Friday, December 30, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake



Assalamualaikumm~~~

morning! pagi ni pun n3 cepat2 sbb tun nk siapkan scientific poster utk supervisor tun. kek ni tun buat utk jamuan makan2 masa kt kampung aritu.. gambar x cantik sbb x sempat nk cari angle with cahaya yg elok. just snap je bila dh letak atas meja dgn makanan2 lain. kek yg di request oleh my sister, buat makan2 sempena dia dpt straight As PMR, sekali gus la dgn my younger brother Afun's bday, n Chen yg dpt 5A upsr aritu. 3 biji kek sekali.. hihi.. Alhamdulillah, semoga semua pun terus berjaya dunia akhirat.. 

kek resepi dari alma ni sgt glemer! tgk la laporan masakan yg byk kt myr.. sbb last time dh berjaya buat Slice Cheesecake, so kali ni agak confident la utk buat kek yg perlukan keayuan dan lemah gemalai masa mengadun kaup balik tu. hihi.. mmg selembut kapas! tp adik tun kata kurang manis, maybe sbb tun main agak2 gula dia.. hehe.. maklum la, kat kampung xde penimbang digital. jumpa blueberry filling dlm peti, so buat deco kt atas.. 

kek yg lembut! gambar x elok, so x nmpk sgt kegebuan dia..
Cotton Soft Japanese Cheesecake
Sumber: alma@myr

Bahan-bahan ( 8-inci )
 
Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
 Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara
  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje). 
 notes: utk 1 adunan ni, tun dpt 1 loyang 8", pastu sbb nmpk penuh sgt, tun letak 2/3 loyang dan yg baki dlm 8 acuan muffins.

Thursday, December 29, 2011

Cucur Kelapa


Assalamualaikum~~

n3 cepat2 je nih.. saje gatal tangan nk mengapdate ;p pagi td bekfes cucur kelapa yg sedap! tp gambar ni amik masa buat kt kampung aritu. just after kak Q tayang cucur kelapa dan tun dgn jakunnyer terus menerai sbb x pernah mkn. kebetulan baru je wat lempeng kelapa dan ada lebih kelapa parut. bahagia bila duk kat kampung, senang nk cari kelapa parut yg putih je..  mmg rugi la sape2 yg x makan ni, sedap betul! siyes.. tun pun x tau camner cucur kelapa blh jd sedap cam gini. haha.. promote baikk punya kan.

pagi tadi buat guna kelapa kering je. sedih sedih.. tp sedap jugak. sbb tun tambah santan. ye laa, beza kelapa kering ngan kelapa fresh dan sbb santan dia dh habis di perah utk wat santan kotak. so, nk rasa sedap ala2 santan fresh, tun campurkan sikit santan kotak. x byk pun, dlm 2-3 sudu je. tq kak Q ku cayang sbb kenalkan resepi nih.. kalau x mmg xtau la kewujudan resepi kampung yg sedap nih.  separuh makan cicah gula, separuh ngan sambal sardin. sedap!


CUCUR KELAPA
Resepi: kak quinnie

Bahan2

2 cawan kelapa parut - kalau guna kelapa kering, tambah 2-3 sudu besar santan
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air panas
1/2 cawan air biasa
1 sudu kecil garam

Cara2

1. mula2 masukkan kelapa..tepung dan garam kedalam mangkok..kemudian kacau2 biar rata....lepas tu masukkan air panas dulu..kacau2 rata..akhir baru letak air biasa....kacau2 la hingga sebati...lepas tu tutup adunan dgn pinggan ke apa ke..janji bertutup...biarkan kejap dlm 10 minit.

2. panaskan minyak..api kecik je...sudukan adunan bulat2....dah  penuh dlm kuali tu...baru kuat kan skit api tu..sederhana je..jgn kuat sgt nanti hangus....masak la hingga kekuningan.

3. boleh makan cucur kelapa dgn gula atau pun kuah kari pilihan anda....kalau nak buat versi cucur kelapa ni manis pun boleh jugak..taruk la dlm 1 sudu besar gula kat dalam dia....
 nota tun: tun suka cucur yg padat2 sket rasanya, jadi tun guna air biasa je, x guna air panas. tp bila guna kelapa kering, tun rendam kelapa kering dlm air panas dulu, pastu baru tambah bahan2 lain.. ikut selera masing2 la ye =)

Back in Bintulu...

Assalamualaikumm~~

kembali bersua selepas suam2 kuku sejak pulang ke kampung halaman terchenta. sekelip mata je rasanya hampir 3 minggu duduk di kampung. terasa xnk blk bintulu pun ada jugak, tp apa kan daya, tp tempat isteri tetap disisi suami. mmg ralat meninggalkan rumah. lagi2 bila abah n mama agak kurang sihat sejak blk dr menunaikan haji. rasa mcm nk stay je kt kampung, mlm2 boleh picit2 kaki abah, urut2 belakang mama. duk jauh2 terasa sedih sgt, xtau mcm mana nk balas jasa abah n mama. x dapat nk selalu pulang ke kampung. hopefully nnti my hubby dpt transfer somewhere closer to home, biarlah org ckp stay kt sabah sarawak cepat naik pangkat kalau x minta blk ke semenanjung, family is more important than money. kalau dpt blk rumah sebulan sekali pun me dh bersyukur.

.
.
.
awal2 pagi dh emo ni nape? huhu..  menu2 byk yg duk KIV dr kampung.. tp skrg nk tunjuk hadiah GA dr ila cheqsue, smlm sampai parcel. duk pikir jugak, sape yg bagi.. dh lupa pasal GA tu sbb thats a couple months back, ingatkan cheqsue pun dh lupa. hoho..


comel je hadiah.. ada fridge magnet dr CH, keychain, ice-cube mould, dan pengacau air (mende name dia tun xtau..).. tq =)

n3 masak2 dr kampung akan menyusul kemudian,, windu nk BW.. ada virus baru yg tersebar x? hihi..

Wednesday, December 21, 2011

Roti Sosej je


Assalamualaikumm~

semalam gi mengikut pak sedara menjalankan misi menjejaki durian di Sungai Lembing. mula2 malas pergi sbb jauh betul gi makan durian. tp dh alang2 duk kt kg ni, ikut je la.. pagi2 gi umah dia kt semambu (kuantan), pastu br ke sg lembing. mula2 teringat kat kak izah, lupa dh kg kak izah kt sini ke kat lain.. (rupa2nya kg kak izah bkn sg lembing, tp kuala lipis, jauh bezanya tuu.. nasib baik x hntr msg kat kak izah ckp duk kt kg dia. kalau x mesti malu sendiri.. kui kui..)

balik dr marathon cari durian dh petang, pastu dh terasa x sedap badan. huhu.. mmg tun biasa mkn seulas dua je, tp sbb cepat muak. kalau mkn pulut durian baru laju sket.. maybe xsedap badan sbb terkena hujan pastu seharian tu mkn durian je, x mkn makanan lain.. so mlm td awal2 dh tido, x sempat nk ber BW.


arini tayang roti je.. kdg2 dh kehabisan idea nk bekfes apa, so bila ada sosej ni mmg penyelamat sket. semua org suka makan. nk letak resepi pun mcm x worth menaip je. semua org pandai kan.. lenyek2 roti gardenia, letak sosej rebus ngan cheese sket, gulung2, sapu telur n salut breadcrumbs. kali ni tun ikut style kak nor, sapu telur kat roti instead of celup roti dlm telur. mmg jimatkan telur. tq for the idea kak nor ^^

ok laa.. nk gi marathon BW ^^

Monday, December 19, 2011

Slice Cheese Cake- 1st trial


Assalamualaikum ^^

dh nk petang baru blh ngadap nih.. pagi td kuar ngan adik2, pastu blk terus ke dapur prepare lunch. alhamdulillah, kenyang dh ni blh duk bersandar depan lappy. hoho... buruk beno bunyinyer kan.. nway,  kek ni projek ngan adik tun semalam. berdebo jugak sbb 1st time buat. tun bila kek yg kene wat meringue pastu kaup-balik nih mmg berdebar nk wat, takut x jadi.. ye la, tuannyer kalau nk lemah lembut  dan kacau secara ayu nyer mmg fail sket, takut terover mix, jd dense pulak.. 

buat ni pun sbb masa gi ronda2 ngan my sisters kt bandar, lalu la kt bakery. bdk 2 org tu sibuk ckp ada kek baru yg sedap, Osaka kek.. gi la beli utk rasa.. mak aii, punyer la mahai.. dia jual dlm cup cake kecik, 2inggit lebih sebijik. 6 bijik 12inggit.. ish ish.. bila tun rasa tu, mmg lembut dan gebu, pastu ada rasa cheese sket2.. terus terbayang slice cheesecake ni ngan japanese cotton cheesecake. mmg rasa sebijik la, cuma dia letak cream filling.. xtau lg camner nk letak cream filling dlm kek nih.. hehe... kalau ada sapa2 yg pandai nnti ajar tun ye =)

ok laa, utk 1st time ni tun wat slice cheesecake dulu, esok nk try japanese cotton cheesecake pulak. tun guna cheesedale, mmg satu kesilapan sbb agak masin cheese nyer.. hehe... bila mkn plain mmg agak terasa la, bila nk makan adik tun tabur icing sugar. haha... 

panjang pulak cerita. mesti buhsan org baca.. sorry lah ye.. dh lama usha resepi kak ros JM nih. tp sbb kt umah ni ada telur gred A je, so tun usha2, jumpa resepi yg kak hasue dh kirakan bila guna telur A. bahan2 ikut kak sue, cara2 tun guna kak ros nyer. tq buat kedua2 akak cayang ^^

selembut kapas!

Slice Cheese cake
Resepi: Onigiri@myr
adapted by: kak haSue


Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft - cheesedale masin! x sesuai guna
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus - 1/2 cawan
  • 110g tepung gandum - 1 cawan + 1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin


Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

Friday, December 16, 2011

Simple Tiramisu


Assalamualaikum~~

sebelum berehat di hujung minggu, tun nk tayang tiramisu yg tun buat 2 hari lepas.. tiba2 adik tun ckp nk makan tiramisu, so petang tu jugak menjejaki kedai bakery beli cream cheese, whipped cream ngan sponge cake mix. hehe.. malas nk buat sendiri, takut x jadi. still guna resepi umie@myr, sbb senang dan sedap. cuma kali ni tun tambah lemon juice, jadi lagi sedap ^^

last time tun guna eggless choc cake, mmg x sesuai rasanya. cepat sgt muak. mmg kek yg moist x sesuai guna utk buat tiramisu. kalau xnk buat kek, beli je sponge kek kt kedai. ni tun amik short cut guna sponge cake mix je. sedap jugak..


Tiramisu Simple
Sumber: umie@myr

Bahan2:


  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek - jgn guna moist kek, nanti muak
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan- tun grate chocolate
  • 1 bj limau nipis, amik jus - tun tambah
Cara2

  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu- masukkan jus limau nipis n pukul sebati
  4. Potong kek pada 3 bahagian
  5. Susun 1 bahagian dalam bekas
  6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
  7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
  8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  10. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Donat Keledek


Assalamualaikum ^^

bertemu kembali di pagi jumaat yg penuh berkat.. tengah mlm semalam hujan start turun dgn lebatnya, selepas 2 hari cerah. skrg ni pun still kesejukan lagi. tp pagi ni berjaya mandi.. haha.. musim2 tengkujuh ni nk mandi mandi pagi perlu kan ketabahan. kui kui... ;p

ok laa.. xleh ckp lama2. nk masuk ke dapur awal sket nk perap ayam. maklum la, hari jumaat duk kt kg ni mmg biasanya masak special sket. nnti balik dr semayang jumaat mesti chen straight ke dapur with high expectation =)

buat keledek ni utk minum petang 2 hari lepas. ingat nk letak smlm, tp ter-over excited nk tunjuk cinnamon pull apart bread tu ;p buat donat ni sbb nk menyelamatkan keledek yg adik tun beli masa gi lawatan sekolah ke cameron, dh berminggu dlm peti tu. kesian pulak tgk.. ada mcm2 jenis ubi. tgk keledek oren teringat kat donat keledek kak nor. mmg sedap dan lembut! tp xtau la bila dh sejuk mcm mana, sbb habis sekali hadap. hoho.. tp kalau donat kentang bila sejuk pun lembut lagi, so tun expect yg ni pun sama. tq for the recipe.. smlm tgk cheq sue pun buat ni jugak =)

DONUT KELEDEK
Adapted from Donat Kentang, by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin - tun letak minyak + 1 sk garam
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis - tun guna 2 1/2 sb
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket - tun guna 2 1/2 sudu kecil

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. tun guna mixer mata cangkuk
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Thursday, December 15, 2011

Cinnamon Pull Apart Bread


Assalamualaikummm!!!!!!

hihi.. excited tak bunyi salam tuu? hihi.... sama excited dgn tun yg tgk cinnamon bread tun naik kembang sejambak.. hehe... bau harum satu dapur...fuhhhh... mmg the best cinnamon bread so far.. siyes nih.. kebah demam garlic roll, terkena virus cinnamon bread pulak. hehe... semalam tgk kat dapur kak nor tu. tgk kak nor buat mmg semua pun nmpk sedap kan. tp sebagai pencinta tegar cinnamon, tun pun berkobar2 nk membuatnya. td selongkar2 dapur jumpa akhirnya cinnamon powder. jd terus sukat2 tepung n meroti dgn pantasnya.. hihi....

tun amik gmbr steps jugak sbb mmg x reti nk explain sgt.. takut x paham pulak. tp kualiti gambar steps mmg teruk sket la, sbb xde nyer nk cari2 angle dgn cahaya yg elok, dgn tangan 'berjeluah' ngan doh.. doh tun agak sticky ye.. sbb tun baca kt joy of baking, dia ckp doh mmg agak sticky, tp jgn tambah tepung.. jd tun x tambah tepung sbb dia ckp mmg hasil lembut sgt..

LEMBUT... SEDAP.... dan sgt Wangii!!
tq kak nor utk resepi.. juga pada shidah (tun x kenal lg nih..nnti tun berkenalan).. dan joy of baking.. sedap sgt2... keluar je oven, semua pun menerpa. haha..

CINNAMON PULL APART BREAD
Recipe: Joy the Baker
source : Shidah & K.Nor

For the Dough
2 3/4 cups plus 2 tbs tepung
1/4 cup gula kasar
2 1/4 sudu kecik yeast
1/2 sudu kecik garam
4 tbs butter  - tun letak 50g
1/3 cup susu penuh krim
1/4 cup air
2 biji telur (size A)
1 sudu kecil Vanilla extract

For the Filling
1 cup gula kasar ~ next time k.nor kena kurangkan sket gula - tun guna gula perang, tun pun x habiskn 1 cawan tu
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) ~ k.nor letak 1 sudu kecil jer
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ k.nor skip sbb tak ada stok - xpernah beli nutmeg
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown
Cara:
Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cups tepung, sugar, yeast, and salt. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi kedalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah di gris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.



note : dough yang the naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari. (I skipped this)

Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.






Lepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk2 utk buangkn angin. tun bahagi 2, pastu canaikan doh. 




sapu butter yg cair, pastu tabur campuran cinnamon + gula perang. kerat doh kepada 6 bahagian.



lapiskan ke enam2 lapisan, pastu kerat kepada 6 bahagian yg sama besar. susun dlm loyang.. (sila abaikan susunan yg sesuka hati tu.. hehe...)

Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehla dimasukkan kedalam oven yang telah dipanaskan.


Bakar pada suhu 175 C, selama 30-35 minit sampai lapisan atas menjadi dark brown.. tutup bahagian atas dgn aluminium foil kalau x nk terlampau garing.

Hidangkan panas... SEDAP SANGAT!!!!!!!!!!! ^^

ps: utk steps yg lebih cantik, sila pergi ke Joy of Baking.. cantik sgt gambar steps dia!

Wednesday, December 14, 2011

Lauk kampung at its best!



Assalamualaikum~~~

bertemu kembali selepas melemaukan diri beberapa hari.. hari ni akhirnya matahari mengeluarkan diri, so xde la lemau sgt rasanya. hehe...  utk menjeleskan akak dan adindaku yg x balik kampung, tun amik gambar lauk feveret bila duk kat kampung~ ikan singgang ^^

Masa duk kat kampung je dpt makan nih.. pernah buat sekali guna ikan kembung kt bintulu, tp x kick.. my laling x suka sgt makan ikan singgang, x biasa agaknya. tp kiteorg mmg membesar ngan lauk nih.. dpt nasi panas, ikan singgang, ikan goreng garing2 pastu cili padi. pergh.. mmg kopom licin nasi seperiuk..

tun xpandai sgt buat ni. rasa dia mesti x sama duk ngan mama nyer.. xtau la nape. padahal bila tgk org wat punyer laa senang nih. kali ni suruh adik tun yg masak, sbb mama demam.  

siap ada budu tuuu.. (tun x makan pun.. hehee)

Ikan Singgang
resepi: mama tun

Bahan2:
ikan selayang
bawang merah- optional
bawang putih
asam keping
lengkuas
air secukupnya
garam

Cara2:
Rebus semua bahan hingga mendidih,
perasakan garam

*** hehe... semua bahan main agak2 ye.. sbb tun x pandai buat ni, jd tun pun x reti nk agak berapa byk bawang, lengkuas etc.. hoho...


tgh2 hujan mmg sedap mkn nasi ngan ikan singgang nih. mkn pulak ngan cili padi.. terangkat!! tgk laa betapa lebatnya hujan kt sini.. alhamdulillah x banjir..



bila masak lauk ikan singgang, masak nasi lebih pun sure habis punyer.. sbb semua lauk licin masa lunch, dinner terpaksa la masak lain.. buat pizza je, senang dan cepat.. resepi pizza klik je kat tepi tu..

Sunday, December 11, 2011

Live from kampung ^^

Assalamualaikum~~~

tuan dapur bersiaran dari kampung halaman terchenta... sebab tu sangat2 slow BW, siap merangkak lg.. bukan sbb tenet lembab tau, sbb lappy ku di-anak-tirikan bila duk kampung nih.. hehe.... mengganggu ketenteraman adik2 lg best dr ngadap laptop.. hoho ;p

 kepada yg sudi menjenguk, insyaAllah kunjungan balas akan dilakukan walaupun slow.. terima kasih kerana sudi melawat2 ^^ sini sejukkkk... hujan xberenti. semalam siap mandi hujan lagi.. kui kui... lama betol x mandi hujan, jangan xtau, siap basuh kereta dlm hujan. muahaha... xde keje cari keje la tu namanyer..


HUJAN!!!

semalam seharian hujan, mmg naik air sket, tp bila hujan xlebat sgt dia surut sikit.. umah kat kampung ni tinggi, jd iA xde problem masuk air. cuma kalau dh 2-3 hari lebat tu kereta perlu la keluarkan parking kat jalan sbb takut masuk air kat enjin.

Owh.. akhirnya berjaya makan bubur asyura versi ganu! nyummy!! cakap2 ngan mak sedara 'xde ke sure (bubur ayura la tu)'.. xsampai sepuloh minit my cousin dh dtg umah hantar sebekes.. hihi.. thank you ^^ hilang rindu nk makan.. xde la minat sgt sebenarnya, tp bila lama x mkn ni rindu pulak kt asyura nih.. versi ganu mmg letak macam2, ada rempah, kekacang, daging, ikan. semua laa campak dlm tu.. yg pasti perlu gotong royong masak dlm kawah besar, baru best.. kalau masak atas dapur x feel lah.. hihi


bubur asyura ganu
bila sejuk di mengeras   






















me biasa suka mkn panas2, masa dia lembik2 lagi.. sedap! tp yg ni walaupun dh sejuk sket.. tp bersyukur jugak dpt merasa.. =) mmg biasa garish ngan telur dadar n agar2 kalerpul.. dulu2 masa kecik2 (xde kecik sgt, masa zaman sekolah menengah) masa gotong royong me cuma in charge buat telur dadar ngan agar2 tu je.. hihi...

Okie.. nk masuk dapur dulu...

Wednesday, December 7, 2011

Creamy Chicken Soup



Assalamualaikum~~~

hopefully berjaya menggoda orang dgn Garlic Roll tadi.. hihi.... dh ada garlic roll, satu kemestian juga utk ada mushroom soup or chicken soup ala2 pizza hut kan.. sbb tun xde stok cendawan butang, so tun menggugel dgn hebatnya utk mencari resepi creamy chicken soup.. alhamdulillah, jumpa resepi yg berkenan di hati.. tun edit sket2, sbb resepi asal perlu buat chicken stok.. kat umah ni barang2 dapur dh kering sbb esok nk balik kampung, so guna je la apa yg ada. hasilnya.. fuhh.. mmg xleh berenti makan. siap my laling tanya lagi, ni yg instant ke buat sendiri?.. hihi.. bangga jap wife dia...  mmg lepas ni x payah dah beli sup campbell ^^


 


Creamy Chicken Soup
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani


Bahan2:

  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam

Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

 update: tun lupa nk masukkan step masukkan susu sejat tu. baru edit. 1155pm 071211

    Garlic Rolls (Without Egg)


    Assalamualaikum~~

    tadaaa!!! pantas x? pantas x? semalam tgk kak madihaa buat ni, terus terbayang2 depan mata, sedar2 dh masuk semua bahan dalam BM.. kui kui.. tun sgt2 suka makan garlic bread, hihi.. so semalam berbuka dgn garlic bread and creamy chicken soup.. 

    xyah nk describe la mcm mana lembut dia kan.. tgk pun dh tau sgt light... yet kenyal2 bila gigit.. tengok la yis dia tu.. 1 sudu besar, bila sukat, sepeket yis guna tau.. mmg naik tinggi masa proff dan bakar tu. nyaris2 legam kat atas. nasib baik sedar, pastu letak kat bahagian paling bawah dalam oven.. utk garlic spread tu tun guna oregano, mmg dh biasa buat garlic bread letak oregano.




    Sape2 yg suka makan garlic bread kt pizza tu, roti ni mmg wajib cuba! siyes nih.. my laling xleh berenti makan.. haha....  mkn ngan mushroom soup or chicken soup. kalau malas nk buat beli je yg Campbell tu.

    Tq kak Madihaa sbb berjaya menggoda tun utk buat roti yg sedap nih.. also to the owner of the recipe ^^

    Garlic Rolls (without egg)
    Recipe : Suhaina
    Source : Umm Mymoonah, Kak Madihaa

    Ingredients: (makes 8 rolls)

    3 cups Plain Flour  MaDiHaA guna tepong roti (next time boleh tambah dalam 2 ~ 3 sudu besar tepong lagi sebab doh agak lembik) - tun guna tepung roti, doh tun ok je utk secawan air.
    1 cup Warm Water
    1 tbsp Yeast
    1 tsp Salt
    2 tbsp Sugar
    2-3 tbsp Extra Virgin Olive Oil - tun guna minyak masak biasa je
    Garlic Spread (refer below)

    Method:

    * Mix everything together except oil with warm water and knead until you get a smooth dough.
    * Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
    * Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
    * Make the garlic spread.
    * Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
    * Grease a baking pan or loaf tin with butter.
    * Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
    * The rolled out dough must be at least half inch thick.
    * Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
    * Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
    * Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
    * Repeat the same procedure for the remaining dough.
    * Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
    * Sprinkle sesame seeds (optional)
    * Allow to proof for another 20 minutes.
    * In the mean time preheat the oven to 180 degree C. (MaDiHaA guna suhu 170C)
    * Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
    * Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.

    Sangat2 lembut!


    * The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
    # I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too. MaDiHaA uli menggunakan BM & gunakan sukatan seperti arahan & dapati doh sedikit lembik agak sukar untuk mencanai & menggulung. So next time.. akan tambah sedikit lagi tepong. - tun letak air separuh dulu, pastu tambah sikit2, tp air tun cukup2 je secawan tu.









    GARLIC SPREAD
    Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

    Ingredients:
    50 g Salted Butter
    3 Garlic- grated
    2 tbsp Coriander leaves  (chopped)  - tun letak oregano

    Method:
    Bring butter to room temperature.
    Mix everything together.
    Can be stored in the chill tray for up to one week.

    Tuesday, December 6, 2011

    Doh Asas Roti Manis

    tambah coklat emulco utk wat roti coklat

    Assalamualaikum~~

    Alhamdulillah.. pasti ramai yg berpuasa sempena hari Asyura arini ye.. semoga amalan kita diterimaNya insyaAllah. buat sahabat maya tersayang yg akan menjalani rawatan penting hari ini, semoga semuanya berjalan lancar, semoga sentiasa tabah menghadapi ujianNya.. insyaAllah.. kalau tun duduk dekat2 blh pergi melawat, tp skrg doa je yg blh tun kirimkan.

    arini tun nak share resepi doh asas dr kak ros JM pulak. tun suka try byk2 resepi roti utk cari yg mana paling senang dan berkenan dihati.. ye laa, lain org lain taste-bud kan. masa buat ni berlaku accident sket.. huhu.. dah siap bibik ku menguli baru laa teringat yg lupa letak telur! huhu.. ye la, sbb buat 2-3 mende sekali time tu, sambil2 letak barang dlm BM, letak jugak dlm blender utk wat bekfes, last2 letak telur dlm blender je xletak dlm BM. tp alhamdulillah, elok je kejadian dia. lembut jugak, maybe sbb tun letak bread softener kot. tun suka sbb doh xlembik dan melekat2. so next time bila letak telur maybe tun akan kurangkn sikit air utk dapat doh yg senang dibentuk mcm ni.



    Doh Asas Roti Manis
    Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

    Bahan-bahanya

    300gram tepung roti
    50gram tepung gandum
    2 sudu besar susu tepung@skim milk
    3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
    1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
    2 sudu besar butter@marjerin
    180ml susu suam@air suam
    2 sudu kecil yis
    1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux - tun letak bread softener
    ** tun buat roti dgn coklat filling, jd tun tambah 1 sk chocolate emulco dlm doh

    * untuk gliss*
    baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu - tun guna susu pekat

    *untuk topping*  xletak, tun letak filling chocolate
    sosej yang telah direbus
    sedikit gula
    mix vegetable dan mix cheese


    Cara-caranya ( Doh Roti)

    1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.  (tun akan letak 150ml air dulu, pastu bila BM dh start menguli baru tambah air sikit2 jika perlu)

    2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

    3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

    4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
    5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

    Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

    Monday, December 5, 2011

    Nasi Lobak Merah @ Nasi Carrot



    Assalamualaikum~~

    bersua kembali pada hari ini, 9 Muharram.. Alhamdulillah, mesti ramai yg berpuasa sempena hari Asyura kan.. kalau sapa2 yg terlepas tu xpe, boleh puasa esok dan lusa.. hari asyura 10 Muharram, tp utk bezakan amalan kita umat Islam dgn kaum Yahudi, digalakkan utk puasa sehari sebelum dan/atau selepas 10 hb juga (9 & 10, atau 10&11 Muharram.. kalau tiga2 hari lg banyak pahalanya). kalau dh angkat bendera merah tu xleh wat apa la kan.. huhu

    kalau xde idea nk masak apa utk berbuka blh la cuba nasi lobak merah ni.. sedap! menu lunch semalam ni, dh kali kedua buat, 1st time x sempat nk amik gambar dh habis licin.. hihi.. dah lama simpan resepi dr dapur kak ika.. lama betul mek siam ni bercuti, line tenet masuk air banjir ke kak? hihi...

    resepi asal dr chef hanieliza.. alhamdulillah, menepati selera.. tun gandingkan dgn ayam yg di grill dan sambal. sedap! tun buat 1/3 dr resepi ni je.. pandai2 la adjust ye.

    Nasi Lobak Merah
    Resepi: Kak Hanieliza
    Sumber: Kak Wana, Kak Zai, Kak Ika

    Bahan

    6 caw beras bathmati....basuh dan toskan - tun guna beras perang je
    2 caw carrot [potong dadu kecil] - tun sagat halus
    1/2 caw susu cair
    8 caw air
    1 kiub ayam knorr - x letak, tun rebus sekali ayam
    1 s/k gula
    garam

    Bahan Tumis
    2 s/b rempah kurma
    5 ulas bawang merah.]
    3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
    2 cm halia ]
    3 s/b minyak sapi - tun guna marjerin
    2 cm kulit kayu manis
    2 kuntum bungka lawang
    5 biji bunga cengkih
    2 biji buah pelaga
    1 tangkai daun ketumbar.....mayang
    daun pandan........simpulkan

    Cara
    1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
    2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.  - tun masukkan ayam dan rebus sekali
    3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
    4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar. - tun keluarkan ayam sebelum masukkan beras
    5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
    6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

    ** ayam yg tun masak sekali dgn rempah td, tun sapu dgn kicap manis dan grill kan =)

    Sunday, December 4, 2011

    Roti Benggali


    Assalamualaikum~

    "Dari Ibnu Abbas ra, bahawa Rasululullah SAW setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Baginda SAW bertanya kepada mereka "Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?". Mereka menjawa "Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa". Rasulullah SAW bersabda "Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu". Lalu Rasulullah SAW berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang islam yang lain juga berpuasa." [HR Bukari dan Muslim]
    refer Ust Halim

    Mari sama2 puasa sunat Hari Asyura, 9 dan 10 Muharram, esok dan lusa (Isnin Dec 5, Selasa Dec 6) ^^

    ~~~~~~

    bertemu kembali di hujung minggu. pelik x? mmg tun jarang2 tgk blog hujung2 minggu camni. xtau nape arini rajin pulak nk mengapdate.. melayang mata yg ngantuk, cuaca mendung je, kalau dpt tido best nih.. tp mata xnk lelap pulak.  hujan2 ni, kalau dpt mkn roti panas2 cicah ngan kopi mmg best! rasa mcm duk kat kampung je. biasa panggil roti bantal jugak kan.. hiris tebal2 sapu marjerin pastu panaskan jap. sedap jugak.. owh, lupa pulak nk cerita, tiba2 terasa nk buat ni sbb tgk mokwo nyer roti benggali yg gebus.. cicah roti cap badak lagi ye mokwo.. hihi.. tun xpernah jumpa lagi kopi tu. kopi cap kapal api ada la ;)

    tun dh pernah buat roti ni sblm ni (kat SINI), masa tu xde BM lagi.. uli ngan mixer mata cangkuk je.. jadi gebu jugak. kali ni buat kecik2 sket.. senang nk makan.. sumber resepi berbeza dr mokwo, tp resepi dia sama.. huhu.. xtau la sape yg mula2 share resepi nih. mokwo bg link kak yani, tp link ke blog lama dan xde terus ke resepi. resepi tun amik dr myresepi. terima kasih pada tuan resepi yg asal whoever you are.

    tgk laa, lembut je
    yang dlm cup ni ada coklat chip
    Roti ni rasa2nya lg sesuai kalau cicah kari ke, sardin ke.. kalau mkn ngan jem tu kurang sket nikmat dia...

    Roti Benggali
    Sumber: Sofinar@myr

    Bahan-bahan ( 4 orang makan )

    Bahan A
    350g tepung roti
    1 sudu besar shortening
    secubit garam

    Bahan B
    120 - 160 ml air suam
    1 sudu makan yis serbuk
    2 sudu makan gula castor

    Cara-cara
    Bahan B digaul bersama
    Semua Bahan A digaul sebentar
    Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
    Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
    Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
    Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
    Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.


     nota tun: tun campurkan semua dalam BM. masukkan 120 ml air dulu, pastu masa BM tgh menguli masukkan baki air sikit2 sampai nmpk doh yg mula bergumpal.

    Friday, December 2, 2011

    Telur Masak Kicap Lada Hitam


     Assalamualaikum~~~

    tiba2 terasa mcm nk makan telur.. dah lama betul x masak lauk telur, sbb enchik H tun nih, kalau masak telur perlu ada lauk lain jugak. bila dah masak lauk lain tu, dh malas pulak nk msk telur. tp smlm tun masak daging utk my laling, sbb tun x makan daging tun masak la telur ni utk diri sendiri. ingat nk masak sambal tp cili giling dh habis. maleh nk buat cili giling baru. godek2 dapur kak ummi, jumpa telir masak kicap nih.


    cara masak sangat simple, tp hasilnya.. sgt sedap! 2 hari berturut2 tun masak ni. hehehe.. masak utk diri sendiri, tgk2 my laling yg makan lebih2.. hehe.. terima kasih kak ummi utk resepi yg simple tp sgt kene ngan selera kiteorg.



    TELOR MASAK KICAP LADA HITAM
    Resepi: Kak Ummi @ HSH

    Bahan:-
    • 3 biji telor
    • 1 labu bawang besar - hiris kasar
    • 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
    • 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
    • 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
    • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
    • 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 - 2 sudu besar kicap masin
    • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang - xde, tun letak cili merah n cili padi
    • 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang - xde jugak
    • 1 biji tomato - dibelah 6
    • sedikit garam (jka perlu)
    • sedikit air
    • minyak utk menumis
    Cara-Cara:-
    1. Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
    2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
    3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
    4. Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
    5. Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
    6. Tutup api dan hidangkan.

    interlude lagi?



    Assalamualaikum~~

    bertemu kembali dgn hari jumaat, penghulu segala hari. dh tahun baru hijrah, xlama lg tahun baru masihi pulak.. tiba2 terasa risau dgn umur yg meningkat, tp arah tuju hidup masih x menentu dan tak byk achievement yg blh dibanggakan.. uu uuu.. sedih pulak rasanya.. kdg2 terlalu byk penyesalan dalam hidup, tp menyesal kemudian tiada gunanya.. betul x? semoga lebih bijak membuat keputusan yg mendatang. even takdir Allah pun boleh berubah dengan usaha, jadi teruslah berdoa semoga menjadi orang yg tidak cepat berputus asa, dan pada masa yg sama tetap redha atas apa jua ketentuanNya.

    erk.. mode tazkirah kah? sebenarnya hati x menentu dgn ujian yg datang. kdg2 terpikir 'kenapa aku?'... astaghfirullah.. ujian blh mendekatkan diri padaNya, tp kalau termakan hasutan syaitan, blh jadikan manusia itu futur. moga dijauhkan. pagi ini juga bertanya khabar sahabat maya yg sedang juga ditimpa ujian.. bak kata kak anna, semoga dia kembali pulih.. sama2 mencari kekuatan utk terus redha, insyaAllah.



    hmm.. nway, xde resepi utk dikongsi.. udang galah ni ada orang bagi (semoga terus murah rezeki kamu). 1st time makan udang galah. besar2 udang dia. nk bersihkan pun mcm terkial2, last2 my laling yg buatkan semua.. me tumiskan je dlm kuali.. masak sambal semua pandai kot. mcm ayam masak merah je.. isi sgt padat! tp me lagi suka makan udang yg biasa tu. 

    ok laa.. masa utk membuat kerja sekolah. dh akhir tahun pun, dah xleh delay n malas2.