Thursday, February 26, 2015

Daging Goreng Halia & Minyak Bijan


Assalamualaikumm...

Mata sgt2 mengantuk, rasa mcm nk tido je.. tp ptg nnti ada lab.. kalau tido ni sure terlajak.. hihi... lauk ni masak utk lunch semalam. kak yana promote baikk punya cakap sedap, tun pon terus defrost daging ada sikit lg dlm fridge. alhamdulillah, mmg sedap lauk ni.. encik laling makan bertambah, licin terus semua.. hahahahha.. biasa tun masak utk dinner terus. dh ada org licinkan lauk, dinner terpaksa masak lain.



campak terus sayur sbb xberapa nk rajin masak sayur pulak. kih kih.. capsicum yillek, bantai cili padi terus :p tp tun mmg jenis yg suka 'kenyek' cili dlm nasi.. lagi pedas lagi lajuu tun makan. sape2 yg suka bau minyak bijan blh try nih.. ala2 chinese cooking letak sesame oil. kami berdua mmg minat chinese food, so selalu ada minyak bijan kat umah :)

Daging Goreng Halia &  Minyak Bijan
Resepi : Kak Nor
Sumber: kak yana, tun telani


Bahan2:
  • 300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 1 biji bawang besar ~ dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
  • 1 inci halia muda ~ dihiris
  • 1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu- xde, tun telak 2bj cili padi
  • 1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu- xde, tun letak brokoli
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • daun bawang ~ dipotong 1 inci
  • minyak secukupnya

Cara2:
  • Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
  • Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan - tun goreng smp betul2 masak
  • Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
  • Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
  • Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
  • Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
  • Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan ) - tun skip step ni, xletak air
  • Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
  • Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
  • Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2

Wednesday, February 25, 2015

Chocolate Butterscotch Muffin


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. berjaya mengapdate blog kesayangan lagi sekali... skrg ni xleh nk fokus kat study sbb duk mikir nak kasi harith makan apa nnti... hehe... budak ontel comey mama dah nak masuk 6 bulan rupa2nya. berkobar2 mama study pasal baby's food. hihi.... nnti boleh la mama tulis blog n3 pasal resepi makanan baby pulak..


Muffin buat petang semalam... patutnya ada lab dgn student diploma, tp last2 minit lab assistant cakap staff yg pegang kunci lab tu cuti. saboo je laa.. bkn nk cakap awal, lg setengah jam nk stat lab abru dia inform.. sepantas kilat tepon nk menaip wassap ke semua student yg tun ada nombor. kesian dieorg nnti kalau berjalan jauh2 dari asrama ke lab. dah la skrg panas membahang.

dah lab cancel tu, nk sambung study utk PhD xde mood pulak.. tiba2 teringin nk memapin. dah lama xbuat mapin. saje wat stok. encik laling xmakan sgt mapin ni, tp tun buat pastu frozen spy senang nnti ada org dtg or xde masa nk buat kuih utk usrah blh defrost je mapin nih.. hihi..


Dah lama beli butterscotch chips nih. tgk laa tuu, penuhhh ngan chips dlm mapin. tun buat mini size dpt byk jugak.. kalau muffin cup size biasa dpt sedozen mapin ni :)

Chocolate Butterscotch Muffin
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 3/4 cups (219g)  tepung
  • 2 tsp baking powder
  • 1/4 cup (28g)  cocoa powder
  • 1/2 cup butterscotch chips
  • 75 g butter
  • 1 cup (190g) gula
  • 2 telur
  • 1/4 cup air kopi - kalau xsuka blh guna air masak
  • 1/2 cup susu
Cara2
  • Ayak tepung, baking soda dan baking powder. masukkan butterscotch chips dan gaul dgn garpu.
  • cairkan butter, dan masukkan telur, gula, dan susu. pukul adunan hingga campur rata.
  • tuangkan adunan ke dlm tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. jgn over-beat ye, nnti muffin jd x gebu, kalau still ada ketul2 sikit tu x pe.
  • tuang dlm muffins cup. taburkan butterscotch chips kat atas jika suka. 1 adunan ni dpt dlm 12 bj muffins size biasa. bakar pada suhu 200 C, selama 10 minutes.

Tuesday, February 17, 2015

Pulut Kuning Kukus dan Rendang Daging



Assalamualaikumm....

Alhamdulillah.. 1st n3 bulan febuari.. sgt2 rindu utk berblog, tp masa amat x mengizinkan..huhu... lama x mengapdate. awal bln 2 aritu tun balik kampung seminggu. alhamdulillah, terubat rindu pada keluarga.. tak tau la bila lagi blh balik kg.. sob sob.. blk 9hari rasa sekejap sgt. bahagi pulak antara kg sendiri dan kg mertua. doakan agar tun cepat habis PhD dan suami dpt berpindah balik ke semenanjung ye..


nway.. menu raya sempena bday encik laling 14 febuari :) dh masuk 3 series dah. huhu.. semoga peningkatan umur seiring kematangan emosi dan semakin dekat padaNya insyaAllah. ni 1st time tun kukus pulut. jenuh juga gugel intenet nk tgk tempoh masa yg perlu. lupa, padahal boleh je tepon mama tanya.. hehehe.. biasanya time raya mama akan kukus pulut kuning. kiteorg adik beradik paling suka mkn pulut yg baru arung ngan santan, sblm kukus kali ke dua :)


Utk pulut ni tun rujuk blog kak madihaa.. kak madihaa biasa amik tempahan pulut kuning, sure expert kukus pulut nih.. sbb tun wat half kilo je, so masa mngukus tu tun adjust lah. alhamdulillah elok masak pulut ni :)

Pulut Kuning
Resepi asal: Kak Madihaa
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 keping asam gelugor - kali ni tun skip (asam gelugor cuma utk cantikkan pulut, spy nmpk berkilat)
  •  1/2 sb serbuk kunyit
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula

Cara2:
  • Rendam pulut, asam gelugor dan kunyit semalaman. Toskan.
  • Panaskan kukusan hingga mendidih.
  • Masukkan beras pulut ke dalam kukusan (tun lapis dengan daun pisang)
  • Kukus selama 20 minit.
  • Campurkan santan + garam + gula.
  • Keluarkan pulut dan gaul (arong) bersama santan tadi.
  • Kukuskan kembali selama 15 minit.
  • Siap utk dihidang bersama rendang atau gulai pilihan.


Tun buat rendang daging utk makan ngan pulut nih.. resepi sama ngan rendang ayam je.. cuma nk tunggu empuk tu dua kali jugak tambah air.. kat bintulu ni, kalau gi pasar mmg xde daging fresh. daging kami beli kat supermarket, daging halal 'fresh' dari australia dan new zealand. daging yang elok, harga RM32+ sekilo.. huhuhuhu TT  sbb tu jarang2 masak daging. lari bajet ooo kalu asyik beli daging je..



Sedap pulak rendang daging ni walaupon tun xsuka makan daging.. hehehe... masuk lif tekan butang sendiri pulak :p


Rendang Daging
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kilo daging- potong kiub kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan daging, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai daging agak empuk, tambahkan air jika perlu.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.