Assamualaikumm~~~
dh puas tgk chicken pie tu? hihi.. tu versi rajin sket.. ni menu lunch versi pemalas. buat aritu masa tiba dtg angin M membuak2. tunggu punya tunggu kak noorsha ngan kak mas anto asam pedas x sampai2.. last terpaksa masak mee je. huhu..
ni 1st time tun makan mee bandung. buat ni pun x cukup bahan, xde keledek utk pekatkan kuah, tun pun bancuh sikit tepung gandum utk pekatkan. tun xtau rasa mee bandung yg betul2 camner, tp my laling ckp, better dr yg beli kt kedai2 makan.. hihi.. Alhamdulillah.. cuma enchik H tun tu ckp jugak, xleh challenge mee bandung muar. bg tun, asal kenyang sudah.. tp sbb byk udang geragau tu, sakit tekak dan sumbat idung jugak petang tu. hihi..
skodeng kt umah kak sha. kalau nk tgk versi drooling habis, sila ke dapur kak sha ye. tun udang pun xde. simple2 je.
RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE
Resepi Asal : Hanamemories
Sumber: Kak Noorsha
Bahan-bahan
1 peket mee kuning
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong potong ring - jika suka.
50g udang kering ( blend )
1/2 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
5 tangkai cili kering- leh tmbh jika nk pedas
suku cwn kacang tanah goreng (tumbuk/blend) - klu tk nk letak pon tkpe tp lebihkan udang kering utk memekatkan kuah.
2 biji keledek saiz kecil - rebus dan blend
telur (ikut bilangan bape owang nk makan)
sawi
tauhu goreng.
bawang goreng
Hirisan cili merah
Air rebusan daging
Gula
Garam
hirisan daging
limau kasturi / limau nipis
Cara-cara
Celur mee kuning
Blend bwg besar,bwg putih,cili kering. Panaskan minyak dan tumis hingga cili masak.
Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau. Kemudian masukkan air rebusan daging,kacang, keledek yang dikisar dan udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa.*rasa mee bandung manis2 pedas.
Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji2. Jgn kacau supaya telur tidak pecah.Biarkan telur masak/separuh masak (terpulang).. Akhir skali masukkan sawi.
Tutup api. Curahkan di atas mee. Dan hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau kasturi. Siap utk dimakan....