Tuesday, June 20, 2017

Sweet Potato Balls/ Bebola Keledek


Assalamualaikumm....

Puasa ni tiap2 hari buat kuih. Suka dapat hantar ke surau 😊 abah beli keledek, ingat nak goreng je. tun memang rebus dulu kejap, pastu baru goreng. sekali tersalah rebus sampai empuk 😂 jadi terpaksa tukar plan.

Suka makan keria dan cek mek molek. Tapi tak pernah jadi. Tun gugel resepi, jumpa resepi bebola keledek ni kat daput kak Paty. Nampak senang, jadi tun buat yang ni je. 


Suka resepi niii.. senang nak bulat2 kan. xde nak melekat2 kat tangan. Bila goreng, lembut je. Rasa mcm keria dan cek mek tanpa salut/inti gula. hihi... Harith sukaaaaa.. habis separuh pinggan kat dia 😋

Pastu baki keledek tu tun guna resepi ni buat cek mek molek.. hihi..

Sweet Potato Balls
Resepi: kak Paty
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 450 g keledek - tun rebus dengan sedikit garam, rebus baru timbang, tp timbang dulu pon ok. agak2 je
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sk baking powder
  • minyak untuk menggoreng

Cara2
  • Gaul semua bahan hingga menjadi doh lembut
  • Jemput jadi bebola kecil
  • Goreng hingga kekuningan
  • Bebola akan timbul jika sudah masak
Doneee

Monday, June 19, 2017

Ayam Masak Padang

Assalamualaikummmm 😊


Alhamdulillah.. ada peluang kongsi resepi lagi ^^ ni menu buka puasa 2-3 hari lepas.. hihi... duk tangguh2, nak update blog. Tak sempat. 💖


Dah penghujung ramadhan ni, tiap2 hari struggle pikir menu. mati kutu dah nak masak apa. bila xde idea, kita SOS kat FB. hihi.. Alhamdulillah, banyak cadangan dari kawan2 FB. Tun try resepi yg kak Cda D'Nuanza suggest 😍

Ayam masak padang ni rasa dia mcm rendang sket. Dua2 pon sedap. Selamat mencuba

AYAM MASAK PADANG
Resepi: kak normah (xde link)
Sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
  • 5 helai daun limau purut [koyakkan]
  • 2 batang serai [ketukkan]
  • 2 cawan santan [1/2 biji kelapa] - guna sekotak santan 200ml
  • 10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 1 keping asam keping
  • 3 s/b minyak
  • garam

Bahan-bahan diblender halus
  • 10 biji cili api - tun letak 5biji je
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendidih dan naik minyak dan pekat.

Sedap makan dengan roti, nasi putih, or nasi minyak ^^

Wednesday, June 14, 2017

Apam Pisang Tanpa Telur


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah.. kita masih lagi diberi peluang untuk beramal di bulan Ramadhan. Kali ni nak tayang apam feveret mama tun. Suka betul mama tun buat apam ni sejak kawan dia bagi resepi.

Tun tengok resepi tu, gugel sket, rupa2nya resepi kak amie. hihi.. tun paling suka texture dia. ada kenyal2 sket :)

Rupa tak comey sgt sebab anak teruna amba nak masukkan dalam acuan.. hehe.. memang bila masuk dapur dia laa yg paling laju "alish wat.. alish wat".. bila kita nak cepat tu, nak marah jugak rasanya. Tapi layankan aje la. nanti bila dah besar sure rindu time camni.

Apam Pisang Tanpa Telur
Resepi: kak Amie
Sumber: Tun telani

Bahan-bahan:
1 cawan pisang yang masak ranum
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
secubit garam
2 biji pisang lemak manis - hiris nipis untuk hiasan jika suka

Cara:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat.
2. Adun bahan tadi bersama pisang lecek, gula kastor dan secubit garam.
3. Masukkan minyak jagung dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan. Letak separuh acuan, nanti dia naik.
5. Jika suka bubuh hirisan pisang di atasnya sebagai hiasan.
6. Jika acuan lompang/kecil kukus selama 15 minit. Jika anda gunakan loyang kenalah kukus lebih lama sedikit iaitu lebih kurang 1/2 jam atau 30 minit.

Bulan puasa tiap-tiap hari makan kuih manis. Jangan lupa lepas berbuka ambil lecithin/omega/herblax untuk buang lemak-lemak berlebihan 



Set ni nampak kecil tapi power tau!

Lecithin :
  • Bantu menghalang penyerapan lemak dari makanan yang kita makan. Juga bantu pecahkan lemak di dalam tubuh. Bonus: lecithin bantu penyerapan vitamin larut lemak ke dlm badan :)
Omega Guard:
  • kurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ sekitar pinggang (no more spare-tires!). Hasilkan hormon leptin yang menyekat selera makan dan tingkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
Herblax:
  • kombinasi tumbuhan herba yang membantu tingkatkan proses pencernaan. membantu untuk bersihkan perut dan usus, dan buang toksin dari badan. Bantu atasi masalah sembelit secara lembut.

Kalau ada kawan2 yang nak try set kurus ni, roger tun ye! tq :)

eh.. lupa bg nombor tepon 019-9321450 wasap je, insyaAllah fast reply.


Friday, June 9, 2017

Bingka Pandan/ Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikumm...

Esok dah masuk 15 Ramadhan. Baru nak share menu.. 
Lamaa tak update resepi.. tiap2 hari masak, tp susah nya la nak mengadap laptop. Baru anak dua dah kelam kabut hidup.. huhu.. tiap2 kali duk berperang dengan anak, sure insaf pikir mcm mana mama besarkan kiteorg adik beradik 7 orang.

Nway, straight to the recipe. Kuih bakar ni yang paling senang nak buat, dan selalu duk ulang tiap kali puasa.

Kuih Bakar/Bingka Pandan
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1 c tepung gandum
  • 3/4 c gula
  • 1/4 tsp garam
  • 2 bj telur
  • 200 ml santan (1 kotak)
  • 100 ml air pandan (blend 2-3 lai daun pandan, tapis. Kalau xde, guna air masak + esen pandan)
  • 1 tbsp minyak (guna minyak masak biasa)
  • sedikit pewarna hijau
  • Bijan secukupnya

Cara2:

  • Blend semua bahan kecuali bijan
  • Tuang dalam loyang, tabur bijan
  • Bakar suhu 200 C, 20-30minit. Kalau macam tun yang suka kerak tebal, bakar 40minit.
  • Biar sejuk baru potong.

ps: adunan ni dapat loyang kecil 6inci, kalau suka nipis dan kerak tebal mcm tun, blh guna loyang
8inci

Ok lahh.. doakan tun ada masa untuk share resepi lg. sayang kat blog.