Showing posts with label Qur'an dan Hadith. Show all posts
Showing posts with label Qur'an dan Hadith. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Doa elak gangguan makhluk halus

maksudnya: Dan Kami perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan (al-Furqan,25: ayat 23)

pagi tadi dgr Tanyalah Ustaz kt tv9.. very interesting topic on Jin & Makhluk Halus.. ustaz share doa2 utk ubat santau, and all those penyakit2 yg disebabkan oleh gangguan makhluk halus. byk ayat2 yg ustaz kasi, but he said this is the shortest one (and hopefully easiest to remember ^^)..

baca untuk prevention and also for curing. insyaAllah.. apa2 pun tawakkal pada Allah..


Wednesday, January 27, 2010

soothing



" Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim, Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam (al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu pula menjadi orang-orang yang menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan berpeganglah kalu kepada Allah, Dia adalah pelindungMu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong" [al-Hajj: 78]



Wednesday, December 30, 2009

Mencari Keberkatan

Bismillahirrahmanirrahim..

i was informed about a ceramah by a friend (thank you), kt masjid usm, i supposed its due to the awal muharram. the topic given was 'mencari keberkatan dlm pelajaran' (well.. all of us are students), but kupasan die more on 'mencari keberkatan dlm kehidupan'. nway, i'll shaare my notes, altho actually the points are quite basic n i'm sure everyone pun dh tahu, but it's still good to revise.

there are 3 main things that we really should jaga:

1. Niat



the ustaz stress on hadith 1 (innamal a'malubin niat).. in most kitab yg compile hadith, this is the 1st hadith yg akan dibicarakan (ust tu kata lah).. but its true that 'setiap amalan bermula dgn niat'. hadith ini diturunkn due to hijrah Rasul n sahabat fr mekah to madinah. as the hijrah means lots of sacrifices (tinggal keluarga, harta, kg halaman without any jaminan penerimaan dr madinah), we shud expect ganjaran yg besar dr Allah. tp tidak. kerana 'jika hijrah kerana Allah n Rasul, maka hijrah itu diterima Allah n Rasul', tapi ada yg berhijrah kerana 'dunia yg ingin dimiliki n wanita yg ingin dikahwini',maka itu lah yg mereka dpt. samalah spt dlm 1 jemaah solat, setiap indivitu akan mendapat ganjaran yg berbeza, bergantung kpd niat masing2. dr niat kerana Allah itu, akan timbulnya keikhlasan, dan dari situ lah akan tercapainya keberkatan Ilahi. iA.
2. Hubungan dgn Allah
i dont think this 1 need further huraian (actually i dont hv anything to say. faham2 sendiri). iman naik n turun. tp kita boleh berusaha utk mendekatkan diri dgnNya. jaga solat. jaga Qur'an. (pesanan mama n abah to us all the time).
3. Hubungan dgn manusia
1 interesting point yg ustaz ckp is 'manusia yg plg hampir dgn kita ialah Rasulullah'. but he didnt explain further. i though mayb throughout daily lives, we should make him as an example kot (wallahua'lam). nnti email die suruh dia explain lagi. owh.. hopefully semua org tahu yg bila org sebut nama Rasul, kita kene selawat (SAW).. nnti jd sebakhil2 manusia.. ust ada tambah 'hub dgn guru'n 'hub dgn sahabat', but sbb 'guru n sahabat' pun 'manusia', so me letak under point nih je lah.
*xsempat nk hurai panjang2. limited access towards internet (sy dlm lab.. huhu)

Sunday, September 27, 2009

Puasa 6 di bulan Syawal

Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ ÙƒَصِÙŠَامِ الدَّÙ‡ْرِ
.
“Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (HR. Muslim)
.

Wednesday, September 9, 2009

Malam Lailatul Qadar


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan [97:1-3]



Narrated Abu Salama:
I asked Abu Sa'id, and he was a friend of mine, (about the Night of Qadr) and he said, "We practiced Itikaf (seclusion in the mosque) in the middle third of the month of Ramadan with the Prophet . In the morning of the 20th of Ramadan, the Prophet came and addressed us and said, 'I was informed of (the date of the Night of Qadr) but I was caused to forget it; so search for it in the odd nights of the last ten nights of the month of Ramadan. (In the dream) I saw myself prostrating in mud and water (as a sign). So, whoever was in l'tikaf with me should return to it with me (for another 10-day's period)', and we returned. At that time there was no sign of clouds in the sky but suddenly a cloud came and it rained till rain-water started leaking through the roof of the mosque which was made of date-palm leaf stalks. Then the prayer was established and I saw Allah's Apostle prostrating in mud and water and I saw the traces of mud on his forehead." [HR Bukhari]
.
*fastabiqul khairat.. 'berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan'...

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

Bismillahirrahmanirrahim...

hari ni dah masuk 8 hari dlm bulan Ramadhan (Alhamdulillah).. tp skrg baru la nk betul2 wat entry utk Ramadhan. x cukup ilmu lagi nk menulis sebenarnya. but here is what i obtained from the Ramadhan handouts from Jabatan Mufti Selangor (moga Allah memberkati usaha mereka).


Dalil Wajib Puasa

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa" [Al-Baqarah : 183]


"Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad s.a.w bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan


“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):
"Sahaja aku berpuasa untuk sebulan, bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala".

Hikmah Puasa

These are only few of the hikmah for fasting:

1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).
3. Meningkatkan kesihatan diri (fasting lowers your blood sugar, your weight, n your blood pressure- baru je dgr ceramah bout this.. owh, but dont tersalah niat puasa utk 'turunkn berat badan ;) hehe )
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka (also hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah (keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Ramadhan: bulan yg penuh berkat

Ever wonder why dlm bln puasa we manage to read Qur'an at least 1 juzu' per day?
*sbb xde syaitan nk kacau ;) [well... thats why bila bulan puasa pun terasa mcm jahat gak, tu maknanya there's smtg from with our ownselves laa.. sbb syaitan dh xde nk kacau)

"Apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan” (Hadis riwayat dari Abu Hurairah r.a)

Ramadhan also bulan utk menghapuskan dosa =)
Rasulullah s.a.w bersabda, "sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu" (Riwayat Bukhari )

Doa Berbuka Puasa

* one of the doa yg awe susah btul nk ingat (xtau laa knp.. sbb setahun sekali hafal kot.. huhu... skrg letak dlm hp nyer notes.. huhu)

“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha mengasihani”.

SELAMAT MENERUSKAN IBADAT PUASA TO ALL.. MOGA TARBIYYAH YG DITERIMA MENJADIKAN KITA HAMBA-NYA YANG LEBIH BAIK.. IA..

Thursday, June 18, 2009

Peringatan buat diri

Once, kiteorg pernah wat 'lakonan hadith' masa jaulah. bout the diff btw org yg sabar n kurang sabar.. after thinking for sometimes (my muhasabah always occur quite sometimes aft the incident), i categorized myself under 'kurang sabar'. i tension2 1st, mengamuk2 dulu (in my own way.. biasanyer not smtg physically).. then, baru i think rationally, n 'bersabar'.. uh uh.... berusaha lg utk mmbaiki diri.. then, spy biasa, search for any readings yg blh memberi nasihat kpd diri sendiri (i miss my usrah group.. sob sob... eventho dh ada group usrah kat sini)..
.
Here's a quote fr a book that i read. *still need to find the source of hadith.
.
"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
.
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerjarumah.
... part nih yg paling terkena kat diri sendiri. baru je Allah uji sket, dh emo2 n tension2.. "jauhkanlah kami dr azab api nerakaMu, ya Allah".
.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya.
.
iii. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah.
.
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa.
.
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

Saturday, June 13, 2009

La Taghdob


Yesterday.. i was feeling very very very angry.. SERIOUSLY.. rasa mcm nk gigit org je.. huhu.. i'm not someone who will shout at other people when i'm angry.. paling2 teruk dlm sejarah pun, i'll lempar barang2 (ni mmg tahap kronik nyer tension la nih).. usually, when i'm angry, i chose to remain silent, xpun, gi nangis sorang2.. huhu..


Semalam, stage baling2 barang yg kurang kronik.. usually, kalu rasa marah at night, bangun tido dah ok dah. tp yg ni meleret2 lak. payoh sungguh.. (sindrom PMS kah?) so, i remain silent the whole morning. altho the other party dh msg an apology. teruk kah? terasa sedikit teruk, tp sbb hati terlalu keras n taknak insaf.. kene laa kasi tazkirah kat diri sendiri. so, i google kan 'jangan marah' n found this
article, cuma dlm indon laa.. Alhamdulillah.. terasa hilang perasaan marah tu. so, nk share the article- altho mempharaphrase sket2 =)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, telah datang seseorang kepada Nabi s.a.w. memohon kepada baginda agar berpesan sesuatu kepadanya. Baginda menjawab, "La Taghdob! (Jangan marah!). Sahabat itu meminta lagi agar baginda berpesan sesuatu kepadanya. Dan sekali lagi baginda mengulangi, "La Taghdob!", diulang sehingga beberapa kali. (HR Bukhari)


Imam Nawawi Rahimatullah berkata, “Jangan marah bermaksud, janganlah kamu menunjukkan kemarahanmu. Larangan ini, bukan ditujukan kepada perasaan marah itu sendiri, kerana pada hakikatnya, marah adalah lumrah manusia, yg tidak mungkin dapat dihilangkan dari perasaan manusia”.


Rasulullah SAW juga pernah menasihatkan, “Apabila salah seorang daripada kalian marah ketika dia berdiri, maka hendaklah dia duduk. Kalau marahnya tidak hilang, maka hendaklah dia berbaring” (HR Ahmad, Sahih)


Pada suatu ketika, seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya satu ilmu yang boleh mendekatkan saya kepada syurga dan menjauhkan dari neraka”. Maka baginda SAW bersabda, “Janganlah tumpahkan kemarahanmu. Nescaya dikau akan mendapat syurga’. (HR Thobrani, Sahih).


Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimatullah juga berkata, “Baginda tidak melarang kita dari memiliki rasa marah, kerana perasaan marah itu adalah lumrah manusia yang pasti ada. Tetapi, baginda bermaksud agar kita menguasai diri kerika muncul perasaan marah. Supaya kemarahanmu tidak menimbulkan dampak yang tidak elok. Sesungguhnya kemarahan itu adalah bara api yang dilemparkan oleh syaitan ke dasar hati bani adam….”


Tips Mengawal Kemarahan

Syaikh Wahiid Baali telah menggariskan beberapa tips untuk mengawal kemarahan. Diantaranya ialah:
1. Membaca ta’awudz iaitu, “A’udzubillahi minasy syaithanir rajiim”.
2. Mengingati besarnya pahala orang yang dapat mengawal kemarahan.
3. Mengambil sikap diam.
4. Duduk atau berbaring.
5. Memikirkan betapa ‘buruknya’ penampilan orang yang sedang marah.
6. Mengingati besarnya balasan bagi orang yg memaafkan kesalahan oran lain.7. Meninggalakan semua jenis bentuk celaan, makian, cercaan dan laknat keatas orang lain kerana semua itu termasuk dalam perangai org2 yg bodoh.


* wahh... susah gak nk translate bahasa indon nih :p yg italics tu, sbb xde idea nk tulis BM die ape.. hoho...

sbb tgh2 musim exam dimana semua org pun probability utk stresss semakin tinggi... hopefully entry nih membantu.. Selamat Study utk semua.. moga dipermudahkan dlm menghadapi peperiksaan. I always start exam with al-insyirah (utk ketenangan) n selawat 3x bila stuck with a quest =)

Tuesday, May 26, 2009

~ Sabar itu Indah ~




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan) [3:200]



Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim. [10:109]


Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [11:115]


*Ya Allah.. jadikanlah daku orang yg bersabar dalam menghadapi ketentuanMU..

Wednesday, May 13, 2009

~An Ayah per Day Keeps the Syaitans Away~


Daily Ayah:

"Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk atau pun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan" (Yunus,10:12)


Listening to my collection of MP3 ceramah sambil wat keje dlm lab (dlm folder jaulah m'sia; pemudiDD n Huruneen shud hv a copy). actually, bkn selalu pun. i dont hv earphone, so nk dgr from laptop tu, nnti mnganggu org lain. so, today, i transfer the file to my hp instead (hp ade earphone.. huhu... pasni nk kene beli earphone utk my lappy).

my lappy ^^



nway.. feeling refreshed aft listening to ust halim's 'ijazah n risalah' =) alhamdulillah. byk kali dgr topic yg sama, but with pendekatan yg berbeza. n ust halim's speech never make me bored =D

the ayat above is from the 2nd file, x dpt tangkap apa nama akhi tu. but he was referring the ayat to the way utk mendekati mad'u. it's soo true that people tend to seek His guidance and His help only when they need it, pastu kembali being neglectful (nauzubillah.. jauhkn kami dr tergolong dlm golongn ini). he was saying that masa dekat2 nk exam laa, tiba2 semua org jd baik. hehe.. true also. but, as a dai'e, we look fr the positive side, masa ni laa nk ajak smua solat hajat, tadarus sikit2, puasa sunat ke, qiam ke.. then selit pengisian sikit2 =)

then, he also said something about tarbiyyah zatiyah, being a dai'e yg blh di campak dimana2.. jgn selalu nk mengharapkan org lain. if there's no one, we need tu mulakan. sob sob.. awe need to berusaha lebih. moga diberi kekuatan.. Berusaha!

..back to my lab work.. bila laa nk habis taip management tool nih..

Thursday, April 2, 2009

~ an Ayah per Day Keeps the Syaitans Away~

Daily Ayah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya" (Al-Maidah, 05:100)

*this is my fav ayat, but (may Allah forgives me), i tend to forgot to apply it in mylife.. =(

Daily Hadith:
Diriwayatkan daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dgn akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain."
(H.R Muslim)


* i'm still in my muhasabah mode..

Rasulullah said that 'dosa is perasaan bimbang dlm hati'.. i admit that sometimes i did feel the feeling of uneasiness.. but kerana kelamahan diri, i tend to ignore.. listening to Pandangan Mata by Hijjaz, i was put into a deep thoughts when it says that when we pollute our hearts, we wont be seeing the truth anymore.. moga2 Allah x terus menhijap hati awe from seeing n feeling the truth.

doakan awe.. (missing those who always give me peringatan... pray that i'll always mujahadah n istiqamah even without my thoifah n hawariyyun di sisi.. moga Allah temukn teman2 sebaik mereka di sisi.. amiinn)

Tuesday, March 17, 2009

~an Ayah per Day Keeps the Syaitans Away ~



Daily Ayah:
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur” (An-Nahl: 78)



Daily Hadith:
Diriwayatkan daripada Aishah r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda: “ Sepuluh perkara dari (peraturan kebersihan) yang dituntut agama, iaitu: menggunting misaim, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi, membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas’ab: “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu tidak lain dari berkumur-kumur”. (H.R Muslim)