Monday, October 29, 2012

Soto Ayam + Bebola Ayam


Assalamualaikumm~~~~ :x

Masing2 dh kembali bekerja mcm biasa arini ye.. sure peti ais masing2 penuh ngan daging kan. tun kt sini beli daging frozen je. huk huk.. sadis betol.. huhu... nway, tun x makan daging pun, jd xde la terliur bila family tun duk MMS sup gearbox laa, gulai daging laa, perot lembu la.. tp jeles nengok org gotong-royong melapah lembu. tun habiskan raya dlm kolam kt hotel. hoho..

nway, menu pagi raya, merangkap menu buka buasa mkm sebelum raya. mula2 plan nk wat bakso, tp tukar last2 minit kepada soto. tp guna resepi bakso utk chicken ball tu.


resepi gugel jumpa kt myresepi. mmg sedap kuah soto nih. tun mkn ngan bihun sbb xsuka kombinasi nasi himpit + sup. my laling makan dgn byknyer. haha...

Soto Ayam
resepi: DianaA @myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 orang )
  • 6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
  • 2 ekor ayam, dibelah empat
  • 3 - 4 liter air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • 3 batang serai, dititik
  • lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 tangkai bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis
  • Bahan untuk Dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
Bahan untuk Sambal Kicap
  • 5 batang lada merah
  • 20 biji lada padi merah thai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap lemak manis 
  • 3 sb bawang goreng - tun tambah
  • sedikit air asam jawa - tun tambah
Bahan Hiasan
  • bergedil
  • taugeh yang telah dicelur
  • daun sup, dipotong halus
  • bawang goreng
  • sambal kicap
  • ayam, yang telah disiat-siat
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati. Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.
  • Cara membuat Sambal Kicap - Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.
  • Cara menghidang - Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap. 

Bebola Ayam
adaptasi dr resepi Bakso
sumber: kak Ika

Bahan2:
  • 400g daging ayam hancur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam 
 Cara2:

  • Campurkan semua bahan. 
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan - tun rebus dlm kuah sup


Thursday, October 25, 2012

Oreo Cheesecake


Assalamualaikumm~~

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. mesti masing2 gembira balik kampung semoga selamat perjalanan semuanya. tun x blk kg raya nih :(  xde nk masak byk2 pun, masak special sket utk buka puasa td, simpan smp utk raya esok. huhu.. iA esok lps semayang raya nk gi jln2 ke miri.

cheesecake feveret my laling ni buat utk sambut bday kawan tun last week. resepi simple yg tun godek2 zaman belajar dulu. mmg xpernah guna resepi lain, adik ngan kakak tun pun guna resepi ni kalau wat cheesecake, insyaAllah menjadi :)


tuan rumah xsihat lagi, so xde nk bebel panjang2. huhu.. have a wonderful raya, semoga ibadah korban kita tahun ni diterimaNya, insyaAllah.

Oreo Cheesecake
resepi: tun telani

Base:

  • 2 packets  Oreo- remove the centre, hancurkan/blend
  • 50g butter - melted

  • mix both, tekan2 on your loyang (i use baking paper to alas), and masukkn dlm fridge for about half n hour..

filling:

  • 250g cream cheese
  • 200ml whipped cream
  • 2 eggs
  • 1 tbs lemon juice (or half limau nipis)
  • 2tbs flour (ratakan, bukan bumbu)
  • 90g sugar (about 6 tbs)

  • blend everything!
  • pour the filling onto the base, bake for 30-45min, 180degree.
  • Sejukkan selama 4 jam sblm kerat

Wednesday, October 24, 2012

Homemade Butterscotch Sauce.. sedap! ^^



Assalamualaikummm~~~

tuan rumah demammmmm.. sakit tekak + runny nose + sakit kepala /blur  (ni n3 menagih simpati.. :p ).. agak2 demam sbb x balik kg raya aji kot. huhu.. kompom dh xberaya tahun nih :((  nway, demam2 pun, asyik lapaa manjang. maybe sbb asyik hujan je kan.

apa2 pun, demam x demam, bila terasa mcm nk makan smtg tu, berdentang dentung gak kat dapur. tgk kak mas tayang butterscotch ni, terus drooling.. kebetulan pulak my laling duk sebut2 pasal butterscotch, apa lagii.. terus kerjakan bibik menguli roti. nk mkn butterscotch kene la ada roti panas2 kan ^^ mmg sgt yummyy!! tp beware.. xsesuai utk org diet. hihi.. (pejam mata, jgn naik penimbang :p)
Satu adunan dapat 2 botol nih ^^
Butterscotch Sauce
Resepi: cook.com
Sumber: Kak Izah , Kak Mas
Bahan :

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 tsp. vanilla
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan butter
  • secubit garam (optional)

Cara :
  • Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masak atas api yang kecil hingga gula hancur.
  • Tambahkan vanilla dan butter.
  • Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
  • Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota:
  • Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas.
  • Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
  • Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi... <- tun rasa 3-4minggu pun ok lagi sos nih ^^

Tuesday, October 23, 2012

Agar-agar Pandan Kristal Jelly


Assalamualaikumm~~~

n3 ala2 wordless sbb xde mende nk citer tp nk menghidupkan blog. huhu.. tq kpd semua pengunjung yg sudi dtg sapu2 habuk kt blog yg suam2 kuku nih. tuan dapur x bape sihat, asyik hujann je, hidung dan tekak pun dh rasa xsedap (skrg duk berbungkus dlm sleeping bag.. sroottt... srottt..). kunjungan amat dihargai, nnti slow2 tun wat kunjungan balas ye :x


teruja tgk agar2 kak izah, baru berjaya buat. eh, xde la baru sgt, buat last friday. tp nape nmpk kak izah nyer lagi berlemak ye.. tun mcm kene tambah susu, tp dh sukat half cup. huhu.. pastu jelly ni degil, dia nk turun ke bawah je. dh xjadi cantik mcm kak izah nyer.. tun guna agar2 serbuk.

AGAR AGAR PANDAN KRISTAL
resepi: kak Sue Joshua
sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus agar-agar tali (2o gm) *izah guna agar-serbuk 10gm
  • 4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air) *izh guna cawan 250ml
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
  • 1/2 cawan gula pasir *izah guna ukuran sudu dan cicip rasa manis ikut citarasa
  • 10 biji kecil jelly yang telah siap (segera) *izah guna sumi jelly lebih 10 biji
Cara-caranya:


  • Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
  • Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
  • Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.

Friday, October 19, 2012

Sushi.. jumpa seaweed yg sedap ^^


Assalamualaikummm~~~~

uwaa... lamanya x tgk bloggggg!! sorry sgt2.. xtau laa penyakit M dtg dr mana. mula2 tu bizi smp xcukup napas, bila dh habis zaman bz tu, mula laa dtg perasaan nk duduk2 goyang kaki.. huhu..teruk betul kan.. :p 

skrg dh hbs musim final exam, petang ni ada meeting postmortem n re-check kertas jawapan, kot2 laa ada cikgi yg baik hati kasi markah lebih yg x sepatutnya kan (ni tun nyer hypothesis laa, x penah pegi meeting utk go through pemarkahan.. hoho). nway, sementara ada perasaan nk mengapdate kan, better update cepat2, nnti tiba2 virus M menyerang lagi, agaknya smp tahun depan la blog ni sunyi sepi..
 
last wiken ada hal gi kuching, ekceli, 2 minggu berturut2 turun kuching. huhu.. drive pulak tu, bunyi mcm dekat je kan.. kuching-bintulu perjalanan lebih kurang 10jam tau. hoho.. mmg duduk sarawak ni, meter kereta tu cepattt je naik. nway, nk citer pasal beli seaweed kat Giant je sebenarnya.. lama x ronda2 giant tu, tgk seaweed dia murah pulak. so borong 2 peket. dh lama betul x mkn sushi, my laling pun dh merungut2 bilaa laa wife dia ni nk wat sushi. hihi.. me suka beli sushi yg atas dia letak seaweed tali2 nih..mmg gembira betul bila jumpa kat frozen section.. angkut sepeket setengah kilo, wat bekalan setahun. hihi


seasoned seaweed kat atas. letak byk2 sedap! ^^
Sushi
resepi: tun telani

Bahan2 (blh dpt 4-5 gulung sushi sblm kerat kecik2):

  • 1 1/2 cawan beras sushi (jgn guna beras lain lak)
  • 2 cawan air
  • 1/3 cawan rice vinegar (cuka)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • seaweed

filling (ikut suka nk letak apa ye)

  • carrot- potong panjang2
  • timun- potong panjang
  • telur- dadar n potong panjang jugak (me campur mayonis)
  • tuna
  • crab stik
  • salmon- kalu jumpa laa

Sauce

light soy sauce
wasabi


Cara2:

  • Masak beras dgn 2 cawan air (mcm masak nasi biasa).
  • Campurkan rice vinegar, garam, dan gula, n masak atas api yg perlahan sampai gula hancur.
  • Tunggu nasi sushi tu suam2 sket, n tuangkan campuran cuka td dlm nasi. gaul dgn hebatnyer sampai sebati.
  • Letak seaweed atas papan gulung sushi. pastikan dh alas ngan plastik papan tu, nnti nasi melekat kt celah2 lubang dia, susah nk basuh.
  • Ratakan nasi sushi atas seaweed tu, tekan2 sampai mampat (xnak nnti dh potong dia relai).
  • Letak filling kesukaan kt hujung, dan gulung kemas. 
  • Dah siap gulung, boleh laa kerat2 ikut ketebalan yg sesuai. pastikan pisau tajam, ye. nnti potongan x cantik. pastu lap bersih pisau dgn kain lembap every now and then, sbb beras tu suka melekat2 kt pisau.
    Siap!! blh makan ngan sauce yg disukai

Monday, October 1, 2012

Slice Cheese Cake


Assalamualaikumm..

it's First October!!! seriously.. siapa yg x perasan tahun ni dh nk habis? *angkat tangan*  tun rasa laa kan, makin lama makin cepatt sgt masa berlalu. pastu kan bila fikir lebih sket, mula la duk ingat 'dunia kata pergi, akhirat kata mari'.. :-S  teringat masa baca kat blog sorg ustaz tu time bday dia. tp ayat dia lain la, ni ayat tun tulis ikut kesesuaian umur tun. kalau la hidup smp 60 tahun, maksudnya, dah lalu hampir separuh hidup, tp kalau cuma hidup smp 40 tahun, dh melepasi hmpir 3/4 kehidupan.. tp pejam celik pejam celik, tiba2 dh smp hujung jalan.. mana laa nk berterabur cari berapa byk je amalan yg nak bawak jadi bekal. bekal makanan je byk nih. agak2 blh tolong utk masuk syurga x? uhuk uhuk..... (ni mode pemikiran tun yg selalu mengganggu tiap2 kali rasa mcm cepat sgt masa berlalu.. huhu.. )

nway, tun doakan tun dan semua pengunjung menjadi orang yg soleh dan solehah, insyaAllah..  jom sama2 berusaha nk masuk syurga ^^  nnti sape2 yg try resepi dlm blog ni, sambil2 buat kuih tu, doakan utk tun jugak ye. hihi...


tu je tazkirah ustazah tun arini. hihi.. ;) slice cheese cake ni tun buat hari ape ye.. lupa dh.. khamis or jumaat. semlm tgk bekas dh kosong.. mmg my laling ni hantu cheese cake. tu yg tun jarang2 buat, sbb nnti makin bam bam budak sorang tu. hehe... ni 2nd time tun buat, masa 1st time dulu jd naik cantik je (refer SINI) tp kali ni mcm penyet sket, huhu.. overmix kot. nmpk mcm my laling lajuu je makan yg ni, bahagian bawah tu dense sket, atas gebu elok. suka la dia makan. yg purpel tu saje tun asingkan sikit adunan, campur ngan yam paste, wat corak2 sket kasi cantik :)

Slice Cheese cake
Resepi: Onigiri@myr
adapted by: kak haSue

Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft - tun guna Kraft
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus - 1/2 cawan  - ni tun letak 100 g sbb cheese tu masin sket
  • 110g tepung gandum - 1 cawan + 1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.