Assalamualaikummm!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D
uhuk uhuk~~ byknyer abuk! seminggu x mengapdate blog. ada virus baru ke? hihi.... my laling sampai jumaat malam aritu, so kembali keletung-keletang kat dapur. nasib baik x berkarat periuk tu lama ngan terperam kan. haha.. ingatkan boleh jugak kurus bila gantung periuk, tp sebab makan merepek2, so berat maintain je.. ye laa, mana ada org lain yg goreng kopok ikan semata2 utk lunch kan? kui kui...
tortilla nih dh lama tun usha resepi dia. xtau laa bape lama terperam dlm folder 'queue' tu. so, sempena kepulangan my laling terchenta tu, tun pun dgn rajinnyer menguli tepung dan memerap ayam.. mula2 teringat kat kepci nyer twister, tp sbb fikir byk kali nk menggoreng ayam tu, x jadi pulak. tun grill kan aje chicken breast tu sesuka hati ^^
resepi flour tortilla usha kt myresepi. pastikan gelek nipis ye, kalau tebal nnti susah nk wrap. tun frozenkan yg uncook, lapik plastik every layer. ala, yg mcm kalau kita beli roti paratha instant tu kan, haa, lapik macam tu la. pastu bila nk masak, x perlu defrost, terus letak atas non-stick pan.
Flour Tortilla
resepi: azareena@myr
sumber: tun telani
Bahan-bahan ( 12 keping ) - tun dpt 14 keping
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil baking powder
- 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)- tun letak 4 sb olive oil
- 1 1/4 cawan air suam
- Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
- Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.- tun uli guna mixer mata cangkuk
- Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
- Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
- Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.
tortilla ni sgt versatile.. filling ikut creativity masing2. kalau nk cepat tu, blh letak hotdog atau berger je.
Chiken Wrap
resepi: tun telani
Bahan2:
- 5 keping torilla
- 2 keping dada ayam- kiubkan
- 2 ulas bawang putih* - tumbuk
- 1 bj bawang merah* - tumbuk
- 1 batang serai* - tumbuk
- 1 sk madu*
- 1 sk serbuk jintan putih*
- 1 sk serbik jintan manis*
- 1/2 sk garam*
- Kobis- sagat
- carrot- sagat
- tomato- slice
- lettuce
- mayonis dan sos cili secukupnya
Cara2
- perap ayam dengan bahan2 yg bertanda * selama beberapa jam. lg lama lg sedap.. tun perap 3 jam.
- grill atas non-stick pan atau griller hingga masak. balikkan every few minutes.
- ambil sekeping tortilla, letakkan lettuce, susun kobis, carrot, tomato dan ayam td kt tengah, paipkan mayonis dan sos cili.
- gulungkan dan sedia utk dimakan ^^