Saturday, March 26, 2011

Puding Roti Berkaramel


Assalamualaikum..

Morning!!! pagi2 nk menayang pudding yg wat semalam. plan nk letak n3 mlm td, tp havoc sket kt umah ni, so x sempat nk duk lama2 dpn lappy. dh lama mengusha puding roti karamel kak dayang nih.. tgk2 ramai pon yg dh buat. rasa dia combination of bread pudding + puding caramel. me suka ^^ tp my in-laws x berapa minat pudding2 nih. haih.. nk kene kembali ke mode menantu mithali with kuih tradisional.. huhu..


nway, jom tgk resepi yg sedap nih..
resepi asal dr
kak dayang, me usha kat dapur kak maz.

bahan2 :


Karamel :
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding
:
  • 3 keping roti sandwic (disiat-siat)
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
  • 1 sk esen vanilla
  • 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara-cara :
Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.

ps: seperti biasa, me kukus kan aje..hihi

pps: me terlebih air masa wat karamel tuh. maybe tu yg jd x smooth atas tuh.. malu nk tayang byk2 gmbr. kui kui...

11 comments:

izahdaut said... [Reply]

akak tak buat lagi neh. nak try jugak.entah ler bila.suke je makan,buatnya yang malas.ngeee

Mas said... [Reply]

sedapkan tun puding ni..kak mas pun suka..
cantik jer puding tun tu....he..he..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said... [Reply]

sama macam si IZah, akak ni suka makan tapi nak wat malas..tapi memang nampak cantik jer gula hangus tu..

DJ Dayang said... [Reply]

salam tun...

wah! dh buat eh...akak pun nk buat lg esok sb ank sulung akak tu asik2 nk puding...hehe. apa2pun, trm ksh yer tun sudi cube resepi ni...mmmuahh!

oo cik jah, jgn mls2, pi buat...anto 1/2 loyang kat akak...hehe

tun_telani said... [Reply]

kak izah: try, jgn x try.. sedapp je makan nih.. bagus gak in-laws kurang minat, tun baham separuh makan sorg2..hihi

kak mas: uwaa.. tq sbb puji chantek walapun menggerutu mcm naik jerawat batu dah tuh.. huhu

tun_telani said... [Reply]

kak nazrah: tun mmg bab2 gula hangus ni selalu wat over2 byk ngan gelap.. hihi..

kak dayang: muuahhh... lap you 2 kali ganda sbb byk resepi best!

Kak Sam said... [Reply]

Assalamualaikum...
Ni feveret akak ni. Tapi sendiri buat sendiri makan. Tak kisah pun sebab leh simpan dlm peti ais. Lagi sedapkan?

HomeKreation said... [Reply]

Aslmkm. Sedap ni, buat lak tgh rilek2 memalam ni...hehe

tun_telani said... [Reply]

kak sam: ha'ah.. simpan lama2 dlm peti sejuk pon xpe. ni pun wat sendiri makan jugak ^^

kak roz: w'slm... tu laa.. best je menambah lemak memalam. hihi

HaSue said... [Reply]

Puding rori berkaramel nih buat daripada rori gardenia ke?ahaks..serius,x tau apa maksud rori tadi sbb kat tingkap akak xde gambo..huhu..rupanya puding roti..hehehe..

dah abis ke tun?mertua x suke ye...gi laa watkan cekodok..haa,cekodok roti tu kombinasi tradisional ngan moden ape.ehee

tun_telani said... [Reply]

tidakkkk~~~~~ malunyer! malunyer!!xtau nk menyorok kt mane nih.. ni tgh menaip smp muka tutup sikit2 ngan bantal sbb malu. camner blh jadi puding rori nih.. nk tukar skrg jugak!