Thursday, April 28, 2016

Jelly Kelapa


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah alhamdulillah.. Allah bg kekuatan utk bayar hutang puasa tahun2 lepas walaupon dlm musim panas. huhu.. byk nk kne ganti sbb alahan tun sgt teruk masa pegnen.. gigil jugak bayar fidyah last year.. hahahha...pastu sblm ni nk puasa duk risau ebm makin kurang, ni harith dah campur minum formula jugak, jd dh x mengepam.. jd skrg tgh marathon ganti utk kurangkan hutang. hihi

Dah lama xbuat jelly kelapa nih. last time beli kelapa, sekali belah dah tua.. kuciwa rasa hati. kali ni beli 2 bijik, alhamdulillah byk jugak air dan isi masih lembut. harith suka sgt2 minum air kelapa. wiken lepas gi minum kelapa tepi pantai, berebut dgn dia je kelapa tu.. pastu meraung sbb dh habis.. haha.. sabo je la..
 

Byk tahun dah guna resepi kak nor nih.. lembut sedap je masuk tekak.. tun buat separuh adunan sbb dua biji kelapa tu tak sampai 1litre pon air, tambah air masak utk cukupkan 1.3litre.

Jelly Kelapa Muda
Resepi: kak nor@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm) 
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda 
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat 
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
  • 3 helai daun pandan
     
Cara-cara
  • Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Monday, April 25, 2016

Yong Tau Fu


Assalamualaikum :)

n3 cepat sementara tunggu maghrib nk buka puasa ^^ 

kat FB kuar gambar yong tau fu, memories few years back. tiba2 tekak terasa mcm nk makan pulak. planning nk buat wiken, tp terbizi sket, jd postpone smp arini.


Byk kali dah buat, smp buleh hafal dah.. senang dan sedap resepi nih. puas hati buat sendiri blh mkn byk.  tun xleh mkn kangkung, jd celur bendi. air rebus bahan2 tu tun guna utk kuah bihun sup. hihi..


Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka - 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun xletak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun tak letak
  • 1 sk sos tiram - tun tambah
  • 1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain
ps: kali ni terasa mcm nk campur kacang, jd tun masukkan dlm 2 sudu kacang tanah dlm kuah dia.

**Isi dia tun celur dlm sup.. just rebus air dgn kiub ayam, pastu tambah halia dan garam sket.. =)

Thursday, April 21, 2016

Plain White Loaf


i knoww... i know.. shud type 'Loaf' instead of 'Bread'

Assalamualaikummmm~~

wahhh... dua hari berturut2 mengapdate blog! kagum dgn diri sendiri.. haha... harith baru je lena setelah seharian duk melekat kat mama.. baru la blh mengadap laptop jap. merajinkn diri mengupdate sbb ramai yg minta resepi roti ni :)

gebussss
i loveess baking bread.. love the smell of yeast ^^ utk buns n small bread yg letak mcm2 flavour tu, i already hv my favourite basic bread recipe. kalau tgk resepi roti2 tun, mmg biasanya tun duk ulang resepi yg sama. tp resepi tu xsesuai utk buat loaf. dia jd berderai bila tun slice.

after sooo many recipes that i tried, found this very simple recipe.. and it's perfect! lembut gebus dan x berderai.. nyum nyum... resepi ni cukup2 utk 1 loyang roti tu.. dh try beberapa kali (gambar adalah hari2 yg berlainan ye).




ada budak tak sabar nk makan.. haha.. xsempat mama nk amik gambar byk2 sket.

Sahur pagi tadi... bread n jem je.. perfect with a mug of hot chocolate

So, here's the recipe :) from some taiwanese chef that had won some bread competition.. happy baking!

Plain White Loaf
Sumber: dapur ibu cergas
Sumber: tun telani


Bahan2:
  • 375g tepung roti
  • 30g gula
  • 3/4tsp garam
  • 20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
  • 1tsp instant dry yeast
  • 240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker dan set dough (sejam setengah). Boleh juga guna mixer mata cangkuk atau uli tangan :)
  • Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian sama berat dan rehatkan 10 minit.
  • Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  • Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  • Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
ps: all pictures taken in this n3 (except for the first one) are taken using my hp.. so the quality is not that good.

Wednesday, April 20, 2016

Apam Mentega lagii dan lagii ^^


Assalamualaikummm :)

Fuhh... 1st n3 in april.. saboo je laa.. dulu tiap2 hari mngadap blog.. siap kdg2 sehari 2-3 entry.. skrg xtau laa ke mana mood ber-blog pergi.. sekali sekala angin R tiup sepoi2 bahasa utk mengapdate.. huhu...

Sayang blog ni.. sbb blog ni jumpa ramai kawan2 baru.. jumpa akak2 GMM semua. dari alam maya  ke fb, ke laga2 pipi, siap kirim2 brg bagai.. seronok sgt zaman semua aktif berblogging.. sayu pulak rasa.. ceewahh... feeling pulak petang nih.. kih kih...


nway.. ulang lagi n3 apam mentega nih.. salah satu apam feveret tun, apam penyelamat bila xtau lgsg nk masak kuih apa utk hidang ke tetamu atau bw ke usrah. sbb insyaAllah bahan2 dia selalu ada je kat dapur.. 


first tun makan kat umah kak liza, blogger first yg tun jumpa masa tun ke kuching.. back in 2011.. wahh... lamaaa tu. cepat betul masa berlalu. sejak makan apam ni kat umah kak liza (dan dgn xmalu nyer tapau wat balik.. kih kih).. tun dh puluh2 kali kot buat apam ni.. haha.. tp xde la tiap2 kali upload kat blog kan. naik menyampah readers nnti.. hihi..
 

resepi ulang tayang utk menghidupkan blog. ahaks ^^

Apam Mentega
Resepi: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  • Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  • Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  • Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  • Perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  • Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  • Selamat Mencuba.......