Thursday, February 2, 2012

Sup Ayam Berempah


Assalamualaikumm~~~~

arini bekfes mkn oat je. lama betul x makan oat, bila mkn terasa sihat ^^ sup ayam ni menu 2hari lepas ye. resepi CMG, saje2 tukar selera guna resepi yg lain. biasa tun just tumis rempah 4 sekawan tu je. kali ni kuah dia pekat sbb byk rempah, sedap! sowi la pakcik mat sbb memandai letak 'berempah' kt blkg tu. supaya nnti senang nk ingat n bezakan.. sup ni ala2 sup ayam hadnyai yg glemer kt myr tu, cuma ratio rempah yg berbeza. resepi called for 1 whole chicken, tp sbb mkn 2 org, pandai2 la adjust. 

tuan rumah x bape nk betul sket kepala pagi ni. pagi td bgn awal betul, lepas semayang n maathurat tertido pulak.. haish, bila tido lepas subuh n bgn lambat mula laa rasa haru kurang productive dan akan mengganggu flow sepanjang hari :( iA mlm ni cuba tido lebih awal. BW akan slow sket arini, tp iA akan cuba membalas kunjungan..



SUP AYAM BEREMPAH
sumber: CMG@DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional) - tun x letak
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
1 batang saleri- tun tambah
1 batang carrot - tun tambah
sedikit tauge- tun tambah

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....

20 comments:

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Tun.
Ha! Yg cam ni akak suka.. Simple dan sedap. Nak buatnya pun cepat. Akak tumpang makan kat sini dululah...

mala said...

salam tun, sedapnya sup ayam berempah. lama dah tak buat. selalu buat clear sup saja.

Liza said...

salam tun...bestnya tgk sup tu, ala2 macam sup mamak kan...pekat..

dZana said...

demam2 ni mmg best kalau dpt semangkuk sup tun ni..

quinnie said...

bagus tun pelbagaikan resepi...cmg nye resepi biasa nya sedap2 belaka..tak rugi cuba..hehehe

Mas said...

tun..
kak mas suka sup ayam gini..
kalau dapat hirup..
perhhh..berpeluh2 dibuatnya...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Anak akak baru minta sup ayam...hem akak suka tambah satu lagi menu untuk gandingkan dengan sup ayam - bergedil kentang dan sambal kicap..mak ai..tak bangun dari kerusi

Cheq Sue said...

tun, cheq sue tak berapa suka kalau sup berempah camni, macam x sedap je bila nak hirup... he he he...

jangan marah ya...

cik cek said...

Sedapnya tun...tetangahri ni dapat hirup semangkuk sup ayam...tak makan nasi pun tak pe ..janji dapat hirup sup...slurp...slurp....sedapnya...:)

Wanieyra said...

Salam Tun...

Sup mcm ni ira mmg suka...kalau sup yg biasa ira buat utk anak2, mmg tak leh nak telan rasanya....

Wattie said...

Assalamualaikum Tun,
Waaaa sup tulang yang kuah pekat macam ni la baru best, boleh buat cicah dengan roti benggali ni, tumpang hirup sikit ya

Kak Nik Ja said...

salam tun..panjang jugak resepi nya yek! nak fenuh satu muka kertas A4..hihi...marbeles!!

Unknown said...

Tun...sedapnyer mkn sup gini ngan rotiii..... time demam2 nih leh panaskn badan kn.....sluurpppp....

nOOrsha said...

waahh sukee! klo rajin leh rebus ns himpit..sedapnyee mkn ngan sup ayam berempah gini :)jadilah soto..hihi

Yatie said...

dpt hirup kuah sup hangat2 ni mmng best..meh bagi semangkuk kat akak..he3..

CT Delima said...

As'salam Tun

semalam k.ct masak sup ayam gak, resipi dari Mat Gebu. Tapi sup tu lebih kurang macam kuah soto..hihi. sedap sangat2 masak sup alah2 soto anak2 memang suka siap hirup2 dan cecah dengan roti sekali.

Tun..maaflah ya kalau k.ct ni lambat nak jengah blog. ni pun nak masuk blog kawan2 dah berapa kali refresh asik mengong jer tenet kat umah ni.

Unknown said...

boleh tambah nasi... dan wajib ada sambal belacan pulak...sambil sirup sup ni.. nk tapau sikit?

anymz said...

sup ayam..fav akak..makan dgn sambal ikan masing...perghhhh..hehe

Lieza said...

Tun...good morning teacher...hehehe
dah berasap nih tinga mkn sup berempah hari2 ni...cakkk cakkk cakkkk...

kak ijan said...

Bestnye sup ayam... kak ijan pun suka sup yang letak ketumbar dan jintan. Kaw gitew. hhehe