Thursday, May 8, 2014

Kuih Paung Ganu


Assalamualaikum :)

n3 cepat2 sbb arini terasa mcm malas nk mengarang..huhu.... xtau knp emosi x berapa nk stabil, tun mmg jenis yg cepat emo sket, harap2 x menurun kat baby..

kuih pung ganu ni, tun panggil kuih bom. tapi kuih bom negeri lain inti kacang kan? membesar dgn kuih ni, kantin sekolah biasa ada jual. bila dh keluar dr ganu, beli kuih bom dpt inti kacang, rasa sgt frust.. huhu.. skrg kt kg pon jarang jumpa dh kuih nih.. antara kuih2 tradisional yg jarang org buat. alang2 dh buat inti utk karipap ikan tu, buat juga kuih nih.


warna x cantik.. huhuhu.. sbb xsempat tunggu perang dia dh stat meletup dlm kuali, cepat2 tun angkat.. rupa xde, tp boleh laa nk lepaskan teringin makan kuih ganu nih.. :) resepi dr myresepi.. tp inti tu tun ikut resepi kak Madihaa, lebihan inti tembosa (tgk SINI).. sama je ngan resepi inti ni, cuma xde lada hitam.

Kuih Paung
Resepi: Dee Iman @myr
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum @ tepung beras
    sedikit garam air secukupnya 
  • minyak secukupnya untuk menggoreng terendam

Bahan inti:
  • 200g ikan kembung / selayang / tenggiri / parang @ ape2 ikan yang sesuai (dibakar/ direbus & diambil isi) * 
  • 6 ulas bawang merah * 
  • 1 1/2 sudu kecil lada hitam biji * 
  • 1/2 cawan santan pekat @ 1 cawan santan / susu cair
    1 sudu kecil halba 
  • 1 keping asam keping 
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  • Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan sedikit air.
  • Masukkan semua bahan-bahan inti dan bahan-bahan kisar ke dalam kuali dan masak sehingga kering (jangan lupa bawa keluar asam keping apabila inti hampir kering). Sejukkan inti.
  • Gaulkan tepung pulut, gandum @ beras, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
  • Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang kuat/ sedang (Masukkan paung ketika minyak betul2 panas). 
  • Golek2kan paung dan terus angkat paung setelah ianya kekuningan. Angkat sebelum paung mengelembung/ kembang kerana paung mudah meletup!)

11 comments:

Anonymous said...

Oh klu saya kuih bom yg ada bijan kat luar tu inti kelapa, ala teringin pulak hehe 1st time tgk yg inti serunding ni

cahayahidupku.blogspot.my said...

Kuih bom akak sama macam Tina Othman tu Tun... nak juga mencuba inti ikan ni nampak sedap jer :)

rostina76 said...

hmmm…doh IC -11- gitu gok. mesti la minat kuih ni. last year ada buat, alaaaaaa teringat la plok tgk tun buat ni.

Amie said...

ooo kuih paung namanya ye Tun... special Tun sebab intinya ikan, tapi bila dengar mudah meletup tu...terfikir2lah pula nak mencubanya he hehhe.

Unknown said...

salam Tun, akak belum pernah makan kuih ni nanti nak try lah copy resepi ya tun..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Tun..Xpernah mkn kuih ni. anakbuah kawen dgn org Trengganu..nanti blh bljr dgn isterinya :D

Yana Shaiful said...

Tun..ada inti lebih x..k.yana nk bt gak lah hihiii
K.yana plg males nk inti..klu bt kuih paung ni sure cepat abis..pnh jgk k.yana mkn ms duk ganu dulu..sedapp

Mel said...

i tanya hubby pasal nama kuih ni. dia pun tak tahu..kalau nampak mungkin pernah makan, tapi nama tak tahu..hahahaa

masih mencuba untuk masak inti ikan ni yang kena dengan lidah dia. Kena datang sana berguru dengan u ni.

idazs said...

kuih fevret saya ni. setiap kali balik ganu mesti beli.. nyum-nyum

Ayu said...

Assalam Tun,
wah makin ligat ya nampak adik ni memasak..heheh..dah banyak ketinggalan ni..anak2 tengah exam minggu ni itu yang tak sempat nak jalan2..hehe
Kuih paung ni macam kuih bom ya tepungnya tu..cuma intinya aje lain..tak pernah makan lagi ni Tun, masakan orang Terengganu kan..:)

Unknown said...

Tq resepi...sgt suka karipap ni walau bukn org pantai timur...tqvm...