Assalamualaikummmmmm!!!!!!!!!!!! :D
terasa x kegembiraan tu.. hihihi... officially, kelas utk sem ni dah habis! weee~~~ boleh la nk berpoya-poya dgn lappy.. skrg tgk semula buku2 yg dh ditinggalkan selama 1 sem.. huhu... byk jugak kerja yg tertunggak nih :(( skrg perlu tampal nota 'DONT PUT OFF TILL TOMORROW WHAT YOU CAN DO TODAY' besar2 depan mata supaya lepas ni dh x lengah2 wat kerja lagi.. saya seorang yg sgt tak berdisiplin.. uu uuuu...
nway, walaupun byk kerja, bila mood membaking dtg tu, lajuu aje nk masuk dapur. dh lama x buat kek. last wat kek time raya aritu rasanya. kek ni buat last weekend (ye, last wiken ye, dh habis dah pun nih). biasanya kalau xde masa nk memasak pun, bila wiken mesti perah otak nk masak apa sbb ahad hari usrah. bila dh gi usrah rasa mcm serba x kene kalau x buat kuih. hihi..
kek ni tun godek2 pagi ahad. lepas subuh terus masuk dapur, sempat la sejuk b4 kuar umah ko 830. ada 3 bijik pisang dlm freezer, cukup2 utk half adunan nih.. actually tun nk wat blended banana cake, tp ternampak pulak resepi nih. mcm teruja je nengok nama dia.. nk buat pun senang je. mmg x sia2 mencuba. resepi ni mmg keeper recipe. siyes xtra sedap compare kek pisang biasa /blush.
Super Moist Carameled Banana Cake
resepi: kak fida @myr
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
- 1 cawan pisang lecek (240 g)
- 1 cawan gula halus (200 g)-boleh kurangkan kalau pisang dah manis
- 125 g mentega (1/2 buku)
- 1 sk bicarbonate soda
- 2 sb susu segar
- 2 biji telur - A
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) - ayak - tun guna tepung biasa + 1 sk bkg powder
- Pisang lecek,gula,mentega b. soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.
- Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel.Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.
- Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
- Adunan boleh juga dikukus...