Thursday, September 19, 2013

Chicken Pie with Hashbrown Topping


Assalamualaikummm :D

Alhamdulillah.. arini berjaya akhirnya duduk mengadap blog kesayangan.. minggu lepas bizi dgn planning mukhayyam, then gi mukhayyam kat sibu 3 hari.. isnin balik mmg kepengsanan.. sakit badan ooo.... tp alhamdulillah, sgt2 gembira jumpa akhwat2 semua. tema ukhwah, mmg by the end of mukhayyam terasa rapat dgn semua peserta walaupun ada yg baru 1st time jumpa time mukhayyam.. insyaAllah next program kita jumpa lagi ye /XD

xde resepi yg blh di update.. sbb masak biasa2 je. lauk pun ulang2 n byk masak lauk campak2 je. hihi.. sbb nk jugak update blog, jd teringat pula kat resepi yg tun hntr ke majalah Jelita beberapa bln lepas.. resepi ni blom update lg kat blog.. so, tepek je la gmbr lama nih..




dh biasa wat chicken pie kan.. kali ni sbb mk guna product simplot, jd topping dia tun guna hashbrown. senang, cepat dan sedap :D selamat mencuba ^^

Chicken Pie with Hashbrown Topping

Resepi: tun telani

Bahan-bahan
  • 200 g Hash brown
  • 2 sudu kecil mentega
  • 2 keping dada ayam- di dadu
  • 1 paket serbuk mushroom soup
  • 1 biji bawang besar- dadu
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 batang lobak merah- di sagat
  • 2 btg saleri- di dadu
  • ½ cawan corn kernel
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara
  • Goreng hash brown sampai masak, hancurkan kasar menggunakan garfu dan gaul dengan 2 sudu kecil mentega. Ketepikan.
  • Panaskan mentega dan tumis bawang sekejap. Masukkan isi ayam dan tumis sampai ayam hampir masak.
  • masukkan serbuk mushroom roup, lobak merah, saleri dan jagung. Gaulkan dan masukkan air sedikit. Biarkan mendidih.
  • Masukkan tepung gandum yang di larutkan dalam sedikit air. Masak hingga pekat.
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • Sejukkan sebentar dan masukkan dalam bekas ramekin dan letakkan hash brown di atas setiap pie.
  • Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau hingga keperangan.


11 comments:

ummiaisyah said...

salam tun..senang buat ciken pie cam ni kan...mkn pon tak berterabur.sudu-sudu je

Mel said...

Tang hash brown tahu rasanya..tapi chicken pie...kena cuba sendiri ni nak tahu rasanya..

pas ni mel plak nak jejak ke Sibu. Tak pernah sampai lagi ni..nanti dah nak pindah baru kelam kabut pusing2 semua tempat..uhu

Anonymous said...

aseeff..hash brown tu ape?kat kedai2 bese bole dpt ek?

adda syuhada said...

terbaikkkk...

Cendana Kasih said...

salam tun...sedapnyer...boleh la cuba..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam Tun, kak Ros tengah terliur ni

Unknown said...

huhu...campak2 pun jadi juga 3 mangkok kan? akak punya campak2, lepas tu lupa letak apa...haha..
ni nmpk sedap ni Tun, harshbrown tu kesukaan akak.

Rohah said...

nmpk sedap sgt la TUN..Akk dpt bayangkan kepenatan tu...dulu time akk bekerja mmg kerap ada muhayyam...

Gee® said...

Wow! Nk semangkuk...

Anonymous said...

mangkuk comel so nampak sedappp :)

Jom usha koleksi Resepi, Petua, Gambar & Cerita @  buatwanita.blogspot.com

anymz said...

salam tun.
lama betul akak tak berkunjung ke sini..kopi ada tun.mai secawan boleh dok sembang lama sikit sambil mkn pie haha