Thursday, June 30, 2011

Ayam Goreng Ala-KFC dan Mash Potato


Assalamualaikumm~~

malam hari baru bersiaran.. hari ni me sgt rajin wat keje sekolah.. semalam sent kat supervisors, pagi td, dapat yg di komen2, me pun mengedit jgn jayanyer.. Alhamdulillah, berjaya sent kat journal public health.. skrg tawakkal je dan doa moga2 editor tu berlembut hati dan approve journal me tu. ada lagi satu journal yg dlm process, pastu pulun thesis.. insyaAllah.. chaiyok2!! me buleh! hihi.. my supervisor ckp 'moga bermotivasi'.. huhu.. insyaAllah.. ^^

arini nk tayang dgn cepatnyer menu berbuka semalam. menu berbuka arini x amik gambar.. me terliur tgk kak Madihaa@Ratna tayang aritu. pastu godek2 myresepi cari resepi mash potato.. sbb nk gi BW lak, so me cnp je laa ye..


Ayam Goreng Ala-KFC
Resepi: kak Ijan
Sumber: kak Madihaa

Bahan Untuk Perap Ayam

  • 6-8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA lebihkan 2 ulas lagi)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (tun dan MaDiHaA skip yang ini.. tapi lebihkan bawang putih utk perap tu)
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Secubit baking powder
  • Secubit serbuk perasa
  • 1 bj telur
  1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
  2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
  3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
  4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
  5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan
Mash Potato/ Kentang Putar
Sumber: ujenzz@myr

Bahan2
  • 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
  • 1 sk lada hitam di tumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • garam secukup rasa
Cara2:

  1. Rebus kentang dgn sedikit garam
  2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
  3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
  4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos Kentang Putar
Sumber: daunpandan@myr

Bahan2
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam
Cara2:

  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
  5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

Tahniah Kak Nor Secubit Garam! ^^

Assalamualaikumm~~~

hari ni awal bersiaran, pas subuh tadi, tiba2 teringat nak betulkan reference kat journal yg baru me submit kat supervisor, dah siap sent email, mcm biasa laa, mem-BW. pagi2 terasa ceria dengan bunga ros merah yg cantik nii... angkut dari umah kak nor.. terima kasih akak... wangi je bau blog ni arini, ye.. =)

bunga hadiah sempena one million hits! wahh... byk tu... (jeling sket kat stats tepi nii.. owh, lambat lagi.. hehe...). me memang suka jamu2 mata kat dapur kak nor, awal2 stat blog dulu senyap2 je jamu mata.. hehe.. pastu baru la berani tegur sikit2.. kui kui.. pemalu laa katakan.. tp Alhamdulillah, bersyukur kerana kenal kawan2 di alam maya yg membuatkan hari2 di 'perantauan' dan jauh dr keluarga lebih bermakna..

Buat kak nor, semoga terus maju jaya!

Wednesday, June 29, 2011

Menu Orang 'Bujang'



Assalamualaikumm...

Salam Isra' Mi'raj.. i read somewhere that arabic translation is spelled isra' mi'raj, but dewan bahasa and pustaka termed it Israk Mikraj. so both spelling is okay, i guess.. (saja2 je kongsi..). nway, mesti ramai yg puasa arini, moga2 amalan kita diterima Allah, iA ^^ pd yg cuti bulanan tu, ganjaran menyediakan juadah berbuka pada yg puasa pun dah cukup besar, so mari kita masak best2 utk buka puasa nanti.. hehe.. ^^

td perut me berlagu2 masa BW, mmg mencabar! hehe.. byk pulak kek yg sedap pagi2 nih.. haha.. me nk tayang menu org bujang je ni.. kn semalam dapur x berapa nk berasap sbb duk sorang2. tunggu jugak org hantar lauk, tp x jumpa cari rumah agaknyer.. duk keliling hutan belantara laa katakan.. huhu.. so ada nasi lebih dlm secawan, me wat bubur je la. nk wat nasi goreng mcm sikit sangat.. (betapa malasnyer nk masak nasi lain.. haha.. )

me suka wat bubur camni. lbh kurang bubur oat yg me selalu wat bekfes, tp tgh2 hari malas pulak nk makan oat.. letak apa yg ada dlm peti je laa..alhamdulillah, kenyang jugak =)

Bubur Sup dan Carrot
utk seorang makan
by: tun_telani

Bahan2:

  • 1 c nasi
  • 2 c air
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 inch halia
  • 1 bj cili padi- hiris nipis
  • 1/2 btg carrot- dadu
  • 1 btg daun sup- hiris kasar
  • garam
Cara2:
  • Blend nasi dan air sebentar (ni sbb malas nk masak lama2.. hihi)
  • Masukkan semua bahan, kecuali daun sup, dalam periuk. dan biar mendidih.. kalau terlampau kering blh tambah air sedikit.
  • Masukkan daun sup dan masak lg 2-3minit.
  • Perasakan garam. siap!
  • blh laa dihidang bersama ikan bilis goreng =)


makan tiap2 hari pun xpe nih.. hehe

Tuesday, June 28, 2011

Israk Mikraj 2011

Assalamualaikum ^^

bukan n3 menu ye.. saje nk share artikel yang baru di baca, karangan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin =)

Apa istimewanya 27hb Rajab ini?


Detik ini adalah saat yang sangat bermakna apabila umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan satu peristiwa yang cukup besar dalam diari dan sejarah umat Islam yang disambut pada 27 Rejab di setiap tahun. (Pada tahun ini, ianya bertepatan dengan 28 Jun 2011, Selasa malam Rabu).

Firman Allah SWT bermaksud: “Maha Suci Allah SWT yang sudah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin) yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah SWT jugalah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk ayat 1).

Apakah yang dikatakan Israk Mikraj itu?

  1. Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
  2. Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.

Apakah peristiwa penting yang berlaku sebelum Israk Mikraj ini?

1- Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi yang telah banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib.

2- Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif.

Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.

Kenapa Israk Mikraj dikatakan sebagai ujian keimanan?

Peristiwa Israk Mikraj ini telah menyaring keimanan serta keyakinan umat manusia terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan kebenaran risalah Rasulullah s.a.w.

Orang kafir pada ketika itu telah menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu peluang terbaik untuk melakukan operasi pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah Nabi.

Umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat

1- Ada yang terus membenarkan Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq

2- Ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji Nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut

3- Ada pula yang bersikap menolak terus cerita Nabi dan kembali murtad daripada Islam.


Ini berlaku semata-mata kerana peristiwa ini sangat menongkah arus akal manusia. Inilah juga gambaran yang akan berlaku apabila umat yang keliru akan meletakkan akal sebagai sumber rujukan hidup yang mengatasi sumber al-Quran dan Sunnah.

Apakah pengajaran pertemuan Rasulullah bersama para Anbiya di langit sebelum menjadi Imam kepada semua mereka di Masjid al-Aqsa?


(Di sinilah tempat yang bersejarah apabila Rasulullah telah dipilih untuk menjadi Imam kepada semua para nabi yang terdahulu)

Perjalanan itu adalah perjalanan yang menghubungkan akidah tauhid yang besar sejak Nabi Adam, Ibrahim, Nabi Ismail, Musa, Isa dan lain-lain sehingga kepada Rasulullah saw yang merupakan penghulu dan penyempurna kepada risalah kenabian.

Dr Yusuf a-Qardawi juga telah menyatakan bahawa peristiwa ini merupakan detik pengisytiharan umum tentang perubahan kepimpinan dunia daripada para anbiya sebelumnya kepada Rasulullah saw.

Peristiwa ini telah menolak hujah sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Isa a.s adalah pengasas agama kristian dan juga di kalangan orang Yahudi yang mendakwa bahawa Musa adalah nabi yang paling mulia.


Kenapa mesti dibawa ke Masjid al-Aqsa, di Baitul Maqdis dahulu dan tidak terus dari Masjid al-Haram ke Sidratul Muntaha?



Perjalanan ini menunjukkan bahawa Baitul Maqdis sangat penting kedudukannya dalam agama Islam.

1- Masjid al-Aqsa adalah merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum ianya dipindahkan ke Masjid al-Haram di Mekah.

2- Masjid al-Aqsa adalah masjid yang ke 2 dibangunkan di mukabumi

3- Masjid al Aqsa adalah masjid yang ke 3 suci di dalam aqidah umat Islam

4- Al-Quran menyebut Masjid al-Aqsa dengan sifatnya yang bermaksud: “Yang Sudah Kami Berkati Sekelilingnya” yang menggambarkan keberkatan yang mengelilingi dan melimpah ke atas masjid itu.


(Masjid Qiblatain di Madinah ialah saksi hidup terhadap pristiwa perpindahan kiblat)

Masjid al-Aqsa juga adalah tempat para anbiya dilahirkan, berdakwah dan dikuburkan sehingga Imam Syafi’e (yang dilahirkan di Gaza) pernah berkata pada suatu ketika dahulu, “Saya sangat suka beriktikaf di Masjid al-Aqsa ini lebih daripada mana-mana sekalipun.” Ketika ditanyakan alasannya, beliau menjawab, “Di sinilah tempat berkumpul dan dikuburkannya para Nabi.”



ps: bersempena dgn Israk Mikraj ini, marilah sama2 menghidupkan malam dlm qiamullail ^^
pps: artikel penuh boleh dibaca di laman web ISMA dan Blog Dr.Z ye =)



Upside Down Pizza.... lagi..


Assalamualaikum~~

ni menu buka puasa semalam.. dah jadi me nyer feveret nih.. hehe.. 2-3 hari ni makan sorang2 je, my laling kursus dr pagi sampai malam :( sedihnyer.. sedihnyer.. wat ni buka puasa semalam, ingat nk sahur utk hari ni, tp x bgn lak pagi td.. so mkn utk bekfes n lunch sekali. muahaha.. teruk kan.. kalau duk sorang2 kt umah camni la jadinyer. nk masuk dapur pun malas..

kali ni me tambah cili boh masa wat filling dia, tekak melayu kan.. nasib baik x letak cili padi.. kui kui.. kalau ada capsicum lagi sedap, tp wa ikut apa yg ada dlm fridge je la kan. resepi asal refer sini ye

Upside-Down Pizza
by tun_telani


Dough

2 bj telur
1 c susu
1 c tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang
  • tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


slice cheese je yg ada, sedap juga

blend kan semua adunan 'dough'

curahkan atas filling dan bakar.. senangkan =)

Monday, June 27, 2011

Ayam Phat Phet


Assalamualaikumm~~

lauk ulangan lagi.. yg dh 2-3hari lepas ni.. arini virus M utk mengapdate dtg secara tiba2. huhu... baru lepas jeles tgk parcel kak sue.. x sabar2 nk tunggu parcel sampai nihh.. sepanjang wiken menanti dgn penuh kesabaran sbb posmen x kerja time wiken.. huhu.. kalau esok xsampai nk tepon pejabat pos.. hehe.. mana laa tau posmen tu x jumpa tempat nih, n xdpt tepon sbb 2-3hari ni tepon asyik tunjuk 'no network coverage' je.. huhu...

nway, ulang tayang ayam phat phet ni.. lauk yg sedap mesti laa ada ulangan, ye x? awal tahun aritu penah wat, refer sini.. me cnp je lah..

Ayam Phat Phet
sumber: widad@myr

Bahan A (Blend)

5 biji cili padi(me guna 3 je)

2 hiris halia

kunyit hidup (me guna tsp kunyit serbuk)

1 atau 2 batang serai

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

Bahan B

3 keping ayam

1 batang serai

1 asam keping

4 helai daun limau purut

2 sudu sos tiram (me tambah)

sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara

  • Blend bahan A dan tumis hingga naik bau
  • Masukkan bahan B dan air (ikut byk mana kuah yg nak, me letak around 1-2cup). masak till mendidih, n kuah nmpak pekat.
  • done ^^

Sunday, June 26, 2011

Cookie 'n' Cream Aiskrim

Assalamualaikum ^^

ingat nk update awal pagi2, tp terlekat kat FB duk chatting ngan member.. lama x jumpa kawan2 sekolah, rindu pulak.. kawan me sorang ni tercampak jauh ke dlm hutan bintulu ni, demi mendidik anak bangsa, naik bot panjang baru sampai ke sekolah.. baru je kahwin, moga tabah kerana berjauhan dgn suami, lagi2 xde line intenet n telepon .. iA nnti blh tukar ke semenanjung..

ok laa.. arini nak tayang resepi aiskrim.. siyes! mcm yg beli kat kedai.. x tipu punyer.... nk buat pun senang, dan kos pun murah.. suke! suke!! cookie n cream aiskrim ni mmg aiskrim feveret mana kt uni dulu. kalau pegi "dairy" (ni kedai mcm 7-eleven), mmg ni laa yg di cari.. beli jenama Tip-Top baru yakin halal dia.. kiteorg tepon kilang terus soal-selidik pasal emulsifier yg diguna.. hehe.. kat sana customer service dia bagus, kalau kt malaysia, mesti xde nyer manufacturer tu nk layan kita tepon soal mcm2 pasal bahan2 yg dia guna dlm produk. balik sini, kalau nk mkn cookie n cream icecream yg sedap mmg kene pi cari kat Baskin-Robbins laa.. nipis purse mkn 1 scoop icecream.. kui kui..

eh.. lama lak membebel.. resepi yg sedap ni godek2 dr myresepi laa. mana lagi kan.. resepi asal vanilla icecream, me cuma tambah oreo je.. guna 1 tin susu sejat tu, dpt 1 bekas penuh bekas aiskrim walls tu.. dia expend 3kali ganda masa kita pukul tu.. me salin n edit resepi kat sini ye ^^

Cookie 'n' Cream Aiskrim
resepi asal: wssary@myr
olahan: tun_telani

Bahan-bahan ( 2 liter )

  • 5 sudu besar gula pasir *
  • 1 tin (4ooml) susu sejat/cair *
  • 1 sudu besar ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sk vanilla
  • 1 paket Oreo/ Cream-O (buang filling dan pecahkan kasar2)

Cara-cara

  1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed <- blender x sesuai ye, sbb nnti dia expand 3kali ganda, x muat blender
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali <- mix, freeze, mix, freeze, mix + vanilla+oreo, freeze
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanill, dan oreo
  5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
  7. freeze kan semalaman, dan sedia utk dimakan ^^

dah kali ke 3 mix, expand sampai atas.. guna stand-mixer, so xlah lenguh 5minit nk mix high-speed ^^

ni dah sedia utk di freeze semalam.. penuh 1 bekas..

choc chip tu cuma hiasan ye.. hihi

Saturday, June 25, 2011

Quick Tofu Fa with Lychees



Assalamualaikum~~

skrg ni sgt panas, mlm pun terasa bahang dia. malam2 yg panas nii mari kita makan tofu fa yg sejuk nii.. sedap! mmg terubat laa rindu nk makan tofu fa yg biasanya me beli time bulan puasa je..mama me mmg sgt2 suka makan tofu fa nih, kalau gi pasar mlm mmg biasa xlupa utk beli wat balik =) nnti ramadhan blh wat lagi utk berbuka ^^.. tq Love utk resepi yg sgt senang ni.. blh makan dgn buah atau utk rasa lbh nostalgia, cairkan gula melaka.. me cairkan gula melaka, pastu letak laici kat atas =)

Quick Tofu Fa with Lychees
by: Love2Cook

Bahan2:
  • 1 packet of Smooth Tofu
  • canned lychees or fruits cocktail
  • brown sugar or gula melaka - cairkan dgn sedikit air panas

Cara2:
  1. Steam Smooth Tofu for 10-15 minutes.
  2. Drain excessive water emerged from the tofu. Leave the tofu to cool. Scoop few slices gently and fill into individual serving bowl.
  3. Add chilled lychee fruits and sugar syrup. Done!
(You may have it with plain or palm sugar syrup like the original)

Pizza Muffin


Assalamualaikumm~~~

Morning!! dh dekat nk tgh hari dah rupa2nya.. wiken ni both days my laling kerja.. uu uuu... sedihnyer.. so me duk umah je laa.. time duk jauh2 dulu boleh je drive all the way dr KB ke kemaman every 2 weeks, ni kuar gi bandar sorang2 pun x pernah.. hihi..

Pagi ni mari makan savoury mapin!! ni resepi dlm buku Marvellous Muffins by Allison Holts. makcik Allison ni, kalau gi NZ, muka dia ada di semua supermarket. betapa glemernyer.. hehe.. resepi2 dia simple, cuma biasanya perlu di ubah suai ikut tekak melayu..lagipun bahan2 yg dia guna termasuk mende2 yg haram dimakan.. paham2 sendiri laa ye.. hihi..

sebab semua org suka pizza kan, so resepi ni mmg sesua dihidang utk semua time bekfes or tea ^^ me buat utk bekfes tadi =)


Pizza Muffins
by: tun_telani

Bahan A
  • 2 c tepung
  • 1 1/2 skbaking powder
  • 1 sk gula
  • 3 btg sosej- chopped
  • 1 sb origano
  • 1 sb parsley- optional
  • 1 sk garam

Bahan B
  • 1 sb tomato puree
  • 3 sb air
  • 1 c susu
  • 1 telur
  • Cheese secukupnya <- kali ni tun guna slice cheese je

Cara:

Gaul semua bahan A dalam 1 mangkuk.
Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garfu, dan masukkan air, susu dan tomato puree.
Tuangkan bahan B ke dalam Bahan A dan gaul sebati. Jangan overmix!
Masukkan dlm mapin cup, letak sedikit cheese kat tengah2, dan tutup dgn separuh lagi adunan.
Sprinkle sedikit cheese kat atas kalau suka.
Bakar 220 C, selama 12 minit atay hingga keperangan2.

Sedap dimakan begitu saja atau dgn sos cili. nyumm!!

tgk laa cheese yg cair kt tgh tuu ^^

Friday, June 24, 2011

Puding Keju yg Sgt2x Sedap!

Assalamualaikummmm~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Weeeeeeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~ mari makan puding keju yg sangat sangat sangattt sedap nih.. siyes sedap weh..rasa lemak2 manis gitu . x caye? meh amik sorang satu yg kecik2 tu.. beberapa hari duk terbayang2 puding nih, semalam gi kedai, biskut cheese ni laa yg mula2 di cari.. hihi.. ingat nk wat semalam, tp ter-stuck depan tv tgk bola ngan my laling. pagi ni baru wat.. so by lunch dh cukup sejuk utk makan.. sedap sgt! my laling makan sepiring sekali hadap je.. hihi..

tq kat tuan resepi AlongRoz, dan juga kak nor yg menyebarkan virus puding keju dgn jayanya.. hihi.. me cnp ye.. me wat separuh adunan dan follow sebijik2 apa yg kak nor wat..


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur ~ utk 1/2 adunan, tun letak sebiji je telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)


sedap!!! jom makan jom ^^

Sawi Tumis Air


Assalamualaikumm~~

dah masak tghari ke semua? tun blom siap masak lagi.. ni lauk semalam, mkn ngan ikan tumis tempoyak.. me kalau wat masak ikan yg kering2 (xde kuah) mcm sambal atau bakar ngn air asam, mmg akan masak sayur air.. biasa masak bayam atau petola sayur air.. ni 1st time masak sawi tumis air.. biasa me beli sawi ni utk wat me goreng atau mee sup. kalau goreng sawi ni mmg me x suka makan, sbb rasa dia jadi pahit. hehe. mengada2 betol.. tp me pk sawi ni bila masuk dalam mee sup mmg sedap, so mesti laa sdap jugak bila wat sayur air kan.. (panjang pulak intro nyer.. dh la ckp belit2.. huhu)..

ok.. tulis cepat2 sbb nk gi masak pulak pasni.. lama duk pk td nk masak apa ngan ikan cencaru nih.. nmpk gaya mkn pas jumaat laa arini..

me tulis resepi sawi tumis air ni ye..

Sawi Tumis Air
by: tun_telani

Bahan2:
  • 2-3 pokok sawi - kerat2, asing daun dan batang
  • 1 bj bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 cm halia*
  • 2-3 sudu besar udang geragau kering* (blh ganti ngan ikan bilis)
  • sedikit suhun/su'un - rendam dan toskan
  • Garam

Cara2:
  • Tumbuk bahan2 bertanda * dan tumiskan.
  • Masukkan sedikit air bersama dgn batang sawi.
  • Masak sampai agak lembut.
  • Masukkan daun sawi, suhun, dan masak didihkan sebentar.
  • Perasakan garam.

Gelama Masak Sambal


Assalamualaikumm~~

Morning ^^ pagi ni nk tayang lauk yg dh terperap 2 hari dlm folder. huhu.. n3 tertunggak sbb kasi laluan kt cookies aritu. xnk ckp byk2, me nk mengemas umah pastu nk wat pudding cheese ^^ ingat nk wat semalam, tp terlekat dpn TV tgk bola ngan my laling.. tahniah harimau muda, kerana berjaya menewaskan lebanon 2-1 ^^ semoga berjaya ke olympic.

meh tgk menu yg sgt2 simple, sesua di buat time kehabisan idea ataupun bila brg2 dapur dh nk habis. hihi..

Ikan Masak Sambal
by: tun_telani

Bahan2:
  • 3-4 ekor ikan - tun guna ikan gelama
  • 1 bj bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inch halia *
  • sedikit belacan- goreng dahulu *
  • 4 sb cili giling- lebihkan jika suka pedas
  • sedikit air asam jawa
  • garam
  • gula

Cara2:
  • Goreng ikan bersama garam dan kunyit. ketepikan.
  • Blend bahan yg bertanda *.
  • Tumis bahan2 yg diblend bersama dgn cili boh sampai pecah minyak. Masukkan gula sedikit dan tumis lagi.. (tujuan utama masuk gula ialah supaya warna dia jd cantik, merah pekat).
  • Masukkan sedikit air asam jawa, dan perasakan garam.
  • Bolehlah digaul ikan dalam sambal, atau just tuang sambal atas ikan tu =)

** tun akan makan lauk ni dgn sayur air, baru laa sedap ^^

Thursday, June 23, 2011

Ikan Kembong Tumis Tempoyak


Assalamualaikum~~

arini lambat sket bersiaran.. pagi bgn lambat, past sahur dan subuh td try gak utk tak tido, tp punya laa ngantuk, tewas jugak akhirnya.. huhu.. pastu, kemas2 umah jap, then kuar gi bandar. perlu post some stuff to my supervisor. pastu dh alang2 kuar tu kan, pergi round2 laa kan.. hihi.. balik dh penat dah..

pagi td nmpk cik mat gebu msk ikan bawal tumis tempoyak nih.. terliur je tgk, sbb xde ikan bawal, me guna ikan kembung je lah. sedap jugak.. me tgk CMG ada jugak wat kembong masak tempoyak b4 this. xnak tulis byk2 sbb pasni nk marathon BW.. xleh kalau x BW, nnti windu. hihi..

me cnp je laa =). tq wat CMG sebab selalu share resepi best2.



Ikan Bawal Tumis Tempoyak
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 ekor ikan bawal putih, disiang dan cuci bersih* <- tun guna 2 ekor ikan kembong
Sedikit kunyit serbuk*
Sedikit garam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, mayang halus, tinggal kan sedikit untuk hiasa
2 biji cili padi, hiris halus, untuk hiasan <- lupa nk letak
1 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris halus*
1/2 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi merah thai*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal digoreng hingga kuning keemasan. Angkat, toskan dan susun dalam bekas sesuai. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan tempoyak, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
  2. Masak dengan api kecil hingga garing. Masukkan daun kunyit hiris, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan bawal tadi dan ratakan. Tabur dengan hirisan cili padi dan juga hirisan daun kunyit yang diasingkan tadi. Hidangkan segera...

ps: gambar x omey langsung sbb td dh masuk maghrib baru sibuk nk amik gambar.. hehe

Wednesday, June 22, 2011

Chocolate Chips Famous Amos Cookies


Assalamualaikum..

tgh hari baru buka blog nii... pertama sekali tun nak ucap SELAMAT HARI LAHIR yg ke 31 buat blogger HaSue yg disayangi.. moga dgn pertambahan umur seiring dgn pertambahan amalan utk mencari keredhaanNya.. walaupun baru beberapa bulan kenal, dan hanya di alam maya, terasa sgt laa dekat di hati.. ^^ masa mula2 tun stat aktif blogging awal tahun aritu, kak sue adalah org yg pertama sekali yg komen kat n3 tun.. terasa sgt terharu.. semoga persahabatan ini kekal selamanya iA =)

back to my choc chips ^^ semalam telah digoda dgn jayanya oleh kak naz.. pagi2 tgh melapar tu, dia dh tayang cookies.. mana blh tahan.. walaupun dgn meroyan nk wat puding keju kak nor, tp sbb x cukup bahan, me membalas dendam dgn wat cookies ni ptg semalam.. huhu.. lg pun, nk kasi kt akak blok sebelah (wife pegawai kt sini).. cuti bersalin dia dh nk habis, so pg ni dia nk blk semenanjung.. sob sob... hilang sorg kawan.. me wat cookies ni utk dia wat bekal tgh jalan.. hihi..

mmg sedap nih.. rasa dia lbh kurang je ngan cookies yg me biasa buat (refer sini), tp lagi crumbly.. sbb famous amos nyer cookies kan crumbly2 sikit.. mmg x nyesal laa buat nih ^^ lain kali blh wat lagi..

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
Resepi : mrnamie.com
Sumber: Kak Naz COSK


Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
tun xde stok kekacang, jd x letak.. kalau ada sunflower seeds mesti lg sedap nih ^^

Tuesday, June 21, 2011

~ interlude~~~ ..cicak-cat??


Kisah benar di suatu pagi yg aman damai..


oyen sedang menikmati permandangan yg indah...


tiba-tiba....


oyen: ehh.. oni tgh wat ape tuhh??


oni: muahahaha.. tunjuk skill baru... imitate cicak!!


oyen x puas hati...
oyen: muahaha.... boleh wat jugakk...

tapi...

oni: skill ni mmg xde org blh challenge.. nmpk cam cicak betoll


.. oyen pun surrender.. mmg aksi yg mencabar n x dpt di tiru...

hihi..

tp oyen ada skill tido cara acrobatik..

omey... hihi....


ps: kisah berlaku pagi tadi.. kui kui...

Monday, June 20, 2011

Double Chocolate Muffins


Assalamualaikummmm~~~~~~~~~~~~~~~

Wat mapin ni petang semalam.. kn pagi me wat roti jala kan, me meninjam serbuk kari dr jiran tetangga.. kui kui.. tgh2 bersiap2 nk masak baru terperasan rempah kari xde (biasa ada byk je stok yg x abih, tu yg confident ada rempah kari..).. so me pun menggelabah aa menelepon jiran blok sebelah (blok me ni xde org... hihi).. nasib baik laa ada 2 jiran pompuan, nk mengharapkan budak2 bujang ni, mmg kompom x jadi laa kari me.. ptg semalam me wat mapin ni utk hantar kt jiran2 me yg baik hati itew ^^ me ingatkan nk hantar roti jala, tp x cukup lak.. huhu..

resepi ni dr buku resepi me yg dlm kotak harta karun me yg dh bertahun2 di rumah jr me tu. hehe.. siap ada conteng2 nota, nostalgia je bila baca.. me olah dr resepi asal. dulu2 dh byk kali wat, so me dh ubah ikut selera me =) nama dia double chocolate sbb mapin coklat tu tambah pulak dgn choc chips.. mmg sedap!

resepi di olah dr buku resepi 'more marvellous muffins by simon & alison holst'.

tersalah beli muffin cups yg rendah, sbb tu x isi tinggi


Double Chocolate Muffins
by: tun_telani

  • 1 3/4 c tepung
  • 2 tsp baking powder
  • 1/4 c cocoa powder
  • 1/2 c chocolate chips
  • 75 g butter
  • 1 c gula
  • 2 bj telur
  • 3/4 c susu

  • choc chip utk tabur

Cara2

  • ayak tepung, baking soda dan baking powder. masukkan chocolate chips dan gaul dgn garpu.
  • cairkan butter, dan masukkan telur, gula, dan susu. pukul adunan hingga campur rata.
  • tuangkan adunan ke dlm tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. jgn over-beat ye, nnti muffin jd x gebu, kalau still ada ketul2 sikit tu x pe.
  • tuang dlm muffins cup. taburkan choc chips kat atas. 1 adunan ni dpt dlm 12 bj muffins size biasa. bakar pada suhu 200 C, selama 10 minutes.

nah, amik sorang satu =)

Sunday, June 19, 2011

Roti Jala dan Kari Ayam


Assalamualaikummm~~~~~~~~~

Pagi td me ada halaqah kat umah.. so utk bekfes me wat roti jala =) dah lama x menjala nih, pagi2 pas subuh dh ready kat dapur.. haha.. semangat betul. last time masa gi miri me sempat mencapai botol mayonis muncung 3 ni utk wat roti jala. bukannyer semata2 sbb roti jala jd omey, tp kalau guna acuan roti jala yg tradisional tu, mmg tertekan time duk kt dapur. lambat dan selalu tersumbat. kali ni cepat ke siap roti jala nih.. suka! suka! sapa2 yg xde lagi acuan nih, blh laa pegi cari kat supermarket. me jumpa kat tempat container2 plastik dan acuan2 wat kuih. murah je, me beli ni dlm RM 2.90 je satu. me beli dua, kot2 laa nnti jd rajin nk wat belang2 2 kaler kan.. hehe..

Adunan roti jala ni guna resepi dlm mama me nyer buku yg di compile resepi geng2 dia (stok buku resepi kat umah kt kampung sgt laaa byk.. haha.. ).. lepas 2-3 kali buat, me ubah sikit2 dr resepi asal.

Roti Jala
by: tun_telani
  • 3 c air/susu/santan
  • 1 bj telur
  • 1 sk kunyit @ pewarna
  • 2 1/2 sb minyak
  • 3 c tepung gandum
  • 1 sk garam

Cara2:

  • Masukkan semua bahan dlm blender ikut urutan di atas.
  • panaskan non-stick pan.
  • masukkan adunan roti jala dlm acuan/botol, dan jalakan atas kuali.
  • Biar sebentar sampai masak (tak perlu balikkan).
  • Angkat dan lipat.
  • Boleh hidang dgn kari ayam atau serawa durian.
nota: air tu ikut jenis tepung ye kawan2.. kalau pekat sangat sampai susah nk jala tambah sikit air, kalau terlalu cair tambah tepung sikit.. biasa nya me guna dlm 3 hingga 3 1/2 cwn air.




Kalau roti jala ni, me mmg akan makan ngan kari ayam.. ada org mkn ngan serawa durian jugak, kn. me x penah try lagi. tp sbb dh biasa cicah kari, mcm pelik je nk cicah kuah manis.. ni resepi kari ayam yg biasa2 me wat. biasa campak2 je nih.. hihi


Kari Ayam
by: tun_telani

Bahan2:

  • 1/2 kg ayam- potong kecil
  • 2 labu bawang besar- mayang
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia
  • 2 sb cili giling- blh kurang kalau xnak pedas
  • 1 btg kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 4 bj cengkih
  • 2 paket kecil/ 48g serbuk kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 200 ml santan (me guna santan kotak)
  • 3 bj kentang- potong 8
  • garam n gula secukupnya

Cara2:

  • Tumis bawang, bawang putih, halia, dan rempah kasar sampai wangi.
  • Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan rempah kari dan tumis sebentar.
  • Masukkan ayam dan kentang. Biar reneh sekejap.
  • Masukkan santan dan air (ikut nk kepekatan camner).
  • Biar mendidih. Perasakan garam.


nk jemput mkn pun dh habis nih.. huhu


Sup Ayam Mama


Assalamualaikumm ^^

arini nk tayang resepi yang paling senang, ringkas, dan mudah.. erkk... bukan sama je ke maksud semua tu.. haha.. nway, ni gara2 my laling batuk2 n xboleh makan makanan yg bergoreng2.. nk wat nasi ayam xde salad dan timun lak kt umah nih.. so me wat sup ayam ni je makan ngn nasi putih.

ni sup ayam cara mama me masak. kat umah mmg x penah ada sup bunjut dan rempah sup. mama me kalau masak sup mmg guna rempah 4 sekawan je.. jd sampai skrg ni me mmg x pandai nk agak kalau guna rempah sup yg serbuk tu.

walaupun semua org pandai wat sup ayam kan, me nk letak jugak n3 ni.. ye laa, nnti kan sunyi pulak blog me ni.. hahaha... ada je gamba mapin, tp gambar yg me amik x jadi.. sob sob.. kene masak lg sekali laa baru blh letak.. sbb dh byk sgt resepi sup ayam kan, so me tulis nama dia Sup Ayam Mama ;)

Sup Ayam Mama
by: tun_telani

Bahan2

  • 1/2 ekor ayam- potong suka hati
  • 1 bj bawang besar - mayang
  • 2 ulas bawang putih- ketuk
  • 1 inch halia
  • Sebatang kulit kayu manis - lbh kurang 5 cm
  • 2 bj bunga lawang
  • 4 bj bunga cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 bj kentang- potong 8
  • 1 btg carrot- kalau suka
  • air secukupknya
  • garam


Cara2
  • Tumis bawang, bawang putih, halia, dan rempah kasar sampai wangi.
  • Masukkan ayam dan tumis sebentar.
  • Masukkan air dan ketang. Masak hingga kentang empuk.
  • Perasakam garam.