Assalamualaikumm... :)
Lama menyepi, tup tap tup tap dh hari last bulan 2. rata2 tau tun blk kampung kan, dh balik sini wiken lepas, tp biasa laa, dh lama cuti tu sah2 la kerja bertimbun menanti. stress je nengok keje byk ngat. huhu... tp sbb xnk blog bersawang, tun curi2 masa mengapdate. nnti lepas ni nk BW kejap :)
arini kita minum petang dgn donat kak
izah yg senang sgt nk buat nih.. rata2 ramai blogger dh mencuba resepi
ni, tun pun masa awal2 kak izah tayang dgn penuh semangat menerai, tp x
ter-amik gambar. kali ni buat amik gmbr dulu b4 makan. hihi..
jemput semua. baru lepas goreng nih, panas lagi ^^ wat donat biasa dan pau goreng :D tun uli guna mixer mata cangkuk.
Donat Lembut
resepi: kak izah
sumber: tun telani
Bahan2:
- 2 sk yis mauripan
- 1/4 cawan air suam
- 1sk gula
- 3 cawan tepung gandum
- 4 sb gula
- 1/2 sk garam
- 2 sb susu tepung
- 1 biji telur
- 1/2 cawan air - kurang lebih
- 2- 21/2 sb butter / marjerin
Cara2:
- Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
- Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
- Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
- Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
- Sedia dinikmati.
- Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.