Sunday, March 25, 2012

CBBS.. sinfully delicious! ^^



Assalamualaikumm..

fuhhhhh fuhhhh... tiup2 sket habuk kat blog ni.. tuan dapur duk bersenang-lenang dikampung. walaupun ada streamyx yg agak laju, tp xde semangat nk ngadap intenet. hehe.. biasa la, dh duk kt kampung tu, byk je mende lain yg lg best utk dibuat :D

seminggu duk kat kampung, rasanya baru 2 kali tun masuk dapur. kui kui.. bekfes mama yg prepare b4 gi sekolah, lunch kdg2 tun masak, kdg2 adik yg masak. wiken mama masak, sbb bila balik kg sah2 la nk makan masakan mak kan. mum's dishes are always the best! ^^ mkn cekodok n lempeng pun tunggu mama yg buat. hohoho... 

nway, CBBS ni buat b4 blk aritu. duk terbayang2 kesedapan dia, last2 bukak peti kuarkan pisang frozen, godek2 jap n ta-daaaa! my fresh from oven CBBS is ready.. really2 yummy! 'terpaksa' mkn byk sbb sedap sgt. kui kui.. separuh tun bg my brother yg study kt UIA. jumpa dia kt KL, round2 dulu b4 blk kg. my laling straight ke JB ada kerja. 

triple yummy!
k la.. here's the recipe again ^^

Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy
source: jessie@hearty bakes
sumber: tun telani

** i used loyang 9 ichh

Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn sebuk koko  - tun guna 1 sk choc emulco
  • 1 cwn chocolate chips

Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

Saturday, March 17, 2012

Baked Garlic Potato Wedges


Assalamualaikum~~

saya mengantuk! huhu.. arini misi mengemas rumah, walaupun kebanyakan nyer my laling yg buat. hoho.. bak kata kak zana, ISO dia terlalu tinggi. senang2 biar dia je yg buat kan. kui kui.. tun duk kat dapur pura2 bz :P 

td pergi kenduri kawin kawan my laling, 1st time gi kenduri kawin org sarawak ni. siap ada kek lapis, tp xde nasi minyak :( dh lama x makan nasi minyak. td ada nasi putih, lauk udang masak apa ntah, pastu ayam ala2 rendang, sayur campur, dan ikan kering. not bad la, walaupun kombinasi lauk tu pelik sket. tp at least xde masak kuah isi kelapa yg pelik tu.. hehe.. marah org sarawak kalau baca nih.


ok la.. tun jarang2 update masa wiken kan, tp skrg ni sbb mengantuk dan sakit kepala, xleh nk buat kerja lain, buka la blog ni kejap. nk tido, bibik ku tgh uli roti, nnti kan terover proff pulak roti tu.  wedges ni ganding ngan Crispy Baked 'Fried' Chicken semalam. ayam dh bakar, xkan wedges nk goreng kan.. wedges pun bakar jugak lah :)

Baked Garlic Potato Wedges
Adapted: Purple Foodie and Lottie + Doof
Source: Edible Garden
Source: tun telani

Bahan2
  • 2 bj potato- saiz besar
  • 4 bj bawang putih- tumbuk
  • 4 sb olive oil
  • 3 sb tepung jagung
  • 1 1/2 sk garam
  • 1 1/2 sk serbuk lada hitam
  • ½ sk paprika
  • ½ sk garlic powder (optional) - xde

Cara2:

  • Panaskan olive oil dan bawang putih dlm microwave (suhu rendah) atau atas dapur (api perlahan). biarkan sebentar hingga bawang putih lembut dan bau bawang menyerap dlm minyak. Panaskan over 200 C.
  • Bersihkan kentang, buang kulit jika suka. Potong kpd 12 bahagian wedges, dan rebus separuh masak. Jgn rebus lama sgt nnti kentang hancur. tun rebus dlm 4-5 minit.
  • Toskan kentang yg dh separuh masak dan masukkan dlm mangkuk. curahkan minyak zaitun dan bahan2 lain dlm tu. Gaul2kan hingga bercampur semua.
  • susun atas loyang (jgn sampai bertindih) dan bakar 30-40 minit hingga golden brown.

    Friday, March 16, 2012

    Crispy Baked 'Fried' Chicken


    Assalamualaikumm ^^

    bertemu lg dgn jumaat yg mulia.. arini kepala tun ting-tong sket /blur  still lagi bermasalah utk tido malam2, pagi td bgn subuh pun dh dekat pukul 630. nikmat Allah nk tarik kan.. biasa xde la masalah sgt nk tido, golek2 dlm setengah jam dh blh terlelap.. ni tun dh cuba utk tido awal, tp semalam dekat pukul 2 duk terkebil2 lagi dlm gelap :( nway.. bebel kt sini pun bkn blh tido jugak kan..

    owh.. smlm my laling blk ckp tiba2 kene gi kursus kt johor starting this monday! mmg plan nk blk kg end of next week, n me plan nk blk uni jugak. so tiket dh burn dah. sabo je laa.. nasib baik, tiket bintulu-KL kiteorg open, so blk tukar tarikh with minimal charge. so we'll be heading home this sunday :D kelam kabut jugak nk kemas rumah, 2 minggu nk tinggal nih... ekceli kalau ikut tun, x kemas pun x pe, sbb nnti bila blk sini mesti nk kemas lagi kan.. hoho.. but my laling ni kan.. kalau nk tinggal rumah, rumah mesti spotless clean. haish.. dh lama wife dia ni pemaleh sket bab kemas mengemas..


    ok laa.. enough said...  skrg ni tgh mode sedar diri dh makin bam bam.. so i minimize deep frying (except bila wat cekodok bilis feveret my laling tu), n i changed to olive oil bila nk tumis sket2.. but as i'm a BIG fan of ayam goreng, mmg struggle sket la. i came across this recipe by Cat Cora, kalau tgk foodnetwork mesti kenal kan.. the only female Iron Chef America. i think it's worth trying :)  tp of coz la resepi di tukar ikut sesedap rasa n bahan yg ada kan. this one really crispy on the outside, and when not overbake, still lembut inside.. 

    so, jom sama2 kurangkan minyak ^^

    Crispy Baked 'Fried' Chicken
    adapted from: cat cora@Foodnetwork.com
    sumber: tun telani

    Bahan2
    • 8 ketul ayam
    • 1/2 cwn tepung ayam goreng kepci (mana2 jenama pun ok)
    • Garam dan serbuk lada hitam
    • 2 cwn breadcrumps
    • 2/3 c buttermilk - tun guna susu sejat + 1/2 sb cuka, biarkan 5minit
    • 1 1/2 sk paprika
    Cara2:

    • Panaskan over 200 C. letak jaring2 atas loyang.
    • basuh ayam, toskan, dan gaul dgn tepung ayam goreng. pastikan seluruh ayam bersalut.
    • campurkan buttermilk dgn sedikit garam, lada hitam, dan paprika. 
    • Celup ayam dalam buttermilk, lepas tu golekkan2 dlm breadcrumps.
    • Susun ayam atas jaring2 dan bakar 15 hingga 20min, then rendahkan suhu ke 165 C, balikkan ayam dan bakar lagi dlm 25-30 min. 
    • cucuk ayam, kalau jus dia clear, maknanya dh masak.
    • serve dgn potato dan salad :)

    Thursday, March 15, 2012

    same ol' lauk~


    Assalamualaikumm~~

    huhu.. mlm2 baru nk apdate.. arini x BW lagi. sowi sgt2, pasni nk marathon BW mana yg termampu. dh ramai2 kawan alam maya ni kan, kdg2 tak terkejar nk tgk semua org nyer update. tp insyaAllah, kunjungan balas akan tetap tun lakukan..

    ayam masak merah ni ntah bila2 tun masak. hihi.. kalau tun, tiap2 hari msk merah pun xpe. dulu masa duk kat INTEC, rasa2nya hampir tiap2 hari tun makan masak merah/ masak sambal ni. sbb xde lauk lain yg menarik kt cafe. nak kata miskin, duit scholar tu x luak pun, tp sbb tun bkn jenis yg suka hang-out2 mkn kat luar, jd tgk menu yg sama je la tiap2 hari. sesungguhnya masa tu saya mmg studyholic.. kui kui..

    Semua org ada resepi masak merah masing2 kot. tun biasa campak2 je. tun x bape suka blend bawang sbb nnti byk air dan kene tumis lama. so, rajin2 menggunakan lesung batu. kalau malas sgt, mayang je bawang tu. resepi yg sama tun buat utk nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, dan mana2 nasik yg sesuai :D

    Ayam Masak Merah
    by: tun telani

    Bahan2:

    • 1/2 kg ayam - gaul garam kunyit n goreng
    • 1 bj bawang besar *
    • 3 ulas bwg putih*
    • 1/2 cm halia* (bahan * ditumbuk)
    • 5-6 sb cili giling
    • 2 sb kicap
    • 2 sb sos cili
    • 2 sb sos tomato
    • sedikit asam jawa
    • Garam
    • Gula
    • sedikit air

    Cara2:
    • Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau, masukkan cili giling dan goreng sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi (tun masukkan gula supaya jd warna merah yg cantik)
    • Masukkan kicap dan sos cili. Tumis sampai agak kering. masukkan air dan asam jawa, tumis kejap.
    • Masukkan ayam dan masak kejap. perasakan garam.

    Wednesday, March 14, 2012

    Nasi Kari Ayam


    Assalamualaikumm....

    n3 cepat2 je arini.. biasa laa, wat2 bz.. xde mende sgt pun padahal.. hihi... menu lunch semalam, dh 2-3 kali wat nasi kari ayam ni, mmg sedap n kene ngan selera. lagi2 bila xberapa nk rajin masak tu. senang xyah wat lauk lain dah ^^ 

    tq pada ibundo sbb kongsi menu yg sedap yg cepat utk dibuat ni :D 

    serve dgn kobis goreng n tempe je
     tun buat separuh dr resepi asal.

    Nasi Kari Ayam
    Resepi:Ibundo
    Bahan:
    • 3 cawan beras basmathi
    • 1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
    • 4 sudu besar butter atau majerin
    • 8 cawan santan dari sebiji kelapa - utk separuh resepi, tun letak 50ml santan kotak je
    • 3 sudu besar rempah kari
    • 4 ulas bawang merah dihiris
    • 2 ulas bawang putih dihiris
    • 1 inci halia dihiris panjang
    • rempah tumis empat sekawan
    • 1 cube stok ayam kalau suka - tun letak 1/2 je
    • sedikit daun ketumbar- tun xletak


    cara:
    Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
    Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar. Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api.

    Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

    Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak.

    Nasi ini boleh dimakan dengan lebihan kuah kari, sayur salad sempoi dan sambal belacan.

    Tuesday, March 13, 2012

    Best Ever Banana Bread (@cake)


    Assalamualaikum~~

    banana cake  ni buat petang semalam.. tun pun x tau nape nama dia bread, padahal, rasa dan texture sebijik mcm kek pisang.. kek pisang ni tersilap identiti rasanya. hehe.. dh lama duk tenung2 resepi ni kat allrecipe, rating dia 5 star, dan ada nearly 800 reviewer! hebat kan.. tun yg gatal tangan nk buat tu, walaupun duk terasa2 mcm nk makan choc bottom banana squares tu. pisang ada lg duk frozen dlm peti, esok nk buat CBBS tu lah, lagi2 bila tgk mamahawa n cheqsue tayang CBBS.

    mmg patut la dpt 5 star resepi nih, mmg sgt moist dan sedap! my laling yg x bape hantu kek pisang tu pun makan dgn hebatnyer. hihi.. me ni mmg hantu kek pisang, so mana2 resepi pun rasa mcm sedap.. eh, buleh geng ngan kak ika lah :D



    resepi ni me olah dr resepi asal lepas baca review yg ditulis.. majority recommend kurangkan gula, mmg terkejut gak tgk gula kat resepi asal tu, byk sgt. ni me dh half kan, tu pun agak manis jugak compare ngan kek pisang lain yg pernah me makan. tp sbb me x blend lama, jd lg sedap sbb ada kerak2 gula yg x bape hancur kt atas dia tu kan. nyummy sgt! :D 

    Best Ever Banana Bread/ Cake
    Sumber: Rose@Allrecipe
    Olahan: tun telani

    Bahan2
    • 2 bj telur
    • 1/3 cwn buttermilk (tun guna susu sejat + 1/2 sb cuka, biarkan 5 minit sblm guna)
    • 1/2 cwn minyak masak
    • 1 cwn pisang lecek - tun guna 4bj pisang berangan
    • 3/4 cwn gula
    • 1 3/4 cwn tepung
    • 1 sk baking soda
    • 1/2 sk garam
    • 1 sk vanilla
    Cara2:
    • Panaskan oven (165 degrees C). Griskan loyang 9x5 inch.
    • Blend buttermilk, pisang, gula, vanilla dan minyak. Ayak tepung bersama baking soda. Campurkan tepung, garam ke dalam bahan basah. Kaup-balik hingga sebati.
    • Masukkan dlm loyang dan bakar selama 1 jam, 20 min atau hingga adunan x melekat bila dicucuk cake tester.
     ps: kek ni mmg ambil masa lama sket nk masak sbb guna api slow.
     

    Monday, March 12, 2012

    Simple Macaroni Sup


    assalamualaikumm..

    mlm ni nk tunjuk menu easy peesy.. menu dikala mood merundum n xde mood nk masuk dapur n xde selera nk makan. hehe.. sup2 gini mmg selalu jadi pilihan sbb hassle free. kejap je siap. macaroni sup ni versi xtra simple, kalau ada mak mertua kat rumah tu, mmg x sesuai la buat nih, nnti dia ckp pemaleh benor menantu. kui kui.. :P

    Simple Macaroni Sup
    resepi: tun telani

    Bahan2
    • Macaroni- agak2 cukup utk utk 2 org
    • 1/2 kiub ayam
    • 1 sb sos tiram
    • 1 inch halia- ketuk
    • 2 bj cili padi- tumbuk atau hiris halus
    • 1 pokok sawi
    • fish ball n fish cake
    • garam n lada hitam
    • air secukupnya
    • telur- optional

    cara2
    • Masukkan air, macaroni, kiub ayam, sos tiram, halia dan cili padi dlm periuk dan rebus sampai macaroni empuk.
    • Masukkan fisb ball, fish cake, dan batang sawi dan masak sekejap, pastu masukkan daun sawi. 
    • Perasakan garam dan lada hitam.
    • jika suka, pecahkan telur sebelum tutup api.
    • siap! senangkan.. hihi
    ps: tun tulis telur optional sbb tun xsuka ada telur dlm macaroni/mee sup tp my laling suka ada telur. ikut selera masing2. gambr atas tu tun nyer mangkuk, so xde telur :D

    pps: bila mood ghajin (atau bila ada tetamu) buleh laa masukkan isi ayam ke, masuk sayur byk2 ke wat sambal kicap ke. lg sedap, kompom 2mangkuk x cukup. hoho

    Cinnamon Chocolate Chip Swirl Bread


    Assalamualaikummm~~

    Alhamdulillah.. new week, hopefully minggu ni lebih baik dr minggu2 sblm ni, insyaAllah.. mulakan minggu ni dgn roti cinnamon yg bau harum satu rumah nih :) tp nape roti tun mcm penyek je. haha.. nmpk mcm swiss roll cake dh kan.ada laa tu silap kat mana2 kan.

    bagi tun, tun lagi suka cinnamon pull apart bread. roti ni sedap jugak, tp xdpt menandingi kesedapan CPAB tu. tp apa2 pun, ikut selera masing2 la kan.. maybe sbb tun mmg hantu cinnamon bread, CBAP tu lebih terasa cinnamon dia.




    ok laa, baru2 blk dr brcuti blog ni, byk nk BW. 

    CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
    hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
    resipi asal : Technicolor
    sumber : Shidah

    Bahan:
    180ml susu segar/fresh suam
    1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
    455gm tepung high protein (tepung roti)
    85gm tepung gandum
    3 sudu besar gula castor
    1/2 sudu kecil garam
    85gm  butter sejuk
    ½ cawan + 2 sudu besar air
    3/4 cawan coklat chip

    Bahan taburan (filling):
    1/2 cawan gula perang
    1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
    1 bj telur A ~ dikocok

    ~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
    ~ ketepikan.

    Cara (dgn menggunakan breadmaker):
    Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
    Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
    Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
    Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
    Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
    Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
    Bahagikan kepada dua bahagian.
    Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
    Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
    Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
    Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
    Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
    Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
    Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
    Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
    Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
    Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
    Sedap dimakan suam2 panas.

    Thursday, March 8, 2012

    Hadiah GA from kak Zura

     Assalamulaikum~~

    hmmm... nearly the end of the week dh pun kan, n this is my 1st n3 for the week! been feeling down this past few days :-<  i get depressed really easily.. i when i'm down, i wont be doing any work, but then got more depressed looking at the accumulated work! crazy. feels like everything went wrong. things used to be easier, but as you get older, the real world and fate seems to be getting crueler.

    *sigh.. i'm such a loser.. L-)


    nway, a package came that at least chear me up a lil bit.. :) thank you kak zura for the cheese powder. i'm good in answering question ^^ people shud do more GA that involve questions more instead of totally rely on lucky dram, as i really sucks in lucky draw.

    this really easy to use, just bancuh ngan air panas.. kalau sape2 nk beli boleh order tgk kat blog kak zura HERE

    buah keranji

    now, kat bintulu byk jumpa buah ni kat pasar.. i asked the makcik, buah ape nih.. rupa2nya ni la buah keranji..  mcm pernah mkn masa kecik2, so i just buy a packet. i thought it's sour, rupa2nya manis. rasa2 dulu2 pernah mkn asam rupa mcm ni, tp tu mende lain kot.

    gambar blurr
    okay... nk gi merenung masa depan.. <- this is what i did whenener i get depressed. agak2nya lama sgt duk sorang kt rumah, jd camni lah.. shud go out n meet people. haih.. 

    BW akan dijalankan bila mood bertambah elok.. 

    Friday, March 2, 2012

    Mee Kari


    Assalamualaikumm~~

    ..... xtau nk mula bercerita apa.. nk buat wordless, xbest la pulak. nway, mee kari kegemaran tun, ntah gambo2 bila2 duk dlm folder tu. 2-3hari ni kamera berpindah ke opis enchik H ku (hmmppp... X( ). 

    apa2 pun, sementara x mengambik gambar ni, blh laa menghabiskan stok2 gambo dlm folder tu kan. nasib baik gambar x basi kan. hihi.. hopefully gmbar x blur kalau besarkan, tun ter-resize terlampau kecik. biasa gmbr yg tun upload tun resize dlm 500KB, yg ni 250KB je. dlm preview nmpk ok je. kalau Ok lepas ni maintain resize 250KB, jimatkan space. kot2 laa nnti akan encounter problem xleh mengapload sbb abih kuota kan. (ps: tun resize guna microsof office picture manager je.. 2 kali resize, gmbr asal lebih dr 6MB!).


    Ok laa.. dr xde mende nk ckp td, panjang pulak duk rambling kan. mee kari ni, biasa tun campak2 je masa buat. tp sbb nk mengapdate blog kan, tun tgk resepi kak hanieliza lbh kurang resepi yg tun guna je. tun wat half dr resepi nih. masak ni kene la pandai mengagak kan, improvise mana yg patut. ikut selera masing :) 






    Mee Kari
    Sumber: kak Hanieliza

    Bahan2:
    • 1 kg mee kuning
    • 1/2 kg ayam- potong kecil
    • 2 btg serai*
    • 1 inch halia*
    • 1/2 inch lengkuas*
    • 5 ulas bwg merah*
    • 2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
    • 2 sb cili giling
    • 3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa
    • 200g udang
    • 1 paket fish cake - potong nipis
    • 5 cwn santan (1 bj kelapa) <- me guna santan kotak 200ml + air secukupnya
    • Tauhu goreng
    • 2 bj kentang- potong 8
    • garam
    Bahan tabur:

    • Daun bawang & daun sup
    • Cili merah
    • Limau kasturi
    • Taugeh <- me suka masak dlm kuah
    • Sawi - me tambah, letak dlm kuah jugak
    • Telur rebus- belah dua
    Cara2:
    • Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi. Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak
    • Masukkan ayam, fishcake, kentang dan santan dan masak hingga mendidih.
    • Masukkan sawi dan tauhu goreng.
    • Perasakan garam.
    • Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.

    Thursday, March 1, 2012

    Siakap Kukus

    isi yg sgt sedap!

    Assalamualaikumm ^^

    arini tunjuk menu sihat :D rasa2nya ni 1st time tun masak ikan siakap ni. biasa tau makan je. haha.. hasben tun beli ikan siakap sekor yg sgt besar! sekilo 20inggit, mahal rupa2nya ikan ni, patut la isi sedap. biasanya tun x bape nk boleh telan ikan kukus, tp siakap ni x hanyir langsung. tun kerat dua, separuh kukus, separuh lg bakar. yg bakar tu xyah letak resepi la, sbb bakar kosong ngan garam pastu kunyit sket.

    sbb tun xpernah masak ikan ni, tun gugel laa.. (the wonderr of technology! mcm mana la dulu2 hidup xde intenet kan? ). ni resepi pertama yg ternmpak di mata tun.. <- nk direct translation caught my eyes, tp bunyi pelik je.. hihi

    muka dia garang lah

    resepi dr ifah dr myresepi. mmg simple dan sedap.. my laling makan sambil puji2 sedap :X tun buat separuh dr resepi asal ye.

    Siakap Stim
    resepi: ifah@myr

    Bahan-bahan ( 5 org makan )
    • ikan siakap
    • 1 inci halia*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 3 btg serai*
    • 5 ulas bwg merah*
    • serbuk lada hitam
    • sos tiram 4-5 camca besar- utk separuh resepi, tun letak 1 sudu besar je
    • 2 biji limau nipis di perah air
    • 2 biji lada besar- tun letak cili padi
    • 1 biji buah tomato potong dadu
    • daun sup- tun letak daun saleri
    • garam secukup rasa 
    • sayur masin- tun tambah
    • * ditumbuk/ blend
    Cara-cara
    • bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
    • tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
    • stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..