, pastu letak limau nipis
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) 
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur




Cara Memasak :

 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
 


ni menu tun buka puasa...

 tun makan ikan bakar ni dgn sayur pucuk paku goreng ^^   cuma goreng bawang putih dgn minyak yg sedikit, masukkan udang kering, tumis jap pastu masukkan pucuk paku dan sos tiram. pastu garam sikit.  mmg sukaaa sgt pucuk paku.. byk byk2 pun xpe..

 

Pumpkin Bread


 Assalamualaikummmm~~~~

dh hari selasa ye.. cepat betul masa berlalu.. makin hari makin stress sbb byk betul keje sekolah yg belum siap. kdg2 sehari2 duk tenung tenung thesis dan journal tu mengharap idea datang.. tp at the end of the day, satu perenggan pun x siap.. uwaa~~ *ya Allah.. berikan secebis ilmuMu pd ku.. aminnnnn** 
nway, supaya x stress, mai kita menggerakkan BM.. hahaha.. (otak asyik pk makanan je, agaknya space nk berpikir pasal keje sekolah tu dh kurang kot.. huhu...).. nway, dh dapat labu 4 kilo pemberian kak haSue ku cayang yg cantik jelita tu kan.. mmg 1st thing yg buat is godek2 dapur kak izah nunn.. hihi....... alahaii.. terliurnyer tgk kuih2 berasaskan labu kt dapur kak izah. namun apakan daya, daku tgh berdiet.. simpan dulu pumpkin puree dlm freezer, nnti dh kurus sket blh wat kuih2 tu semua.. insyaAllah...

mehh nk tunjuk lg sekali labu pemberian kak sue..

me meng-google resepi pumpkin bread, tapi kat allrecipes semua pumpkin bread dia, mak aaaiii byk nyer gula.. mcm resepi wat kek! baik wat kuih je terus kalau wat roti pun manis camtu.. last2 me jumpa resepi ni kat happy home baking. resepi yg sgt simple with minimum ingredients! lagipun dia ckp "it's a great healthy choice of bread for breakfas".. haaaaa.. lagiiii laa me tertarik kan.. hihi...  malam tu terus godek2 kerahkan tenaga bibik melayu me nih, pastu pagi dh blh makan ^^ kalau x tgk pada kaler di, mmg rasa mcm roti putih biasa. labu tu buatkan texture dia lembutt je. mmg roti ni x manis, ada manis2 labu sikit je. pagi ni wat sahur, lembutt je tgh dia. tepi dia agak tebal crust, maybe sbb me bakar terus dlm BM pastu biar je dlm tu.. pasni nk bakar dlm oven, sbb susah betul nk kuarkan roti dr BM tu :(

sgt lembutttt~~ ^^

Pumpkin Bread
recipe: happy home baking

Ingredients

  • 500g pumpkin, after peeled, seeded and cut into pieces
  • you are left with about 300g(alternatively, use 300g canned pumpkin puree)
  • 60ml cooking liquid reserved from cooking the pumpkin or use water if using canned pumpkin puree  -- tun tambah lg 3 sudu besar
  • 2 teaspoons of runny honey
  • 500g bread flour
  • 2 teaspoons salt
  • 2 teaspoons instant yeast
  • egg glaze (beat together 1 egg yolk with 1 tablespoon of milk)
  • 2 tablespoons pumpkin seeds, to decorate

Method:

  1. Bring a large pan of salted water to the boil. Add the pumpkin flesh and simmer until soft and cooked through, about 20 mins. Drain the pumpkin and reserve the cooking liquid.
  2. Mash the pumpkin thoroughly, and sieve, or puree in a food processor or blender, about 2 mins. (I didn't sieve or puree the pumpkin as it was already very soft and fine.) Leave the pumpkin puree and the reserved cooking liquid to cool.
  3. Add honey to 60ml of the cooking liquid and stir to dissolve.
  4. Mix flour and salt in a large mixing bowl. Add in the instant yeast and mix well. Make a well in the centre and add in the honey liquid, followed by the pumpkin puree.
  5. Mix in the flour to form a firm, coarse, sticky dough. If the mixture is too dry, gradually add one or two tablespoons of the pumpkin liquid (or water). (I added extra two tablespoons of liquid).
  6. Turn the dough out on a lightly floured work surface. Knead until very smooth, silky and elastic, about 10 mins. (I didn't stop until almost close to 20mins of kneading!)
  7. Place dough in large clean bowl and cover with a tea towel or cling wrap. Leave to rise until double in size, about 1 to 1.5hrs. Knock back the dough to release the air, then leave it to rest for 10mins, covered.
  8. Shape dough into a round loaf. Place on an oiled baking sheet and cover with a tea towel. (I used a round 20cm baking pan instead). Prove until double in size, about 1 hour.
  9. Brush the dough with egg glaze and sprinkle with pumpkin seeds.
  10. Bake in pre-heated oven at 220 deg C (I set mine to 200 deg C) and bake for 40mins until golden-coloured and hollow-sounding when tapped underneath. Leave to cool completely before slicing.

note:  tun masukkan semua dlm BM. masa uli tu, tun tgk agak dry, jd tun tambah lg 3 sb air.

Source: adapted from Bread, Baking by Hand or Bread Machine by Eric Treuille & Ursula Ferrigno




 
Sebab labu yg kak sue bagi tu besarkan, takut jugak dia cepat rosak.. so separuh tun puree kan dan masukkan dlm freezer, separuh lg kerat2 dan simpan dlm fridge. nmpk mcm akan tahan few months nih =)  tun google dan jumpa cara2 masak pumpkin. tun letak sini untuk reference ye..



How to Cook Fresh Pumpkin
source: hubpages
source: tun_telani

  • labu di belah dua. korek keluar biji labu.
  • telangkupkan labu atas loyang, dan masukkan sedikit air (anggaran dlm 1/2 inch) <- supaya labu tak kering masa bakar.
  • bakar 200 C selama lbh kurang 45 minit. lepas 40 minit tu cucuk2 kulit labu dan garfu, kalau dh lembut maknanya dh masak.
  • korek keluar isi labu dgn sudu dan lecekkan. tun guna garfu je utk lecek sbb dh lembut sgt, xyah blend segala bagai. 
  • dh sejuk blh simpan dlm bekas kecik dlm freezer. nnti senang nk guna wat kuih =)

Monday, September 26, 2011

Laga2 pipi ngan Blogger HaSue.. hihi

zhariff spotcheck aunty tun.. hihi


Assalamualaikummm~~~


Alhamdulillah.. wiken yg happening dan happy, baik di rumah mahupun di alam maya ye.. ^^ mmg riuh rendah wiken kali ni.. duk tergelak sorg2 dpn laptop, nasib baik my laling memahami. tgk gmbr kat umah kak izah, mmg havoc ye.. nasib baik laa kak Sue sudi singgah umah tun ye.. kalu x, mmg jeles tahap tinggi kt mereka2 di ampang tuu.. hihi...

mmg kak sue ni peramah org nyer.. hasben kak sue pun peramah.. turun2 kereta jumpa dh mcm geng lama rasanya. sama laa org nyer baik dlm blog, FB, mahupun kat luar.. kiteorg siap bincang2 apa laa yg sgt berlaku kt umah kak izah.. hihi.. tuan umah x byk gambo ye.. gmbr sama je laa yg tayang kt FB tu.. jurukamera kita sibuk bersembang, kene remind dulu baru laa amik sekeping. hihi.. 

anak2 kak sue, baik2 je... sopan2 semuanyer.. abg long  si jurukamera sgt hensem okayyyy.. kalau ada anak pompuan, berkenan nak wat menantu.. si kakak dan yana pun comel sgt.. budak kecik tu xyah cakap laaa... walaupun mula2 mak aiii, susah nyer nk senyummm, baru bgn tido laa katakan. 



gambo zhariff dgn karipap..


terima kasih atas mcm2 buah tangan.. susah2 je kak sue ni. labu tu 4kilo tau.. dh selamat di belah dan dibakar separuh. puree kan masuk dlm freezer, senang nk guna =) ni labu yg kak sue tanam sendiri tau. selama ni duk jeles tgk garden dia, skrg blh gak merasa hasil tanaman kak sue. hihi.


mmg jakun masa dpt nii..nasib baik kak sue hntr msg pastu ckp ni almond, hazelnut dan macademia yg dh bakar

akhir kata, minta maaf atas segala kekurangan.. umah pun kecik je.. tuan rumah hntr blk dgn tangan kosong je.. huhu... kukus apam yg kasi sebagai buah tangan, terlupa letak baking powder, so apam ku jd makanan cik tong. huhu... malu rasa kak sue tgk kejadian apam tu. hihi... jgn serik utk dtg lagi ye.


gambar dikecikkan dan diblurkan sbb tuan rumah pemalu ;p

Friday, September 23, 2011

Mysore Chicken



Assalamualaikum~~~

arini x tayang menu diet.. sbb tun sorang je yg berdiet nyer, still masak utk hasben tun..  ni masak utk buka puasa, sekali ngan kerabu bendi tu. tun mkn kerabu tu, masak ayam ni utk hasben tun. sempat gak cukai seketul masa buka puasa, sedap. cara masak pun senang, campak2 je dlm kuali.  stress free cooking. hihi






MYSORE CHICKEN
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
11/2kg ayam-dibuang kulitdan potong kecil
2 bawang besar dipotong 2 dan hiris nipis
2 batang cili hijau-dipotong panjang
1 batang cili merah-dipotong panjang
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil halia kisar
garam dan serbuk perasa secukupnya
2 cawan air
8 sudu besar minyak
daun ketumbar

Cara:
Campurkan ayam dengan bahan2 (melainkan minyak dan 1 cawan air) di dalam mangkuk besar. Panaskan minyak dan masukkan ayam dan goreng hingga naik bau. Masukkan 1 cawan air lagi tadi, tutup dan biarkan mendidih dengan menggunakan api perlahan hingga ayam kering dan betukar warna brown, kacau sekejap2 supaya tak hangus. Hiaskan dengan daun ketumbar

Sources:-From Zarina Easy Cooking

Thursday, September 22, 2011

Kerabu Bendi



Assalamualaikummm~~~

hari yg biziiiii~~~~~~~  so n3 cepat2 je. tayang menu diet lagi. tun buka puasa ngan kerabu bendi. tp kalau x exercise lambat jugak nk turun berat badan. seminggu ni tun cuma turun 2 kilo je. eh, timbang tu stat hari wiken aritu, so ada 2 hari lg utk genap seminggu. td dh gi jogging, so hopefully metabolic rate tinggi sket skrg ni. cepat sket bakar lemak. hihi.. pas jogging td xde laa pulak terasa sindrom2 yg berlaku dulu, tgk esok, kalau ok, blh teruskan jogging sikit2.

ok. sbb bz xde nk merepek lama2. cnp resepi dr blog sendiri nih.. hehe..  ikan bilis tu beli yg dh kopek, senang. jangan makan kepala ikan bilis tau, kolestrol tinggi.


Kerabu Bendi
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula

Cara2:
  • didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..
  • sedap nih! selamat mencuba ^^

Wednesday, September 21, 2011

Tauhu Kukus


Assalamualaikumm~~

Alhamdulillah berjaya puasa 6 lg sehari. td tun berbuka dgn tauhu kukus nih. pastu goreng nasi utk my laling. berbuka ko 630, ko 6 baru laa sibuk nk mengukus tauhu dan menggoreng2.. hihi..  mmg senang buat nih, kejap je dh siap. tun kukus dalam bekas tauhu tu dulu, pastu baru tuang dalam pinggan. tun kurangkan minyak tu, ye laa, tgh diet kan.

Terima kasih kak ummi atas resepi yg senang dan sedap nih. hasben tun suka makan ^^

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: kak Ummi

Bahan:-
  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar) - tun letak 1 sudu besar je
  • 1 sudu teh minyak bijan  - tun xde nih
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
  • 5 sudu besar minyak masak- tun letak sikit je minyak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus - tun xde, ganti ngan daun sup
  • 1 sudu besar kicap manis- tun tambah
Cara Menyediakan:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.

close-up ^^

Tom Yam Putih


Assalamualaikum~~

tun masih lg berusaha utk habiskan puasa 6. hihi.. mesti org lain dh lama raya 6, kan? tahun ni atas sebab2 yg x dpt dielakkan, me terlambat sikit. insyaAllah masih sempat lagi. sapa2 yg belum habis puasa 6 tu, mari laa puasa sama2 =) tapi kalau yg belum habis ganti puasa, baik lah di dahulukan yang wajib, kalau x sempat puasa 6 pun insyaAllah ada ganjaran yg Allah janjikan (ni yg me dengar ustaz ckp dlm TV aritu ^^ ). 

tom yam ni dh perap 2 hari dah sebenarnya. me wat sahur 2 hari lepas, pagi td sahur dgn 2 keping wholemeal bread je. tu pun mkn kosong, serba salah nk sapu butter sbb xnak saja2 tambah lemak. alang2 nk sapu butter, baik mkn kek je kan? haha.. boleh pulak camtu. esok kene makan berat sikit laa utk sahur, sbb baru ko 10 dh terasa lapar nih, sahur ko 430 td. diet2 pun, kesihatan perlu jaga, betul tak? 

kalau banding tom yam putih dgn tom yam yg tumis lada tu, tun lg suka tom yam yg tumis lada (tom yam yg kaler merah tu). yg tu mmg sedap! tom yam putih ni mmg x leh lawan laa, tp kalau cukup serai dan daun limau purut, sedap jugak. sihat pun sihat sbb main lebur tanpa tumis apa2.  

Tom Yam Putih
resepi: tun_telani

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bj bawang besar- mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih- ketuk
  • 3 batang serai- ketuk
  • 5 helai daun limau purut - nk lebihkan pun xpe
  • 1 sb asam jawa
  • 1 bj limau nipis
  • 1 btg carrot
  • 1 btg saderi
  • 2 bj tomato- belah 4
  • Garam

Cara2

  • Masukkan ayam, bawang putih dan serai ke dalam periuk. Rebus dgn air secukupnya.
  • Dah mendidih, masukkan air asam jawa.
  • Pastu masukkan tomato, carrot, saderi dan bawang besar. 
  • Agak2 ayam dh masak, masukkan daun limau purut. kalau x cukup bau, tambah lg daun limau purut.
  • Perasakan garam. dah tutup api baru perah jus limau nipis.
  • Siap.

ps: tun suka mkn tom yam ayam. tp boleh ganti dgn seafood pilihan =)
pps: utk sahur, tun celurkan sedikit mee kuning utk makan dgn tom yam. blh juga jadikan bihun tomyam. 


timbang arini dh kurang 1.5kg.. hihihi.... tp jauhhh lagi laa kalau nk banding dgn berat last year.. chaiyok2!!

Tuesday, September 20, 2011

Tauhu Sumbat (versi bakar)

Assalamualaikum...

hehe.... jgn komen apa2 ttg gambar yg comot tu ye.. ;p cacat betul, sebab tu laa yg tunjuk kecik je gambar tu, kalau x mmg dh wat size besar. hihi... buat ni utk buka puasa semalam,. tengah2 tumbuk kacang tu, my laling ckp dh maghrib. tu yg kelam-kabut snap je gambar (sempat lagi nk amik gamba tu.. hihi..).. snap 3 keping, yg ni je yg ok sket. lg 2 blur.

buka puasa ngan tauhu sumbat ni je. tu pun dh kenyang. tun guna 5 keping tauhu. masa nasi jugak la utk my laling. tp dia pun ngadap tauhu sumbat ni je. utk sos dia, instant punya.. bukan beli kat kedai, tp mama-in-law tun yg buat, balik raya aritu dia kasi wat balik 1 bekas. sedap ^^ kalau nk wat google je kuah rojak petis.. tp xleh mkn byk2 kuah dia tau, manis.. sia2 je diet nnti. huhu...

Tauhu Sumbat (Bakar)
resepi: tun_telani

Bahan2

  • 5 keping tauhu
  • Garam

  • Sengkuang
  • Carrot
  • Timun
  • Tauge

Cara2:

  • Tauhu di lumur dgn sedikit garam (ni supaya kulit tauhu x melekat di kuali), dan bakar atas non-stick pan sampai perang. nk guna oven pun boleh juga.
  • Sagat atau hiris halus sengkuang, carrot dan timun. Celur tauge. 
  • tauhu di potong bentuk segitiga dan belah tengah. sumbat inti. compared to goreng, tauhu yg bakar ni lembut sikit, jd berhati2 hati masa nk sumbat inti ke dalam tauhu.
  • boleh hidang dgn kuah rojak petis atau cili sos.


.

    Monday, September 19, 2011

    Fruit Jelly



    Assalamualaikumm~~

    arini bukan menu diet. hehe.... buat jelly nih wiken aritu sbb nk bawa ke rumah kawan baru =) bagusnya ber-blog ni, blh kenal ramai org. mula2 kak ummi tegur sbb nk tanya pasal bahan yg me guna dlm 1 resepi nih, pastu tegur2 kat FB, baru tau kt ummi ni pun duk kt bintulu, dan x jauh pun dr rumah tun nih haa.. 2-3 bulan tegur2 kt FB, akhirnya berpeluang juga jumpa akhirnya. tun xtau nk buat apa, xnk buat kuih manis2 sgt dan dh lama berkenan kt fruit jelly nih. jumaat aritu alang2 gi beli groceries, beli buah oren siap2.  mmg semua org tertipu ingat kan buah oren betul. hihi..

    tq kak ummi (bukan kak ummi kuantan ye.. hihi..). lama betul tun sembang, siap semayang asar kt umah kak ummi lagi. hihi.. mmg xtau malu, lagipun, kebetulan hasben tun kursus, hasben kak ummi pun xde. perempuan2 je yg ada, paham2 je laa bila tang sembang kencang tu. mcm dh lama kenal walaupun baru 3-4kali berchatting dlm FB. tun x bawa kamera, kalau x blh amik gambar 2 org hero kak ummi yg sgt comel. len kali bosan2 boleh tun gi kacau akak lagi ye =)

    ok laa.. utk resepi ni, tun ikut yg kak nor buat, tp tun nyer serbuk agar-agar tu 7gram je, jd pandai2 adjust. jelly ni x manis sgt, jd xde laa rasa bersalah terhadap diet. tun mkn 2 slice je pun. sesuai utk bw sebagai buah tangan, tp pasti mula2 org akan ingat kita bawa buah oren. hihi..


    close-up.. nmpk mcm buah oren betul kan ;)


    FRUIT JELLY
     resepi asal: kak yani@myr

    • 5 biji limau- large size
    • 10g serbuk agar-agar  - tun guna yg 7g
    • 1000ml air + jus limau - tun letak 700 ml
    • 7 sudu besar gula - tun guna 5 sudu besar
    • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah) - tun xde sunquick, jd letak sedikit pewarna oren

    •  k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
    •  utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
    • masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
    • bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
    • bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)
    nota tun: utk 7g agar2, bila guna 5 bj oren, still ada jelly yg x muat dan kene letak dlm bekas kecik2.

    updated:

    ada kwn msg tanya camner nk wat cantik nih.. hehe.. me malas nk amik gamba step by step.. jd kalau nk tau camner wat tu, blh tgk kat page kak nor kat SINI. tq kak nor =)

    Sunday, September 18, 2011

    Kerabu Epal Hijau


    Assalamualaikumm~~

    petang baru nk ngadap blog. usha dashboard jap td, wiken2 ni x ramai org ngadap blog ye. sunyi je me rasa.. sunyi2 ni teringat pulak kt kak ika nun di siam, lama betol menyepi. nasib baik td dpt tegur kt FB, kalau x terasa risau jugak lama betul senyapnya. cepat2 update tau, winduu =)

    k laa.. xnk lama2, pasni nk BW jap, pastu nk exercise ^^ sementara bersemangat ni kan, baik pulun habis2an. me share menu dinner me semalam. mkn kerabu epal hijau nih. sedap! tp me terlebih cili padi, pedas sket. hehe..  my laling x suka sgt makanan yg terasa cili padi (yg x dimasak), so me bahagian dia me jadikan lunch td. huhu.. wat sandwich, goreng telur tanpa minyak, pastu letak atas 1 piece wholemeal bread, then letak kerabu ni byk2.. hihi.. (determine x me diet? ;p )

    ok laa.. resepi ni me copy dr dapur kak nor, sumber dia dr kak hanieliza. tp bila me tgk kt fotopages kak lieza, dia kasi link resepi asal dr fotopages penyulawa. jd me letak semua link la. tq akak2 semua atas resepi nk sedap di ratah.

    KERABU EPAL HIJAU
    resipi : penyulawa
    sumber : k.Hanieliza, K.Nor@SecubitGaram

    Bahan:
    2 bj epal hijau
    1/2 btg lobak merah
    2 bj cili merah
    2 bj cili hijau
    1 kuntum bunga kantan
    1 pokok daun ketumbar - x suka nih. hehe..
    1 bj lemon (diambil jusnya) - tun guna limau nipis
    1 sudu kecil gula - x letak, sbb epal hijau tu dh ada manis2 sket
    garam secukup rasa
    1 bj cili padi - tun tambah


    Bahan:
    Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
    Semua bahan lain dihiris.
    Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
    Kacau rata dan rasakan masamnya
    Sedia dihidangkan.

    Friday, September 16, 2011

    Sup Suhun dan Bebola Ayam



    Assalamualaikumm~~

    sunyi je arini.. pagi2 td buka FB terkasima tgk sesesorg tu turun 4kg dlm masa seminggu!!  nk kene ada xbox ye.. me suka berjogging je.  biasanya kalau  me jogging round kawasan ni, insyaAllah akan turun berat badan, tp atas sebab2 tertentu me dh xleh jogging skrg ni. tu yg mcm di pam2 badan tu. lagi2 lepas raya ni kan. uhuk uhuk.. jd skrg ni beli mini-stepper, xyah nk pakai2 tudung n bersiap2 segala bagai utk exercise, exercise dlm umah je. cuma kesan dia x secepat kalau gi jogging.  nk peluh byk2 tu mmg x dapat la. xpe la, at least calorie burn jugak.

    sbb nk diet kan, so skrg kurangkan makan nasi. mlm mmg kalau blh xmkn nasi lgsg la. carbohydrate pun kene pilih betul2. tp tiap2 hari still perlu masak nasi sbb my laling ckp dia kene mkn nasi jugak at least sekali sehari. wiken ni my laling kursus, so me blh berdiet sbb xyah masak lunch utk dia.. hehe..

    semangat dh berkobar2 utk jd mcm kak N* (bukan nama sebenar.. tiru entry kak izah td.. kui kui..).. so kita share dulu menu diet me nih.. td dh google menu2 diet. hihi.. skrg goreng2 dan lemak2 perlu di stop ye =)  resepi lebur je, utk minimize minyak/lemak.



    Sup Suhun dan Bebola Ayam
    Resepi: tun_telani

    • Suhun utk 2 org makan - nk guna bihun pun boleh
    • 1/2 cm halia
    • 1/2 kiub ayam
    • 8 bj chicken ball- belah 2 jika suka
    • 2 bj cili padi- belah tgh
    • 1 pokok sawi
    • 1/2 btg carrot
    •  2 bj telur
    • Garam
    • air secukupnya

    Cara-cara

    • Panaskan air dan masukkan halia, kiub ayam dan cili padi. 
    • Masukkan bebola ayam dan biar sup mendidih selama beberapa minit.
    • Masukkan sawi dan carrot (atau mana2 sayuran pilihan yg di sukai, lg byk sayur lg bagus).
    • Masukkan suhun, dan pecahkan telur sebiji-sebiji. Jangan kacau, nnti telur pecah.
    • Agak2 telur dah masak, blh tutup api.
    • Perasakan garam, dan siap utk dihidang.

    Thursday, September 15, 2011

    ..made my day ^^

    kotak pun dh cantikk... ^^
     Assalamualaikumm....

    semalam kn tgh2 bersedih hati.. pastu my laling balik umah, tgk2 dia bawa parcel.. dh agak dh, mesti yg me ^^ weeeee~~~~~~~~~~~ my dear Eba hntr present.. tq dear.. muah muahhhh!!!  love you lots! terus terubat hati yg tgh berduka lara.. hihi... jom tgk what's inside..

     
    bunny!

    buka2 jumpa bunny yg omey! tgh pk nk letak apa dlm beg bunny nih..

    buka lagi! intai kt dalam... some cute stuff!! my cute Eba, i know u'll give your cute unnie cute stuff.. hihi... (ce kira bape byk perkataan cute dlm tu.... ;) )


    weeee~~ hepi! hepi!!

    thank you for the card and the wish dear..

    love you lots!!


    ^^

    Wednesday, September 14, 2011

    Banana Yeast Bread

    Assalamualaikum..


    arini xleh ckp byk2 sbb tgh berdukalara.. *sob sob..  ni dh blh ngadap lappy ni kira mood dh ok sket laa..

    me nk share resepi roti pisang yg sedap nih.. sedap bg me laa, sbb my laling ckp "x manis pun!" <- dia ingat me wat kek pisang.. sabo je laa.. huhu.. ada parents kawan me kasi pisang seplastik, bw dr semenanjung, smp sini dh ada yg lebam sket.. so duk pk nk wat apa.. skrg ni kan konon2nyer nk berdiet, walaupun duk terbayang2 apam pisang coklat dan kek pisang dlm kepala, tp me gagahi jua utk mengoogle 'pisang'.. tgk image kuar kak izah nyer roti pisang. hihi.. 

    me dh kehabisan tepung roti, so me guna tepung gandum biasa je. adunan lembik dgn hebatnyer, so xleh nk wat bentuk2 mcm kak izah wat. me tuang semua dlm acuan roti petak tu. hasil dia, alhamdulillah.. laju jugak makannyer (erk.. td me ckp nk diet ke?? )



    menakutkan je tgk pisang tu kan.. huhu.. hudus! hudus!

    me cnp resepi ye..

    Banana Yeast Bread
    souce: jkitchenlog
    copied from: kak izah


    200 gr bread flour
    1 tsp instant dry yeast
    20 gr caster sugar
    150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
    40 ml milk
    20 gr unsalted butter
    1/4 tsp salt

    *saya tambah setengah biji telur  - tun xletak nih
    tun tambah 1 sk bread softener

    1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
    2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
    3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
    4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
    5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.

    Tuesday, September 13, 2011

    Daging Masak Kari Kering


    Assalamualaikum~~

    selamat pagi semua ^^ tun tgk2 ramai lagi bloggers yg belum betul2 kembali ke dapur ye..  semoga cepat dtg vitamin R selepas raya, baru laa meriah =) skrg ni kurang ceria sket sbb xde sesi kejar mengejar, lagipun dh lama xde org sebarkan virus2 yg best. agak2 kak nor ada menu baru utk di'virus'kan tak? hihi....

    nway, me nk tayang menu daging yg first time me cuba. me mmg x makan daging merah, tp Alhamdulillah, tgk lajuuuu je my laling n family makan ni (wat masa kt kampung nih), me pun terliur. hehe...  tp me lupa nk letak tomato masa amik gambar, lepas amik gmbr baru teringat nk letak.

    DAGING MASAK KARI KERING
    resipi : SecubitGaramNor67

    350gm daging ~ dipotong
    air secukupnya

    Rebus daging dgn air hingga empuk. Ketepikan.

    ~~~~~~~~~~~

    bahan2 lain:
    7 bj bawang merah ~ dihiris halus
    3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
    1 - 2 sudu besar cili mesin
    2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
    2 tangkai daun kari  - xde stok
    2 sudu besar sos tiram
    air rebusan daging
    jus asam jawa - tun letak 1/2 c jus dr 1 sudu kecil asam jawa
    ubi kentang - tun letak 2 biji, potong wedges
    garam
    gula ~ jika suka
    tomato- ni tun tambah, kasi cantik masa hidang.

    Cara2:
    Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
    Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
    Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
    Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
    Masukkan daging.
    Kacau dan masak hingga daging mesra dgn rempah dan masukkan ubi kentang.
    Kemudian masukkan sos tiram, air rebusan daging, jus asam jawa, garam dan gula.
    Masak hingga kentang masak dan juga kuah menjadi pekat.
    Angkat dan hidangkan panas2.


    ps: All the best utk adik me yg menduduki UPSR hari ni.. semoga dipermudahkan dlm menjawab soalan.. juga utk rakan2 yg ada anak darjah 6. semoga semua nya berjaya, insyaAllah =)

    Monday, September 12, 2011

    Eggless Chocolate Cake.


    Assalamualaikumm~~~

    monday! my laling stat kerja after 2 weeks of raya holiday. sunyi pulak rasa pagi ni duk sorg2 kt umah. arini alhamdulillah, dh ada air kat umah. apa ntah problem pam kt bawah tu, semalam seharian air x de. seksa betol nk masak memasak kalau xde air nih. air tangki pun bertahan kejap je. 

    arini tayang gambo yg diperam lagi.. hihi.. wat kek ni utk anak2 murid mama me yg dtg beraya kt umah last week.  wat 2 bijik, satu bg kat mak sedara me (biasa me bg kek pagi raya kat dia, tp sbb tahun ni raya umah in-laws, bg kek post-raya. mmg resepi ni me sgt2 suka! kejadian dia insyaAllah sgt moist dan sedap (kecuali if overbake laa). mmg selalu mdapat pujian melambung. hihi.. tq kpd penyumbang resepi (xsure mana dpt resepi asal sbb dulu2 me amik kt mesra.net (xde link), pastu jumpa gak kt myresepi, me kasi link myresepi je laa).. 

    Eggless Chocolate Cake
    resepi asal: aludra@myr
    olahan: tun_telani

    Bahan2 utk 1 loyang kecik:

    Bahan A
    • 1 cawan / 120 gram tepung gandum
    • 1 cawan / 180gram gula halus
    • 3 sudu besar serbuk koko
    • 1 sudu kecil baking soda
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1/2 sudu kecil garam
    Bahan B
    • 1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
    • 1 sudu besar cuka
    • 1 sudu kecil vanilla
    • 1 cawan air sejuk

    Cara2:

    • Ayak Bahan A, dan masukkan dalam mixing bowl. Gaul sebati.
    • Campurkan bahan B, dan masukkan dalam bahan A. Gaul sebati
    • Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.
    • Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek <-- oven me amik masa sampai 40 minit baru masak betul
    • Boleh dihias dengan topping pilihan =)
    ps: seelok2nya tapis dulu sebelum masuk loyang sbb kadang2 tepung dia ada sikit yg berketul2 kt bawah.

    Sunday, September 11, 2011

    Nasi Arab


    Assalamualaikumm~~

    back in bintulu... semalam flight delay sejam! sabo je laa.. pilot ckp sbb tukar tayar kapal terbang. walaupun sedikit stress sbb dh smp awal2 ke epot, pastu menunggu lagi kan, tp alhamdulillah selamat sampai. hari ni sgt penat, sbb semalam smp dlm umah dlm ko 8, pastu nk kene kemas n bersihkan umah dulu. ye laa, tinggal umah 2 minggu kan. byk betul serangga yg kecik2 tu duk bermaharajalela. dgn nk kene lap semua almari n perabot lagi.. adoii.. sakit belakang. hari ni pagi td ada halaqah, pastu gi jenguk kawan yg masuk spital (semoga cepat sembuh dear..). then baru laa gi shopping brg2 dapur. 

    jenguk FB terasa sgt la jeles ngan mek jah yg jumpa ngan kak anna ngan kak mas.. uu uuu.. kalau dpt jumpa2 jugak mesti best.. nway, sbb windu nk ngadap blog, me nk tayang laa nasi arab yg sedap ni walaupun nasi ni dh wat minggu lepas.. hehe.. nk wat utk raya ke bape ntah. ada kawan adik me dtg tido kt umah, so masak special sket la. 

    me cnp dr umah kak nor, cuma instead of ayam, me letak daging.




    NASI ARAB
    resipi : K.Hanieliza
    sumber: K.Nor@SecubitGaram

    Bahan
    1 kg beras bathmati -basuh dan toskan -> tun guna beras wangi
    1.5 liter air ~ k.nor guna air rebusan daging  -> tun guna air rebusan daging jugak
    500 gm ayam -potong kecil dan bersihkan -> tun guna daging
    1 tin kecil kacang peas ~ k.nor skip sbb tak ada stok kacang peas - sama laa jugak
    1 cawan kismis
    3 biji cili merah
    3 biji cili hijau
    1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
    1 pokok daun ketumbar ]
    3 s/b minyak
    5 s/b minyak sapi
    2 s/b serbuk jintan manis ]
    1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
    bawang goreng
    gula
    garam

    Bahan tumis
    5 ulas bawang merah ]
    3 ulas bawang putih ] mayang
    1 labu bawang besar ]
    3 cm halia ]
    2 inci kulit kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    5 kuntum bunga cengkih
    3 biji buah pelaga
    2 s/k jintan manis
    1 s/k jintan putih

    Cara
    1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
    2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
    3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
    4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
    5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
    6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

    me hidang dengan daging masak kari kering. sedap ^^

    Thursday, September 8, 2011

    Ayam Masak Padang


    Assalamualaikumm~~

    n3 cepat2 lagi nii. hehe.... Alhamdulillah, sedap.. me dh lama nengok nyer kat umah kak sheila :)

    AYAM MASAK PADANG

    resepi: norma@cendana kasih

    sumber: kak sheila

    Bahan-bahan
    1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
    5 helai daun limau purut [koyakkan]
    2 batang serai [ketukkan]
    2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
    10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
    2 biji tomato [belah 4]
    1 keping asam keping
    3 s/b minyak
    garam

    Bahan-bahan diblender halus
    10 biji cili api
    10 tangkai cili kering
    1 inci halia
    1 inci lengkuas
    1/2 inci kunyit hidup
    10 ulas bawang merah
    4 ulas bawang putih
    3 biji buah keras

    Cara-cara
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
    2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
    3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
    4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

    Wednesday, September 7, 2011

    Udang Masak Sos




     Assalamualaikummm~~~

    Back in Segamat selepas berbahagia di kampung halaman. huhu.. kt segamat ni boleh la wat keje sekolah sikit. ye la, kalau duk umah sendiri mmg susah sket nk wat keje sekolah kan, duk umah in-laws xde la duk keletung keletang kt dapur sokmo. balik jarang2, nk cari measuring cup pun jenuh selongkar laci. hehe.. (sempat jugak bakar kek sebijik td.. anak2 sedara dh xde nih, duk pk sape laa nk makan. me nk stat diet lepas terkejut tgk timbang tu jarum dh naik 2 senggat ;p )

    nway, ni lauk yg me msk kt kampung, match ngan nasi serai aritu. duk pk nk masak apa, sbb ada budak2, kesian pulak kalau nk masak pedas, sbb sotong me dh masak sambal. so masak je laa sos campak2 nih. me tgh nk wat keje sekolah ni, so n3 cepat2 je nih.

    Udang Masak Sos
    resepi: tun_telani

    Bahan2 (agak2 je ni ye)


    • 1kg udang - buang kepala dan bersihkan
    • 1 bj bawang besar- dadu
    • 2 ulas bawang putih- tumbuk
    • 1/2 cm halia- tumbuk
    • 2 bj cili merah
    • 1 btg serai- ketuk
    • 2 sb sos tiram
    • 1/2 cawan sos cili
    • 1/2 cawan sos tomato
    • garam


    optional

    • timun- buang bj tengah dan kerat dadu
    • capsicum
    • tomato


    Cara

    • tumis bawang, bawang putih, halia dan cili merah sampai naik bau
    • masukkan serai dan tumis sebentar.
    • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan udang. Masak sampai udang berubah warna.
    • masukkan timun, capsicum dan tomato jika suka.
    • perasakan garam.
    • siap! senangkan =)




    Tuesday, September 6, 2011

    Nasi Serai dan Ayam Bakar

    Nasi Serai and The Geng
     Assalamualaikum~~

    dh seminggu Syawal, nampak gaya masing2 tgh berusaha panaskan enjin utk berblog. me ni baru je terasa suam2 kuku, buka email terus down. dapat email dr publisher journal yg me hantar.. dapat 7 pages komen dr editors and publisher! terkasima me nengok nyer.. mmg down betol. huhu.. pastu supervisor me email ckp biasa la dpt komen byk, dia pun kalau hantar journal dpt respon mcm tu jugak. alhamdulillah sbb x reject je. so, bersemangat utk wat corrections dan re-submit. chaiyok2!!

    *my laling duk kasi hint suruh me wat keje sekolah jgn ngadap blog* kui kui... nway, quick n3 je. nk tayang nasi serai n ayam bakar yg me wat utk mak sedara kesayangan me sefamily yg singgah beraya di rumah. mula2 me ingat dia sekereta je, dh dekat ko 10 baru me tau yg mok long me dtg dgn keluarga besar 17 org! haha.. kelam kabut gi kedai cari ayam. hihi.. alhamdulillah by ko 2 tu dh siap masak semua. hihi.. nasi serai ngan lauk mix and match ikut suka je nk masak apa. ada ayam, sotong dan udang. kalau stat awal me rasa me masak daging jugak. kui kui.. tp me letak ayam je kt sini, sbb yg udang n sotong me masak sendiri nnti kalau rajin me menaip. skrg nk copy paste je sbb malas ;p

    Nasi Serai
    Resepi: kak Jun JC
    Sumber: kak Ika 

    Bahan2
    • 2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan
    • 1 helai daun pandan-simpul
    • 2 cawan air
    Bahan tumis:
    • 1-1/2 sudu mkn butter
    • 1 biji bawang besar-hiris
    • 2 ulas bawang putih -hiris
    • 1/2 in halia-hiris
    • 2 sudu teh remph kurma
    • 3 btg serai-ketuk>>yg ni kita letak lebih sikit :D
    • Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga
    • Garam secukupnya
    • sedikit raisin hitam>>yg ni sesajer tambah! :D  - tun x letak
    • Bawang goreng utk hiasan
    • 1/2 kiub ayam - tun tambah
    Cara2
    • Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.
    • Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.
    ps: nasi ni tun masak 10 cawan! hihi..


    Ayam Bakar sedap!

    Ayam bakar me try resepi kak hanieliza. sbb dlm byk2 resepi, ni yg paling senang. hihi.. me wat 3 ekor ayam, agak2 je bahan dia.

    AYAM BAKAR
    Resepi: kak hanieliza


    bahan A:

    1 ekor ayam [1.5 kg berat]

    Bahan B [Mesin Halus]
    3 cm halia
    3 batang serai
    3 ulas bawang putih
    3 ulas bawang merah
    1 s/b lada hitam
    3 biji cili merah [jika suka] -tun x letak

    Bahan C
    1 s/b kicap
    1 s/b garam
    2 s/b madu/gula 

    1 s/b sos tiram - tun tambah
    kunyit serbuk 


    sayuran hiasan:
    salad..timun..tomato
    kentang [hiriskan setbal 1/2 cm] - tun x letak

    Cara
    1. Ayam dibbersihkan dan toskan kering.
    2. Perapkan semua bahan bersama ayam selama beberapa jam.
    3. Masukkan ayam yg telah direpakan dan kentang hiris dalam loyang dan bakar pada suhu 200'C selama 30 minit.  tun bungkus dalam aluminum foil yg dilapik daun pisang
    4. Terbalikkan kedudukan ayam dan bakar lagi selama 30 mint.   10 minit terakhir, tun buka aluminium foil dan bakar sampai ayam perang kt atas.
    5. Alihkan ayam dalam pinggan yg telah disediakan salad.
    6. Susun kentang dan tomatao keliling ayam.
    7. Siramkan kuah ayam badan ayam dan hidangkan bersama sos cendawan alda hitam dan coleslaw.
       tun makan ngan nasi serai

    saje2 nk tunjuk.. ni bukan tun buat ye.. hehe.. ni kek tunjuk, kakak beli ;p