Assalamualaikummm :)
Dah nearly separuh ramadhan berlalu kan.. setakat ni masih belum jejak lagi kaki ke bazar ramadhan.. kdg2 terasa malas jiga nk masak sbb penat blk uni, tp sbb malas nk berpusing ke bandar dan mengharungi traffic jam mereka yg beramai2 ke bazar tu kan, jd masuk jugak dapur walaupun masak cincai2 je.
bubur som som ni wat utk berbuka semalam.. seumur hidup x penah makan dan x penah jumpa pon kuih nih.. tp sbb a good friend of mine kat sini duk sebut2 ckp nk makan kan, so tun pun godek2 lah.. senang je rupa2nya kuih ni.. rasa dia mcm lapisan atas kuih tepung pelita tp versi pejal sket.. hihi... lemak dan sedap makan sejuk2 ngan air gula.. tp masa terawikh smlm kwn tun ckp biasa dia lembut sket.. hahhaha.. mana laa tun tau.. :p tgk mcm org buat dlm acuan mcm2 kan, kalau lembik xkan blh set dlm acuan. tun masak agak lama, rasa2nya kalau nk yg lembik2 sket masak kejap je samp letup2 tu terus tutup api la kot.
Bubur Som Som Pandan
Resepi: kak fida@myr
Sumber: tun telani
Bahan-bahan:
- 100 g tepung beras
- 100 g tepung jagung
- 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
- 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
- 1 sk garam atau secukup rasa
- sedikit pewarna hijau (opt)
- 500 g gula melaka
- 1000 ml air
- 2 helai daun pandan - disimpul
- Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
- Sajikan bersama sirap gula melaka.
14 comments:
suke..suke..nyum2x
cantik susunannya..lagi berselera nak makan...
ada buat gak smalam
buatnya mudah & sedap pulak tu.
Alahaiiii...sedapnya...
Pebret akk ni tun ..
Sedapnyer bubur som-som..lama tak makan..
lemak2 manis gitew hehe.
Cantik Tun buat kaler maler tuh..menarik sangat
I luv bubur som som gak.. cantik terbentuk
So sweet tengok sum sum love tu Tun ;)
alololo kiutttnya bubur som som tun tu....
meh semangkuk
akk pun tak pernah mkn jugak kuih ni tun...hihhi
bubur sum sum favaourite hubby akak dan mak akak..dah buat hari tu..tapi dia orang suka yang gunakan gula pasir jadi kuahnya tu putih aje..
Sedapnya Tun, tapi bab nak kacau tu yg bercinta tu
Sedapnya tun, akk pun tak pernah buat ni, tapi pernah rasa jiran bagi, sedap lemak2 manis. cantik
Post a Comment