Friday, March 29, 2013

Nasi Harissa


Assalamualaikummm~~~~

lunch ape arini? arini kami cuti, altho i'm such an ignorant that i dont even know what holiday it is.. muahaha... sarawak je ke yg cuti? huhu.. teruk kan? 

sungguh stress sbb selalu amik gmbr x jadi skrg.. jd kelam dan x cantik! ~X(   rasa2nya nasi pun amik gmbr 20 keping, 2 keping ni yg ok sket, tu pun perlu edit terangkan sket.. haihh..tu laa.. malas lg nk belajar n explore kamera, duk guna full auto, mmg ikut nasib la jd cantik ke tak. pastu amik gmbr atas meja study. muahaha... my house is too small to have a mini studio like others.

apa2 pun, asal ada gmbr je.. menu lunch today. ko 2 baru siap masak sbb duk wat ape sepagi tun pun xsure. skrg short term memory loss. risau pulak asyik lupa je.. shud gugel activiti yg perlu dibuat utk menajamkn minda, maybe perlu main sudoku banyak2. huhu...


back to the recipe.. nasi ni nmpk Mel tayang semalam.. terus ter-jakun sbb xpenah dgr. hihi.. pastu terasa mcm nk mencuba sbb senang je pun. bahan2 pun majoriti mmg ada kt dapur.. ketumbar tu sbb tun mmg xpenah beli (xsuka bau daun dia), so bantai letak serbuk ketumbar. hoho... masak 1 cawan beras je, so pandai2 la agak bahan2 dia :)

Nasi Harissa
Sumber: kaknor (resepi Noreen - xde link)
Sumber: Mel, tun telani

Bahan-bahan:
  • 1kg beras basmathi - tun guna faiza herba ponni
  • air ikut padat beras dan lebihkan 100ml 
  • 3 labu bawang besar - dihiris
  • 500g lobak merah/karot - diparut kasar
  • 3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
  • 2 jari kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 10biji buah pelaga
  • garam secukup rasa
  • bawang goreng
  • daun ketumbar
  • minyak atau mentega untuk menumis
Bahan2 kisar:
  • 1 sudu kecil jintan halus - tun guna jintan putih+ jintan manis
  • 3cm halia
  • 10 ulas bawang putih1sk serbuk ketumbar- tun tambah sbb xde daun ketumbar

Cara:
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau  - tun tumis sekali dgn bahan kisar
4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
5. Masukkan air dan garam secukup rasa
6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa. 

7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain


Thursday, March 28, 2013

Kari Kepala Ikan



Assalamualaikummmmmm~~~~~~~~~~~

cuti sekolah hampir2 sampai ke penghujungnya, kami kt uni baru nk start cuti sem. dan sbb dh siap tanda all the exam paper, so un-officially declare diri sendiri free from this semester ^^. owh.. for the mengajar part lah.. for the 'belajar' part, still terkial2. a bit lost sbb blm bersekempatan nk sit down with all the supervisors and decide which direction to go.. *sigh... hopefully all those Doctors can allocate some time for their poor student who became more and more concern about her progress (me la tu..)..
tun nyer sorang kepala ikan nih! hoho...

nway, arini nk tayang one of my favourite dishes. mmg sgt2 jarang dpt makan, bukan selalu dpt ikan merah yg besar dan fresh. bila tiba2 my laling beli ikan merah yg besar, mmg dh chop bahagian kepala dia nk wat kari. mmg gumbira makan sbb sorg2 dpt conquer kepala ikan. hoho... my laling x makan kepala ikan. kalu kt kg ni, sure berebut ngan my siblings. biasanya letak bendi, tp xde stok bendi pulak.

eat your vegi and LOTS of it! ^^
Kari Kepala Ikan Merah
resepi: tun telani
Bahan2
  • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
  • 2 keping isi ikan merah
  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk halba
  • 1 sk serbuk kas-kas - optional
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb rempah kari ikan - tun guna adabi - campur sedikit air utk jadikan pes
  • 1/2 cwn santan
  • sedikit air asam jawa
  • air secukupnya
  • bendi- jika suka
  • garam
Cara2
  • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
  • masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas . tumis hingga pecah minyak.
  • masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.
ps: tun wajib ada sambal belacan bila makan kari kepala ikan nih ^^

Tuesday, March 26, 2013

Mee Kari II


Assalamualaikummm :)

Arini hujan dari pagi.. sgt terasa seperti ingin bergolek2 dan bermalas2an, tp sgt byk paper yg menanti utk ditanda T.T  better finished all the markings b4 being bombarded with text messages from my students tanya markah.. huhu.. 

nway.. iklan jap.. serba salah bila ada kawan2 blogger baru sudi komen kt dapur maya tun nih tp tun xdpt nk membalas komen. mmg tun akan membalas kunjungan di blog, tp kalau komen tu dlm bentuk embedded mmg tun xleh nk komen.. dh try guna server lain utk post komen tp xberjaya jugak :(  (ps: kak hafizah@suka duka kehidupan, sorry tun xleh komen kt blog akak ye).



wokeh.. arini nk share makanan kegemaran kak Mar. salah satu menu favaurite tun jugak ^^  dh few times tayang mee kari kt blog ni.. so tun letak II kat nama ni utk bezakan dgn mee kari yg buat sblm ni :)

Mee Kari II
Resepi : Kak Mar@My Mintroom
Sumber: tun telani


Bahan untuk Kuah :
  • 400 g rangka ayam - potong kecil, basuh dan toskan
  • 1 cawan santan pekat 1 kiub Ayam Knor
  • 2 keping fish cake – hiris ikut suka
  • 1 peket fishball – potong dua setiap satu
  • Sedikit tauhu pok @ tauhu sponge
  • 1.5 liter air (anggaran ) - tambah jika perlu
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu kecil gula perang

Bahan tumis:
  • 1 kuntum bunga lawang *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 2 biji bunga cengkih *
  • 6 ulas bawang merah – kisar *
  • 4 ulas bawang putih - kisar *
  • 1 inci halia - kisar *
  • 3 sudu besar udang kering - basuh dan kisar *
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan cili - kisar
  • 3 sudu rempah kari daging
Bahan dimakan bersama:
  • Sedikit puchok goring / fish cake yang digoreng - dicelur
  • Sawi - dicelur
  • Taugeh - dicelur
  • Telur rebus – potong 2
  • Cili merah/hijau - hiris
  • 1 peket mee kuning – dicelur
Cara:
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang bertanda * hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga rempah garing & pecah minyak.
  • Masukkan rangka ayam dan gaul sebati, biarkan seketika (anggaran 10-15 minit). Kacau selalu supaya rempah tak hangus atau melekat pada dasar periuk . Masukkan air. Bila dah didih, masukkan santan pekat, air asam jawa, kiub ayam dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah mendidih, masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.
  • Biarkan kuah mereneh seketika sebelum dimatikan api dapur.
  • Masukkan mee kuning dan bahan-bahan yang dimakan bersama ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.






Sunday, March 24, 2013

Cream Puff


Assalamualaikumm~~~ :)

Jarang2 bertermu di hujung minggu. pagi td gumbira sbb dpt peluang berjumpa dgn member blogger Mel@Homemade Always Taste Better.  Mel antara blogger yg baru2 je tun kenal. rasa2nya baru kenal few months ago kan, mel? duk bintulu, tp bintulu ni besar la jugak, so xpernah nk terjumpa. terima kasih kerana sudi singgah umah tun, eventho jauh.. sejam setengah dr umah mel. sbb umah mel byk pokok (dan tun mmg hebat dlm mematikan pokok yg ingin ditanam) jd mel bw byk anak pokok. weeee~~~ nk tanam dlm pasu kt dapur je. hihi.. 

nway, berbalik pada resepi.. dh lama x makan cream puff. jarang2 buat sbb xtau la nape malas betul nk buat walaupun senang. ni 1st time kot post resepi cream puff. last time buat guna resepi lain, ni 1st time try resepi zaliana@myr.. 



mcm2 bentuk ade. kecik besar pon suka hati je. haha.... tp suka tgk naik gemuks2 dlm oben.. buat besar2 jugak sbb nk suruh cepat siap. haha... :p  Satu adunan ni dapat 30+ biji cream puff.

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.



utk filling.. tun xde whipping cream bagai kt umah, jd just guna resepi yg paling simple tp tetap sedap yg biasa tun guna nih.. resepi filling utk custard tea cake.

Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Friday, March 22, 2013

Nasi Beringin


Assalamualaikummm :)

mlm2 baru berjaya update.. hari ni pagi2 dh ke uni ada lab meeting.. alhamdulillah, kawan2 baru yg bakal berkongsi lab n study room semua baik2 ^^ tp xde yg muslim. huhu.. right now still terkial2 nk digest all the info, n kenal2 all the officers yg bakal 'diminta' tolong thorough-out my phd. semoga semua berjalan lancar dan dpt habiskn this phd cepat2. aminn...

nway.. nasi beringin ni menu semalam dh.. ntah dpt seru dr mana tiba2 my laling anto msg ckp nk makan nasi beringin.. wife dia nih xpenah kenal pun nasi beringin. pernah sekali dgr org sebut, mcm lucu je nama dia. teringat kt lagu 'pohon beringin' zaman dulu2 tu.. hihi..


Nasib baik skrg zaman informasi dihujung jari kan.. so just tanya encik gugel nasi beringin ni ape. mcm2 resepi kuar. hihi.. tun try resepi yg kak ummi share nih.. sedap, rasa kombinasi nasi lemak dan nasi minyak. hihi.. mkn dgn ayam masak sambal, goreng sayur ape ntah (x dpt dikenal pasti nama dia, pakat beli je) n telur masin ^^

Nasi Beringin
Resepi: Kak Ayu (dr cik zaleha)
Sumber: Kak Ummi, Tun Telani

Bahan2:
  • 4 cawan beras basmathi
  • 41/2 cawan santan
  • 2 sudu besar minyak sapi/marjerin
  • 2 batang serai(mayang bulat nipis2)- saya titik aje
  • 5 ulas bawang merah(mayang nipis)2
  • ulas bawng putih(mayang nipis)
  • 3 cm halia(ditumbuk lumat)
  • 4 helai daun pandan
  • 2 cm kulit manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 5 butis biji halba
  • garam secukupnya
Cara Memasak:-
  1. Cuci beras, rendam selam 5 minit dan toskan.
  2. Panaskan minyak sapi, goreng bawnag hingga kuning dan wangi,.
  3. Masukkan halia, rempah penumis(kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) dan juga serai serta daun pandan. Tumis hingga harum.
  4. Masukkan santan dan apabila mendidih masukkan sekali beras dan masak seperti biasa hingga kering. Jika menggunakan periuk elektrik masukkan sekali beras sengan santan dan masak seperti biasa.
  5. Karih@ kemburkan nasi bila nasi kering. Sedap dimakn bersama lauk kari& sambal udang/sotong kering.

Tuesday, March 19, 2013

Cekodok Pisang Kembong ^^


Assalamualaikummmmmm :x

Morning ^^ arini xde exam yg tun perlu jaga, so akan berusaha menanda semua paper yg smlm. chaiyok2!! kene start marking awal2 b4 next exam. nnti pening tgk byk2 subjek. huhu... 

breakfast ape arini? tun goreng cekodok pisang, pastu brew kopi O ^^ dh lama x mkn cekodok pisang.. biasa main campak2 je, ni tiba2 tergerak hati nk cuba resepi kak besah. biasanya resepi2 kak besah ni xmenghampakan..

Gebus!!

Sungguh terharu makan jemput2 pisang nih. sgt sedap dan x serap minyak! selama ni dh mcm2 cara wat jemput2 pisang tp x penah sama ngan yg kantin sekolah.. kali ni mmg rasa sgt nostalgia.. camnih laa rasa jemput2 pisang yg di cari2 selama nih.. cewahh.. wat drama pulak.. kui kui :P 

terima kasih kak besah di atas resepi.. lepas ni akan ku sukat bahan2 nk wat cekodok pisang.. no more campak ^^

Cekodok Pisang Kembong
Resepi: Kak Besah@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1 cawan gula pasir @ gula castor - tun kurangkan
  • 1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)  - utk separuh adunan, tun letak 1 sk
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu kecik garam

Cara2:
  • dlm mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
    ayak soda bicarbonate & baking powder dgn penapis teh ke dalam campuran pisang.gaul rata2.pastu masukkan susu & tepung.tambah sedikit lg tepung jika adunan masih lembik.
    panaskan minyak yg banyak, lalu jemput2kan adunan bulat2 kedalmnya. goreng dgn api sederhana supaya dlm nya masak.bila kulit luar nmpak garing bleh lah diangkat.

Monday, March 18, 2013

Pemenang Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food ^^


Assalamualaikumm :D

Tepat jam 12 tengah malam semalam, 1st GA tun berakhir ^^ sempat lg akk sorg tu menaip n3 GA ko 11 malam ye.. hihi..

Senarai Peserta 1st GA..


Terima kasih kepada semua peserta yg sudi memeriahkan GA tun.. byk menu2 baru yg tun dapat, byk juga makanan2 kegemaran peserta yg tun pun sgt suka makan  /XD

Sekarang tun umumkan nama pemenang bertuah ye

Pemenang yang bakal menerima buku resepi Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes ini...

adalah.... jeng jeng jengggg....
no 8!!  kak Madihaa.... :D feveret food kak Madihaa adalah bubur lambuk ^^ tun pun sgt2 suka makan bubur lambukk.. siyes! tp yg mama tun buat lah.. tun buat sendiri rasa dia x bape nk sama ngan yg mam buat.. hihi.. (sbb xdpt nk kenal pasti daun2 kayu yg patut letak tuh)..

nway.. Tahniah kak..

Skrg.. pemenang yg bakal menerima buku Blissful Brownies ini...


adalah....
no. 3!! kak CT Zaliedana ^^ Tahniah kak :D Makanan kegemaran kak CT adalah Nasi Mandhi.. tun xpenah mkn smp laa kak CT tayang utk GA ni, baru tergerak hati nk mencuba. sedap :)

Sila PM alamat penghantaran di FB tun ye :)  hadiah insyaAllah akan di pos minggu ni (umah tun jauh dr bandar n dr pos office, jd kalau terlmbt 2-3 hari tu minta maap ye). tun akan msg bila tun dh pos hadiah ye..


Tahniah kepada kedua2 pemenang, dan pd yg lain, doakan tun murah rezeki utk buat GA lagi selepas ini :D  moga berjumpa lg di next GA... hihi



 

Sunday, March 17, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

**This is a sticky Post- please scroll down/ or click older post for newer entry



Assalamualaikummmmm ^^ :D

Alhamdulillah.. setelah sekian lama duk teringin nk buat GA, akhirnya, berjaya juga membeli hadiah yang sesuai :)  actually tun berniat nk buat GA since last year lagi, sbb terharu tgk jumlah pengunjung blog yg baru nk bertatih nih.. terima kasih byk2 kepada semua follower lama dan baru, xkisah la silent reader atau reader yg rajin tulis komen /please

xtau nk wat tema apa, so senang2 tun wat tema My Favourite Food.. alang2 dh blogger masakan kan.. so jemput la share mana2 makanan kegemaran korang. xkisah la makanan yg dimasak sendiri atau yg mkn kt kedai.. kalau ada gmbr makanan tu blh la share, kalau xde pun xpe.. pastu kalau yg masak sendiri tu share la resepi jugak, blh tun try buat :)

Syarat2 penyertaan:

1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru 
2. Buat n3 bertajuk -Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog tun
4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gmbr letak gambar, kalau ada resepi blh tulis resepi, tp x wajib. cerita la sket kesedapan makanan tu. hihi
5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. **** tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen di pop-up window, harap maklum.
6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.

2 hadiah berikut menanti pemenang /XD   (hadiah sorang satu ye.. jd akan ada 2 pemenang)

Buku resepi yg sgt awesome dgn gambar yg sgt cantik! 

Cupcakes, Cookies, and Coffee Cakes
- bukan semua resepi ada coffee ye, ni maksudnya kek2 yg sedap bila diminum dgn kopi/nescafe ^^


Blissful Brownies
-full with mouth-watering brownies for every occasion ^^

So, food lover, jom beramai2 join GA tun ni ye ^^ 
Pemenang akan dipilih secara undian rawak ye.. hadiah akan di pos melalui registered pos :)


UPDATE SENARAI PESERTA setakat ini :x


 pada yg blm join..jemput join ye.. xperlu n3 panjang pun :)




Wednesday, March 13, 2013

Nasi Goreng Tom Yam Express


Assalamualaikummm :D

tuan rumah mood happy sbb laling balik dr outstation arini.. hihi... bosan duk umah bila xde org balik nk balik lunch mkn sama2. kalau kelas full day pun tun akan blk umah time lunch, hoho... walaupun duit minyak kereta rasa mcm air yg mengalir.. huhu.. wahai menteri2 sekalian, jgn la naikkan harga petrol, pokai nk ulang-alik gi uni.. umah ke uni 20 kilo one-way, kalau kelas whole day, dh 80km ulang alik sehari. 

nway, pesal bebel pasal harga petrol pulak nih? ni mesti sbb dgr khabar angin harga petrol naik nih.. gaji naik, harga barang2 lg byk yg naik compare to gaji. betul x?

kosong je xde hias2. hihi..

ok la.. menu bodo2 time dinner 2 hari lepas.. biasa masak sekali hari je. msk lunch lebih supaya dpt simpan utk dinner. tp bila tiba2 lauk rasa extra sedap, dan termakan habis licin masa lunch, mmg dinner nasi goreng je lah.. hihi

nasi goreng ni express sbb guna tom yam paste je. hoho.. biasa tun wat tom yam jarang2 guna paste. ni beli jugak la paste tu in case nk cepat sgt kan.. resepi ni sedap bg tun, sbb tambah susu sejat sket, kalau nk tambah santan pun sedap jugak :)

Nasi Goreng Tom Yam Express
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi - ikut tahap kepedasan masing2
  • 2 sudu teh tom yam paste (tun guna Peace Brand- dlm botol kaca, mmg pure made in thailand n halal)
  • 1 sk sos tiram
  • Isi ayam/udang/sotong secukupnya.
  • 2 sb susu sejat
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Garam atau Sos Ikan secukup rasa

Cara2
  • Tumbuk bawang putih dan cili padi.
  • Tumiskan bahan tumbuk tadi. Masukkan tom yam paste dan tumis sebentar.
  • Masukkan sos tiram dan ayam/udang/sotong. Tumis hingga masak.
  • Masukkan susu sejat dan sayuran pilihan. Tumis sekejap.
  • Masukkan nasi dan gaul sebati.
  • Perasakan garam atau jika suka gunakan sos ikan.
  • Sedia utk dihidang.

Tuesday, March 12, 2013

Udang Mayo



Assalamualaikumm :D

n3 cepat2 je.. baru balik dr uni, sakit kepala sbb sgt panas!/blur

my laling outstation sampai khamis, so chances is all the pots and pans in the kitchen akan bercuti. haha... :p i'm too lazy to cook if there's no one to be fed. diri sendiri blh makan merepek2 je. hoho.. tp td tengok kuih serimuka kak nik ja (ie: mokwo) mcm terliur la pulak..

nway, kate n3 pendek2 je kan..masak udang ni sbb terliur nengok udang dlm entry GA kak rohaisha.. kalau dh feveret food tu sah2 la sedap kan.. resepi ni sgt simple dan sedap.. aft 15 minit dh blh makan.. kalau balik umah masa lunch pon sempat masak, mkn, then gi keje semula nih. hihi..

owh.. sapa2 yg blom join GA 1st tun, blh singgah ke SINI kot2 la tergerak hati nk citer pasal feveret food kan :D


tq kak rohah kerana berkongsi resepi kegemaran akak.. pasti ada ulangan menu nih kat umah tun ^^

UDANG MAYO
Oleh: Kak Rohah

Bahan-bahan:
  • 600gm udang
  • 1 labu bawang besar holland/merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 tangkai cili hijau | hiris
  • 2 inci halia | hiris halus memanjang
  • 2 sudu besar mayonis
  • Sedikitserbuk kunyit (sedikit je tau)
  • Sedikit air (Sedikit je ye)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan:
1.Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang.Cuci dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
3.Masukkan serbuk kunyit bersama udang.Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
4.Tuang sedikit air (sikit je), masukkan mayonis dan gaul rata.
5.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Matikan api dan hidangkan.

Nota:Udang tidak perlu dimasak terlalu lama.

ps: kuah tun terkering sket.. huhu..

Monday, March 11, 2013

Tepung Pelita yg Sedap ^^

Assalamualaikumm~~

 Tepung pelita yg ni antara kuih wajib masa bulan puasa :) sgt senang nk buat dan semua orang pun suka.. bila bawa ke majlis buka puasa kompom paling cepat laku. hihi... 

dh lama xbuat tepung pelita nih, tp bila kak rose join GA dan tunjuk tepung pelita ni, terus duk terbayang2 depan mata.. nasib baik bekas kecik2 ni ada lagi, kalau x, terpaksa gi kedai beli bekas pulak.

1st GA tun masih dibuka utk lg seminggu tau.. jemput la join.. klik SINI.. tq pada yg sudi memeriahkan :x



sama mcm kak rose, tun pun guna resepi kak Yani nih :)

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: kak Yani @myR
sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahan ( tun dpt lbh kurang 20 bekas kecil)

 Lapisan bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air - tun guna 1sk pandan paste
  • sedikit kapur dan sedikit garam

 Lapisan Atas
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 2 sb tepung ubi
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan - tun guna 1cwn santan kotak + 3 cwn air 
  • 1 sk garam

Bahan tambahan
  • Gula utk diletak ditgh2 lapisan - tun letak 1/4 sudu kecik gula

Cara-cara

Lapisan bawah
  • Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  • Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. tun masak smp dia letup2 dlm kuali
  • Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  • Taburkan gula atas lapisan jika suka
Lapisan atas
  • Perah santan, masukkan tepung dan garam. Kacau sehingga sebati.
  • Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. yg ni pun tun masak smp letup2 dlm kuali
  • Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  • Sejukkan

Friday, March 8, 2013

Nasi Mandhi


Assalamualaikumm /XD

Bertemu di hari jumaat yg penuh keberkatan.. ni menu lunch arini, biasa jumaat mmg msk special sket. dh lama glemer nasi mandhi ni, tp tun x sampai seru nk buat. lg2 tgk resepi yg mula2 kuar tu ada pakai arang segala bagai, lg laa tun lemau nk buat.. hihi.. 

tp bila kak CT Zaliedana wat n3 nasi mandi sbg menu favourite dlm GA tun, terus terasa mcm nk buat :) seronok tgk makanan favourite semua org. ptg ni nk wat tepung pelita pulak sbb teringat2 bila kak rose letak n3 tepung pelita favourite food dia, kali last tun buat masa bln puasa last year. 

owh.. pada yg belum join, jemput join ye.. klik SINI.. GA 1st tun ni akan berakhir pada 17 Mac :D


Nasi Mandhi

Sumber: kak noormasri
Sumber: kak CT Zaliedana

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min - tun guna faiza herba ponni
  • 4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
  • garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
  • sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning

Bahan utk menumis:
  • 1 sudu besar minyak sapi - tun guna marjerin
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
    Kulit Kayu Manis n bunga lawang - tun tambah ikut kak CT
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 1 ulas bawang putih- dimayang halus
  • 1in Halia- tun tambah ikut kak CT
  • 2 Helai Daun Pandan Disimpul - xde
  • 2/3Pokok Daun Ketumbar - xde

Cara membuat:

  • Beras dicuci kemudian ditoskan
  • Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
  • Goreng hingga naik bau/kekuningan
  • Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
  • Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
  • Kemudian gemburkan nasi guna garpu
  • Sedia dihidangkan bersama lauk pauk



Stok Ayam (utk masak nasi)
  • 1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
  • 2 inci halia - diketuk
  • 1/2 sudu kecil serbuk zafran - tun ikut kak CT guna kunyit je
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil cengkih
  • 2 helai daun Bay
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

  • Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
  • Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang

Bahan Perapan:

  • 1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil garam
Cara membuat:
  • Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
  • Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
  • Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.
  
Sos Salata


Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar
5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.
Gula secukup rsa aku add

Cara penyediaan:

Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.
 
HomeMade Rempah Kabsah  
(Sumber Raidah)

Bahan - bahan:
  • 1 sudu makan bunga cengkih **
  • 1 sudu makan lada hitam **
  • 1 sudu makan jintan manis **
  • 1 sudu makan jintan putih **
  • 2 sudu makan biji ketumbar **
  • 1 sudu makan buah pelaga **
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh kunyit
Cara penyediaan:
1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.
Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa.
Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

Tuesday, March 5, 2013

Apam Polkadot yg dh jadi corak2 lain.. hihi


Assalamualaikummmm :D

hihihi.. sape2 yg fren ngan tun sure perasan yg apam ni dh berzaman tun buat.. muahhaha.... tiba2 duk tenung2 gambar ni, rasa mcm x post lg kt blog. saje2 letak n3 sbb xnak blog bersawang..

Owh.. iklan GA dulu.. buat pertama kali tun buat GA.. sila2 join ye.. buka 2minggu sampai 17 Mac ye.. KLIK SINI. tq pada yg sporting dan berbaik hati dh letak n3 GA tun.. 


tun after lebih setahun duk tenun2 apam polkadot ni, baruuu laa dpt aura kerajinan nk membuat.. tun mmg spesis keras tangan x sgt malas nk wat kuih2 yg perlu perhatian lebih ni.. kalau blh campak2, semua pon nk campak2 je. hihi.... bila dh dpt kerjinan tu, tun stat dgn guna resepi apam feveret tun, apam marmar.. sah2 la kembang sejembak kan. hoho... 2nd time guna resepi yg di-claim sgt lembut dan kekal gebu.. tp bila tun buat, x menepati cita rasa.. :( huhu...

so, kali ke 4 kot, tun try resepi kak hana nih. ramai yg guna resepi ni.. alhamdulillah, byk2 resepi, yg ni paling puas hati ^^  tun buat 1/3 resepi je.. hihi

RESEPI APAM POLKADOT
sumber asal : kak.lilydvalley
olahan idea : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum - kurangkan sedikit jd 250g
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan sedikit 200g
  • 170 gm susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.
ni gaya pemalas nk mengedot.. lepas dh letak semua adunan dlm papercup (sudukan je), letak pewarna dlm belen adunan.. pastu guna chopstik je lakar2 atas apam.. hoho