Tuesday, April 29, 2014

Nasi Minyak Hujan Panas



Assalamualaikum :)
 
Menu jumaat lepas dh ni. hehe.. tiba2 terasa mcm nk makan nasi perisa2.. godek2 tgk nasi apa yg paling senang nk buat. ni je resepi yg bahan semua dh ada kt dapur.. kejap je buat dh boleh makan.

Ekceli byk juga gambar yg tun amik. tp biasa la, ada hari2 yg pusing la angle celah mana pon, gamba ntah ape2. blur laa, gelap laa.. last2 satu ni je yg ok sket. tun malas nk belajar photoshop or edit2 gambar ni, jd mana yg ok, ok laa.. kalu gambar xde satu pon yg jadi, xde la n3 resepi tu dlm blog. huhu...

ok laa.. n3 cepat2 sbb nk gi BW ^^


Nasi Minyak Hujan Panas
resepi: tun telani

Bahan2:


  • 2 cawan beras
  • 1/2 cwn susu sejat 
  • air secukupnya - mcm masak nasi biasa ye, cuma kurangkan sebab dh letak susu tu
  • 1 sb besar butter - blh guna minyak sapi, tp tun x suka bau dia
  • 1 sb minyak masak - tun guna olive oil
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 btg kayu manis
  • 4 bj cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - simpulkan
  • garam secukupnya
  • pewarna ikut suka- biasa tun just guna hijau dn merah

Cara:
  • tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sampai wangi. 
  • masukkan beras dan daun pandan dan gaul2 sebentar atas api sederhana.
  • masukkan dlm rice cooker, dan tambah susu, air dan garam.
  • masak seperti biasa. bila nasi dah kering, titikkan pewarna pilihan dan gemburkan.
  • siap! ^^

Monday, April 28, 2014

Sushi lagi.. melayan tekak.. hihi



Assalamualaikum wbt :)

Monday morning! not working bcoz i'm taking the semester off, mengada2 melayan perut.. kui kui... i'm the type of person that takes things slow and easy. altho sometimes it's just due to my laziness.. huhuhu...

nway, lazy or not, if you want to eat good food, the only choice is to make your own.. unless you live in a place where there are lots of high-end restaurants. so, nak makan punya pasal, kene laa rajin kan.



ffilling ikut apa yg ada kat dapur je.. crab stick dan timun pon xde.. yg penting puas hati dpt mkn sushi ^^

Sushi
resepi: tun_telani
Bahan2 (blh dpt 4-5 gulung sushi sblm kerat kecik2):

  • 1 1/2 cawan beras sushi (jgn guna beras lain lak)
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan rice vinegar (cuka beras)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • roasted seaweed

filling
  • carrot- potong panjang2
  • timun- potong panjang
  • telur- dadar n potong panjang jugak (me campur mayonis)
  • tuna
  • crab stik
  • seaweed
Sauce
  • light soy sauce
  • wasabi

Cara2:

  • Masak beras dgn 2 cawan air (mcm masak nasi biasa dalam rice cooker)
  • Campurkan rice vinegar, garam, dan gula, n masak atas api yg perlahan sampai gula hancur.
  • Tunggu nasi sushi tu suam2 sket, n tuangkan campuran cuka td dlm nasi. gaul dgn hebatnyer sampai sebati.
  • Letak seaweed atas papan gulung sushi. pastikan dh alas ngan plastik papan tu, nnti nasi melekat kt celah2 lubang dia, susah nk basuh.
  • Ratakan nasi sushi atas seaweed tu, tekan2 sampai mampat (xnak nnti dh potong dia relai).
  • Letak filling kesukaan kt hujung, dan gulung kemas. 
  • dah siap gulung, boleh laa kerat2 ikut ketebalan yg sesuai. pastikan pisau tajam, ye. nnti potongan x cantik. pastu lap bersih pisau dgn kain lembap every now and then, sbb beras tu suka melekat2 kt pisau.
  • Siap!! blh makan ngan light soy sauce.  


Monday, April 21, 2014

Yong Tau Fu



Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah masih diberikan kesihatan oleh Allah pada hari ini. Semalam tun ada usrah, bincang topik sombong/takabbur dr kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali.. mmg sombong dan takabbur ni penyakit hati yg sgt halus. Imam Ghazali kata sifat sombong tu akan jadi tabir kita dgn syurga sbb nabi cakap “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim).. takut kan? 

As food blogger ni, bila orang puji2 kita pandai masak, or puji gambar cantik, kdg2 terdetik rasa bangga dlm diri. biasa la, manusia kan suka org puji.. jd cepat2 istighfar, takut perasaan tu makin lama jd riak pulak.. huhu.. 

** saje2 sharing utk peringatan diri sendiri.. hihi... semoga kita terus baiki niat blogging dgn niat utk berkongsi dan meraih pahala dr Allah.. aminnn...


Arini nk share resepi Yong Tau Fu yg dh byk kali tun buat.. jumaat aritu nmpk org tunjuk gambar yong tau fu kat FB... terus terliur.. huhu... masa2 mcm ni bersyukur sgt2 Allah jadikan tun suka memasak, kalau tak jenuh jugak nk cari yong tau fu yg confirm halal kat sini.. pagi sabtu kuar shopping terus beli bahan2 yg perlu.. ptg blk godek2 kejap je dh siap n blh makan.. nk jadikan citer sepanjang hari blackout ada org langgar tiang letrik.. Alhamdulillah, amik gambar kat2 maghrib dgn cahaya malap2 matahari elok pulak kuar gambar nih..


Resepi masih lg guna resepi Minami nih..dh blh hapal sbb senang dan sedap.. tun xleh mkn kangkung, jd celur bendi je.. ingat nk wat chee cheong fun jugak, tp sbb xleh letrik, xsanggup  berpanas lama2 dpn kukusan..

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani


Bahan-bahan ( 5-6 orang )


  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun tak
    letak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak
  • 1 sk sos tiram - tun tambah 
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain

utk sup, tun boil kiub ayam, halia dan sedikit garam. tun celur bahan2 yong tau fu dlm sup ni juga.

Friday, April 18, 2014

Alhamdulillah... kembali dgn Laksa Johor ^^


Assalamualaikummmm /XD

Alhamdulillah.. alhamdulillah... kembali menemui kekuatan dan kesihatan utk memeriahkan dapur maya tun nih.. terima kasih pada followers baru dan readers yg sudi singgah walaupon dh 4 bulan tun menyepi..

Alhamdulillah.. rezeki Allah bg pada tun dan suami, insyaAllah kami akan menamatkan zaman honeymoon berdua akhir ogos nnti. Doakan spy dipermudahkan..dh masuk 5 bulan ni, Alhamdulillah alahan dah berkurang dan boleh kembali masuk dapur :)


rindu sangat2 nk ber-BW.. rindu kat kawan2 alam maya especially yg x jumpa kat FB. insyaAllah pasni marathon BW.

Arini menu sulung Laksa Johor.. buat lps subuh td, utk bekfes lunch dinner terus. hahaha :p resepi dr ratu laksa johor kak sheila, tp sbb malas nk menaip tun cnp dr blog kak ummi.. tp tun punya versi ngelat + pemalas, blend sardin je.. hahahaha.. sungguh kurang sopan.. tp blh bg excuse tun xleh bau hanyir ikan, mmg nk termuntah.. sardin pon sardin la, asal licin makan, betol x?

LAKSA JOHOR
Resepi: Chahaya Sheila
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, tun_telani

Bahan:-
  • 500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri) - tun pemalas guna Sardin Adabi
  • 200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
  • * 1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
  • 1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
  • 3 batang serai - dititik
  • 50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
  • 400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
  • 2 sudu besar kerisek
  • 1 - 2 keping asam gelugur
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • beberapa kuntum bunga kantan
  • daun kesum secukupnya
  • 1 paket spaghetti
Bahan hiasan:-
  • daun pudina - akak x letak
  • sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
  • 2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
  • 5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
  • bawang besar - dipotong nipis bulat
  • timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila) - tun sagat je
  • cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
  1. Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
  3. Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
  4. Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  6. Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
  7. Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
  8. Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
  9. Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
  10. Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
  11. Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.
  12. SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.
  13. HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi